menginjak ke angka 2. selamat hari lahir, saya.

Assalamualaikum :)

"eh, pelik ni.
orang nak wish birthday pun tak nak.
kalau nak buat disable wall kat facebook pun,
baik delete je account tu."
aduii awak,
sabar. sabar.

kerana itu, ada sebabnya.
bukan hanya sekadar wish 'HB' di wall fb yang saya mahukan,
tapi,
hanya seuntai DOA. 
itu yang lebih baik.

hari lahir.
seperti selalunya,
disimbolikkan dengan kek, hadiah, lilin, parti dan belon.
beginikah caranya?
jika begini,
alangkah luluhnya hati insan yang tidak pernah meraikan hari lahir sebegini dalam hidup mereka.
betulkah?

tak dapat yang real, kek pun jadi. :)

erti 'happy birthday' buat saya.
menginjaknya angka,
itu sudah pasti.
dari 19 ke 20.
saya semakin tua.

dan, dekatnya dengan mati.
ini satu kepastian.
kenapa perlu menafikan?

kedua,
bertambahnya tanggungjawab.

saya bukan lagi nurul iffah yang berusia 7 tahun,
yang sering dirotan atas tarbiyyah emak kerana tidak memakai tudung ketika bermain,
saya juga bukan lagi nurul iffah yang berusia 17 tahun,
yang sering didenda warden kerana ponteng prep.

tapi, saya nurul iffah yang sekarang berusia 20 tahun.
19 tahun berlalu.
saya harus sedar.
saya harus muhasabah.
tanggungjawab saya kepada Islam.

tanggungjawab sebagai seorang muslim.
tanggungjawab kepada mak, abah dan keluarga,
tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

dan ini akan membuatkan saya bertambah matang,
InsyaAllah.

kita bakal ditanya.
di Akhirat kelak,
Allah akan hitung usia manusia. usia kita.
sepanjang hayat saya, apa yang telah saya lakukan.

apa kemungkinan jawapan saya?
bermain facebook, meninggalkan solat dan melakukan maksiat?

Astaghfirullah. Nauzubillah.

saya tidak mahu begitu.
saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur.
saya tidak mahu menghabiskan masa saya dengan dosa.

saya kena ubah!

angka 20.
cukup-cukuplah bermain.
bila lagi hendak serius?
sedar diri.
kita tidak akan hidup selamanya.
kita tidak akan berada di dunia sahaja.

sampai  bila kita hendak begini?
ajal tidak pernah menunggu kita walaupun sesaat.

saya seorang hamba- kembali kepada fitrah.

saya perlu sedar. saya perlu muhasabah.
tujuan saya diciptakan.
tujuan kita diciptakan.

sentiasa ingat ini.
usia saya. hayat saya.
hanya kerana Allah.



saya perlu perbanyakkan amal,
biarlah peningkatan usia saya selari dengan peningkatan amal,
mematuhi 10 muwasafat tarbiyyah.
menjadi khalifah@wakil Allah di muka bumi.

juga,
saya mahu buang sifat-sifat negatif dan ketidak matangan dalam berfikir.

saya kena sentiasa redha dengan ketentuan Allah.
InshaAllah.

'wish' saya dan doa saya.

saya ingin kebahagiaan.
di dunia dan di Akhirat.

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku dalam ketaatan,
Murahkanlah rezekiku,
Angkatkanlah masalahku,
Permudahkan urusanku,
Berikan aku istiqomah,
Golongkan aku dalam golongan orang yang mendapat JannahMu,
Ya Allah.

Segala Puji BagiMu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Amin.

Selamat hari lahir, diri.
yang ke 21.

*ha, semua dah buat2 muka menyampah dah*
ok, saya tukar. saya tukar.

selamat hari lahir, Nurul Iffah Ghazali. yang ke 20.
:)

terima kasih Allah.
terima kasih mak, terima kasih abah.

p/s:
lepas ni, kalau ada birthday kawan-kawan saya tak wish, jangan risau. kamu sentiasa ada dalam doa saya. :)

p/s/s : untuk yang berada di frankfurt city, sila bawa balik hadiah :)

Comments

kiwi said…
ipah selamat hari lahir ^^
Cik Suria said…
epi bdei ipah...
wah~ipah da 20...:)
Mama nida said…
Angah semakin matang...teruskan perjuangan :)
Mama nida said…
Angah semakin matang..teruskan perjuangan ok :)
umi Hamraa said…
atieeeee. thamk youuu ;)

kak nida, doakan angah. terima kasih ats ingatan ;)
umi Hamraa said…
kema.. thank youu!
sufygirl said…
sanah helwah, ukhti..:)
adik izzat ke?
umi Hamraa said…
syukran akak sufy.

aah. adik Izzat. law student uia. akak kenal abang saya?
EmanTheHalia said…
wahh best entry ni. bukakmate org. same la 20. tapi~ BULAN5 hehe semoga berada di dalam iman yang teguh.. amin..
EmanTheHalia said…
wahh best entry ni. bukakmate org. same la 20. tapi~ BULAN5 hehe semoga berada di dalam iman yang teguh.. amin..
acik said…
selamat hari lahir~
may ALLAH bless u..
wait 4 me.i'll be there soon.
Sumaiyyah said…
Selamat Hari Lahir, cik Iffah.
Semoga dirahmati Allah selalu :)
-KakNgah
sufygirl said…
owh, kenal..junior, akak dah tua dah..:P

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011