malaysia, bertabahlah.
"Aku tidak takut sekiranya doaku tidak dimakbulkan, namun aku bimbang sekiranya aku telah dihentikan ilham dari Allah untuk terus berdoa" ... "Cepat mael. Ko tunggu apa lagi? Orang dh nak siap solat tu" Mael yang dari tadi lagi masih duduk terpaku pada tempat tidurnya. Kiri dan kanannya hanya tinggal kain kain pelikat yang tidak berlipat. Dikecilnya mata untuk melihat jam di hujung kelas yang dijadikan dewan itu. 6.15 pagi. Matanya masih liat untuk dibuka sepenuhnya. Teringat hari hari sebelumnya dia masih tidur nyenyak di atas tilam, bertemankan hujan malam dan cuaca dingin. Ahh nikmatnya. Dan malam ini... "Air tu jangan guna banyak sangat. Ala kadar je. Nanti kami nak guna buat masak pula" Nyaring sekali kedengaran makcik Nani mengingatkan. Barangkali bimbang bekalan air diputuskan seperti pengalaman di kawasan terlibat banjir sebelumnya. Riuh rendah di kawasan yang dikhaskan untuk memasak, mungkin makcik2 bersemangat untuk menyediakan menu sarapan...