BICARA HATI :bukan taste kita sekarang.

Assalamualaikum :)

jangan banyak tanya, baca je. 

jalan-jalan pesta buku,
tengok novel cinta bermacam-macam jenis,
macam-macam penulis,
sampai dah tak larat nak follow,
seakan-akan tawar hati,
macam dah boleh agak cerita novel ni,
balik-balik kahwin kontrak, then jatuh cinta,
hidup bahagia.mudahnya begitu.
sedang kita tahu,
cerita itu rekaan penulis,
ilusi, bayangan.
menjadikan kita khayal dengan dunia rekaan sendiri.

bosan.

tengok dalam laptop,
cerita-cerita korea, bersusun-susun,
sampai penuh memory hard disk,
cerita series ada, movies pun ada, running man pun ade, family outing pun,
ditambah pulak dengan series omputih,
how i met your mother, glee, macam-macam lagi.
rasa cerita yang berulang-ulang,
balik-balik begini, cinta,seks,
kehidupan mereka penuh gelak ketawa,

arrrgggghhhh! bosan.

lepas tu bukak internet.
mula-mula buka facebook,
baca status orang, like, tengok noti,
kalau rajin bukak, kalau malas biar je,
tapi banyak nye post2 yang mengarut,
nak delete facebook, sayang pulak,
tapi ada pun, ibarat fb tak ada tuan.

hmmmm.

bukak tab baru,
baca berita kejap, berita harian online, kosmo la,
sama jugak,
kerajaan begini, barang naik, fitnah politik,
luar negara- NATO serang Libya, Bieber dan Selena,
ok, baca headline je.
ada jugak baca berita full, tapi boleh kira dengan jari.
sebab alasan yang sama.
bosan.

member ajk keluar, hang out dengan kawan lama,
sambil-sambil shopping,
tapi seakan-akan takde perasaan,
dah tak rasa nak jalan-jalan buang masa macam dulu,
better pergi mall bila rasa memang ada tujuan nak pergi,
kalau tak, malas la nak jalan-jalan,
penat.

apa yang kita cari sebenarnya?
kita nak puaskan diri,
tapi akal tidak mahu menerima.

kenapa dengan kita ni?
banyak benda yang kita sukaaaa sangat buat dulu,
tapi sekarang dah tak rasa perlu.

kita dah besar ke?

"kita semakin besar, bila mana kita merasai tanggungjawab kita semakin berat berbanding dulu"

mentaliti kita berubah,
cara kita memandang sesuatu,
menilai sesuatu,
sama ada berkepentingan ke tak.

::hati kita sebenarnya sukakan ini::

kita semakin sedar,
tanggungjawab kita banyak.

tanggungjawab kita kepada Islam,
kepada keluarga,
kepada bangsa dan negara.
dan yang paling penting,
tanggungjawab kepada diri sendiri.

banyak kan nak kena fikir sekarang ni,
praktikal, rumah sewa, study, amal dan DA'WAH :)
dan lagi satu, kahwin?
^_^

kesimpulan
jangan pelik kenapa kita rasa macam tu,
sebab semua itu normal,
kita dah semakin matang.

untuk puaskan hati,
bukan novel cinta yang kita perlukan,
apatah lagi cerita cinta,

apa yang kita cari,
apa yang kita nak,
hanya satu.
jiwa yang sentiasa dekat dengan Allah.
ini fitrah kita.

"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd : 28)

semoga kita Istiqamah dalam perjuangan agama ini,
walau apa pun metod yang kita guna,
blogging, v-logging, facebook, tumblr, da'wah fardiyyah,
ISTIQIMAH lah,
jangan putus asa,
Yakinlah. Allah ada bersama-sama kita.
InshaAllah.


p/s : contoh tidak ada kaitan dengan mana-mana individu. hanya sekadar contoh. :)
p/s/s : to all readers, asif for the long silent. dah semakin besar, hehe

Comments

live.well said…
dah nak kawin ke??hee
sufygirl said…
suka. :)

keep writing, dik.
u got d talent.

"balligh 'anni walau aayah".
syauqah_wardah said…
hidup tanpa mencari cinta Allah samalah seperti org buta yg
tercari2 cahaya. bilamana hdp kita utk mendptkan redha-Nya,SubhanaAllah..ianya pasti akn lbih bermakna,jiwa kita bahagia,hati tenang dan berjaya.insyaAllah..
Nas said…
hi senior
nice entri nih!
hehehee
tu la.. kdg2 susah gak nak buang tabiat nk on9... n cari bende yang sia2 je
biak buat bende yg berfaedah terutama skali mengingati Allah
umi Hamraa said…
@salam krol,
time kasihh. :)
saling mengingati, jom!
umi Hamraa said…
@cenunnnnn!
saya tggu awok kawin dulu, tok leh langkah bendul. hehe
umi Hamraa said…
@salam kak sufi,
syukrann. saya pun suka baca tulisan akak!

@kemaaaa.. :)

@su maaa.. betul2,berbalik kepada fitrah..

@adik junior, mengingati Allah setiap masa. jom kita istiqamah :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN