tak suka! tak suka!

Assalamualaikum :)

kaifa halukum?

bercakap mengenai khabar.

selalu kita tanya orang,

"awak sihat?"

sihat itu merujuk kepada fizikal.

tapi sekarang, kita tukar.

bagaimana iman kamu hari ini?
sihat?
hati kamu bagaimana?
bersihkah?

jangan ada kotor ya.

tapi kita,
selalu lupa.
ada perkara yang kita buat,
walaupun kecil,
mula mengotorkan hati kita.
tanpa kita sedar.

contoh.


"boringnye hari ni..tak tau nak buat ape"


"bowink la aq hr nie"
(tak faham betul orang yang tulis macam ni)

macam pernah jumpa ayat ni kan?
tapi kat mana eh....

try tengok  news feed dalam facebook.
ramaikan orang tulis macam ni.

mungkin kita pun pernah juga.

tolong jangan salahkan masa, tapi kita sebenarnya yang tak reti urus masa

boring sangat ke?

betul dah tak de keje nak buat?

solat dah?
kerja rumah, kerja sekolah, kerja pejabat,
dah siap?


menghebohkan perihal keboringan di dalam facebook.
perlukah?
sedangkan kita boleh guna masa yang ada dengan buat perkara lain,

buka internet ni untuk facebook sahaja kah?
untuk ber'tweet-tweet' sahaja kah?


yang duk buat status macam tu,
nak tarik perhatian atau....


bukankah banyak ilmu yang kita boleh capai melalui hujung jari.

website memotivasikan diri :
iluvislam.com,
langit ilahi,
genta-rasa.

kalau tak suka baca,

download nasyid,
video ustaz-ustaz mengajar.


takpun,
baca surat khabar online,
at least dapat tau isu semasa.

kan?


"ala, tak minat la mende-mende cani"

ok.
tak minat,
tutup internet.
buat perkara lain.


bukan apa,
kita menyuarakan betapa bosannya kita.
tanpa kita sedar,
kita sebenarnya sedang mengeluh.
walaupun bukan diluahkan dengan kata-kata,

tapi,
maksudnya tetap sama.

kita tidak bersyukur dengan nikmat masa lapang yang Allah Swt berikan
kepada kita.

Astaghfirullahalazim.

itulah.
ingat 5 sebelum 5.

sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
dan.
hidup sebelum mati.

(nyanyi sikit.hehe)

jadi,
lepas ni,
kena sentiasa peka,

tak yah la letak status macam tu lagi.
kalau tak de idea sangat,
tapi still nak update status,
letak maksud hadis ke,
firman Allah Swt,
tak pun,
ayat-ayat motivasi yang bagi manfaat kepada orang lain yang baca.

bukan ke,
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain?"

lagi bagus.
dapat pahala.

InsyaAllah.
:)

note : jangan mengeluh.


"Orang yang mengeluh tak akan pernah berjaya dalam hidup"
(dialog ayah Hani - Lestary Hani, TV3) :)

Comments

Cik Suria said…
kenapa post2 awak selalu buat saya sakit??heee~
tQ ipah..:)
Anonymous said…
minta izin copy.. nice..

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011