lewat petang itu, ada sesuatu di situ

Assalamualaikum. :)

buku ungu berjudul 'indahnya pacaran selepas pernikahan' ditatap,
cuba dibaca setiap baris,
namun,
pancaran matahari sedikit menyilaukan pandangan mata dari terus menatap.

jam direnung buat entah berapa kalinya.
hampir setengah jam lebih.
petang mula merangkak ke senja.
bas yang ditunggu tidak kunjung tiba.

dulu tunggu berjam-jam pun, biasa saja.
tapi hari ini?
'ye la. dah biasa tunggu tak sampai 10 minit,
tu yang jadi tak biasa sikit tu'.
 ini yang bermain di fikiran.

sabar. sabar. sabar.
pujuk saya kepada hati.
senyum. senyum. senyum.

suasana di Puncak petang itu sunyi sahaja.
suasana biasa pada cuti umum untuk mahasiswa.
kan?
:)

salah satu bus stop di Jepun. menunggu di dalam tembikai. :)


sedang menanti,
tiba-tiba sebuah kereta Viva biru elok diparkir dihadapan bus stop.
cermin kereta diturunkan.

kelihatan 2 orang kakak yang mungkin 3,4 tahun lebih tua dari saya tersenyum.

"awak nak ke mana?"


"seksyen 2"


"jom. naik kereta akak. akak tumpangkan."

Subhanallah.

dalam terkejut dan terpinga,
saya menurut.
mungkin ini kemanisan di sebalik kesabaran menunggu.

entah kenapa.
seperti ada magnet yang menarik untuk saya melangkah,
mendekati kereta.


kakak sentiasa senyum,
peribadi yang terjaga,
keelokan mereka berbicara,
jelas terpancar keikhlasan dari riak wajah,
mungkin itu yang menjadi faktor.


sepanjang perjalanan,
banyak yang dibualkan.
default questions seperti nama, belajar di mana,
menjadi permulaan soalan.
hihi.

semakin banyak berbicara.
saya rasakan,
kami sudah lama mengenali.
hubungan saudara seIslam ini saya kira amat kuat.

'ramah akak ni'
saya berbicara sendiri.

"akak, 
berani pulak akak tumpangkan saya"
akak tak kenal saya, 
tapi kenapa akak nak tumpangkan saya jgk eh?"

giliran saya yang bertanya.
memecah sepi.

dari cermin pandang belakang,
saya lihat akak tersenyum.

"sebenarnya dik,
akak waktu dulu2 selalu juga tunggu bas macam awak,
bila kereta lalu depan akak, akak tengok takde penumpang.
akak selalu cakap,
"kenapa la orang dalam kereta tak nak tumpangkan aku?"


sejak dari tu,
akak memang niat.
kalau akak ada kereta,
akak akan tumpangkan orang yang nk ke satu jalan dengan tempat yg akak nak pergi.
tapi ada batasan jugak,
kalau lelaki tu, tak lah akak nk tumpangkan"

hehe.
akak senyum lagi.

jawapan akak,
buat saya terpana seketika.
saya tidak menyangka.

Ya Allah,
baiknya hati kakak.

terima kasih kakak.

semoga akak dimurahkan rezeki dalam apa jua yang akak lakukan, 
InsyaAllah.

Lafaz syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.
tidak putus-putus,
lewat petang itu.

Alhamdulillah.

sebelum turun dari kereta,
akak sempat berpesan,

"dik,istiqamah dengan perjuangan Islam"

saya senyum.
InsyaAllah akak :)

saya mula memasang niat,
saya ingin punya peribadi seperti kakak.
InsyaAllah.



note : saya ketika itu dalam perjalanan pulang dari UiTM Puncak Perdana ke UiTM Shah Alam. :)
note-note : awak yang ada kereta, berani tak nk tumpangkan org yang awak tak kenal? :P
note-note-note : tajuk entri mungkin hiperbola. :)

Comments

wan said…
Itulah contoh insan yang berfikiran jauh...
Cik Suria said…
btol3..hiperbola..haha~
Mama nida said…
kakak yg sgt baik hati... :D
acik said…
agak2 angah berani x mcm tu???
Azie Azman said…
ipah..ak pun suke ckp mcm akak tu ckp..
'kete org tu kosongg je..xnk tumpangkan kite ke'..=D

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN