ter'delete' dan tulis baru

salam Jumaat yang penuh barakah.

saya tulis.
tulis.
tulis,
tiba-tiba ter'shut down'.

saya tak save.
tak dapat nak post entry tu.

sekarang.
ini bukan entry itu,
entry itu hold dulu.
(saja bg saspens)

Tahniah skuad hoki negara walaupun hanya bergaya dengan pingat Perak di Guangzhou!
cerita benar
saya masih menunggu.
untuk menaiki bukit, memasuki parking, dan membuat pusingan 3 penjuru.
(faham-faham sendiri di mana latar tempat cerita ini hehe)

matahari mula menunjukkan sinar,
letih menunggu makin dirasa,
tekak kian kering,
perasaan mula bertukar.
dari sabar menjadi....

disebelah,
kelihatan seorang kakak yang juga masih menunggu.
ada riak keletihan,
tapi masih mampu tersenyum.
 "kita nak apa-apa, bukannya senang, mesti rasa susah dulu"
kakak mula bersuara,
tepat terkena diri saya.
malu.
satunya ayat yang sangat menjelaskan keadaan sekarang.

saya lupa.
saya hanya inginkan kesenangan.
saya hanya fikirkan mudah,
sedangkan,
setiap kesenangan itu bermula dengan kesusahan.
Astaghfirullah.

dari jauh,
saya mula tertarik,
kelembutan tutur kata,
keperibadian,
saya mula memasang kata.

"kakak umur berapa?"
dengan senyuman,
dia menunjukkan angka empat pada jari.

"dah 40?"
saya bertanya dalam nada terkejut,
kakak masih kelihatan muda,
wajah yang tidak menggambarkan usia.
'awet muda mungkin'
hati saya berbicara, nakal.

ayah nama Ustaz Zali kan?"
kakak itu bertanya.

"eh, macam mana kakak kenal ayah saya?"

"ayah baik dengan abang dulu"

dulu?
saya curiga.
siapa abang? abang kandung atau......suami?

"errr..suami kakak ke?"

"aah, suami kakak dah takde sekarang. kanser usus"

Ya Allah,
rasa bersalah mula bersarang.

"Innalillahiwaiinailihirojiun"

"Tabah nya kakak"
saya ekspresikan perasaan saya dihadapannya.

kakak hanya tersenyum.
dan mula bercerita,
tentang anak-anaknya.
anak kakak yang pertama OKU,
yang kedua masih bersekolah dalam tingkatan 3,
yang ketiga perempuan,
keempat berusia 7 tahun,
dan yang bongsu baru berusia setahun.

kakak masih tidak bekerja.
dan mengharapkan dengan adanya sekeping lesen P,
mampu memudahkan urusan mencari pekerjaan,
untuk menyara anak-anak.

perasaan saya ketika ini, pelbagai,
rasa sedih bercampur kagum,
kalau kakak tabah,
kenapa saya perlu menunjukkan air mata saya?

dalam hati,
saya berdoa,
tempatkan roh arwah suami kakak bersama-sama orang yang soleh dan beriman.
teguhkan hati kakak ini untuk terus redha dan sabar dengan ketentuanMu,
Amin.

redha dengan ketentuan Allah.
itu yang dapat saya simpulkan.
kakak tersangat faham,
"Allah tidak akan membebankan hambanya melainkan dengan kesanggupan hambanya"
kerana itulah.
lahirnya,
seorang kakak seperti dihadapan saya tika itu.

Alhamdulillah,
saya bersyukur.
kerana dipertemukan dengannya,
hari itu.
kerana dari itu,
saya belajar.
sesuatu.

"Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu berlaku tanpa hikmah"
kerana Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

note : gambar langsung tidak ada kena mengena dengan cerita :)
*senyum*

Comments

Anonymous said…
nice log iffah...
Wan said…
selamat belajar membawa kereta...hehe
umi Hamraa said…
haha.

gane boleh tau ni? haha

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN