bahagia seperti cinderella?

Assalamualaikum.

kita pohon bahagia,
kita ingin bahagia,
tapi bahagia itu di mana?

"saya nak kerja dengan syarikat besar,
saya nak kahwin dengan boyfriend saya,
saya nak bawak kereta sport,
saya nak duduk rumah banglo,
saya nak ada anak-anak yang comel"

dan,
saya akan hidup bahagia, happily ever after.

ye ke macam tu?

hello, awak! bangun.

tu kisah dongeng cinderella boleh la.

kenapa nak tunggu sampai dapat semua tu baru rasa bahagia?
sekarang tak bahagia?

"err. entahla, sekarang biasa-biasa je."

"saya dah bahagia sekarang, saya ada ramai kawan-kawan yang faham saya, boyfriend2 yang sweet dan hensem,
keluar shopping sama-sama, family saya bahagia dan kaya, apa yang saya nak, semua dapat, 
so, saya rasa happy :)"

hmm,
bahagia kah begitu?
deep inside your heart,
tak rasa ada sesuatu yang hilang?



bahagia itu sebenarnya di mana?

nak rasa bahagia?
mungkin kena pindah Tanjung Rambutan.
oopss. terlepas. soorrrryyyyy.

dah.
jangan mengarut. sebenarnya nak cakap,
tak perlu nak tunggu semua impian awak tercapai baru rasa bahagia,
andai kata ajal menjemput sebelum kita kecapi impian yang berlambak-lambak tu,
bagaimana?

kita tidak akan dapat rasa bahagia ke?

ha,
tu la.
sebab bahagia itu bukan tunggu akan datang.
tapi SEKARANG!

bahagia itu kan datang dari jiwa,
jiwa yang tenang,
jiwa yang berpositif,
jiwa yang sedar hidup berTuhan.

bagaimana untuk rasa bahagia sentiasa?

dekat dengan Allah.
InsyaAllah, kita akan bahagia sepanjang perjalanan,
dunia dan akhirat.

kita semua tahu yang ini kan?
ingat Allah, hati akan tenang.

tapi kenapa kita masih begini?

peringatan demi peringatan,
kita tahu, tapi masih menafikan.

"YaAllah, kami pohon kekuatan dari Mu,
bukankanlah hati kami untuk menerima petunjukMu,
jauhkanlah kami dari maksiat yang akan menggelapkan hati kami,
hanya Engkau sebaik-baik sandaran, sebaik-baik penolong."

sentiasa tanya diri,
betul ke apa yang kita buat sehari-hari,
sama ada Allah redha ke tak,
ada sakitkan hati kawan ke tak,
ada buat Amar ma'ruf nahi munkar ke tak,

kerana itu muhasabah namanya.

InsyaAllah,
jom kita dekat dengan Pencipta kita,
untuk kita kecapi happily ever after,
hasanah fi dunya wal akhirah!


Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang 
(hakikat bahagia-UNIC)
 
note : happy je. :)

Comments

Iman_Inside said…
like...:)

betul tu cik iffah..bahagia itu tak perlu ditunggu2..kerana setiap detik yg dikurniakan itu adalah untuk kte merasa bahagia..kerana bersama Allah itu adalh satu kebahagian..dan Allah mmg senantiasa ada...:)

p/s:diuji juga satu kbhgiaan kan?..hehe..:)
Syauqani said…
angah, cinderella xpenah bahagia kot... hhihi (◕‿◕✿)
umi Hamraa said…
salam Syauqanie.. ;)

maksud angah, biase dongeng cinderella yang happily ever after tu..hihi

thx singgah!
umi Hamraa said…
salam cik Iman!

rite2. ujian itu buat kita rasa bahagia. kerana ujian itu kan tanda Allah syang kita..

;)
Engku Sofea said…
suke sgt :) saye share kat fb k

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011