sensitiviti sekeping hati

Assalamualaikum. :)

bab 32.
sok sek sok sek.
air mata itu terus menitis.
part sedih ni.
hero terpaksa melepaskan heroin demi melihat heroin bahagia.
nangis cover2 sebab takut room mate nampak,
malu, jatuh standard sebab baca novel nangis.

episod 12.
tanpa sedar,
ada air mata jernih mengalir,
ketika si heroin terpaksa pergi melihat kecurangan hero bersama heroin kedua.
ohh. sayu.
di tambah dengan lagu korea yang memilukan,
air mata orang yang menonton,
lagi laju turun berbanding heroin dalam filem.

sok sek sok sek lagi.

"ha, awak kena tengok cite hindustan ni. sedih sangat. Shah Rukh Khan mati. 
dia rela bagi Preity Zinta kat Saif tu. touching nya. huk huk huk. kena tengok cerita tu tau"

wah wah,
awak, bukan main lagi ye.
nangis2 baca novel,
sendu-sendu tengok cerita korea,
kenapa ya?

kalau cerita sedap,
bersungguh-sungguh nak cerita kat kawan,
penuh emosi,
mesti time awak promote cerita tu,
reaksi muka mesti sama dengan kadar ke'semangat'an kan?
hihi.
marah betul kalau kawan buat dunno.
kita semangat2 nak cte,
tapi dia buat muka selamba.
hihi.

tapi kan,
tak pelik ke?

kita baca case Law,
takde pulak menangis2 macam ni,
case solomon tu,
awak nangis ke time solomon tu kena sue dengan creditors sebab tak dapat bayar creditors,
bila company winding up?

tak kan?
*ada ke orang nangis?*

ye la.
baca novel guna hati.
hati berkait dengan emosi,
emosi mainan perasaan,
tu yang meresap dalam jiwa dan mudah tersentuh tu.
bila orang suruh cerita novel tu balik 5 tahun akan datang,
confirm boleh lagi cerita,

nak test?
ingat lagi tak novel 'Bicara Hati'?
Tengku Syahran dengan Zahlia. (hehe)
kena kahwin kontrak.tapi lama-lama dah tersuka.
(recall balik!) :)

tapi, kalau baca case Law,
baca dengan akal,
sekadar baca,
nanti habis exam, lupa.
seperti kata lecturer, First In, First Out.
haha.

wahh.
panjang lebar explanation.

tapi kan,
persoalannya,
kita baca Al Quran dengan hati atau dengan akal?

apa hati kita rasa bila baca AlQuran?
apa perasaan kita bila tengok saudara-saudara Islam kita di Gaza, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand?
kita sedih tak bila baca sejarah keluarga Yasir dan Sumaiyyah?
ada rasa air mata jernih nak mengalir tak bila baca kisah Rasulullah yang sanggup dilempar dengan najis oleh jiran Baginda?

eh,
pelik.
Kita islam kan?
kenapa kita tak rasa apa2 eh?



jawapan.
sebab kita baca AlQuran dengan akal semata-mata,
tak meresap masuk hati,
baca hanya sekadar baca.
kalau ada masa sikit, baca tafsir.
tu pun,
baca je la.
lepas tu tutup, dah.

kita selalu macam ni kan?

tapi,
sampai bila?

baca Al Quran sebetulnya dengan hati,
baca dengan penuh tertib,
maknanya dibaca,
dihadam. DIAMALKAN.
bukankah setiap ayat dalam Kitab Suci itu mengandungi hikmah bagi manusia yang berfikir?

penciptaan langit dan bumi, kejadian manusia, kedatangan hari Akhirat, sejarah nabi terdahulu,kaum terdahulu yang dilaknat, Syurga dan Neraka.
tidak habis rasanya entri ini jika di'list'kan kandungan yang terdapat dalam AlQuran.

bila kita baca dengan hati,
pasti akan meresap ke dalam jiwa kita.
InsyaAllah,
kita akan dapat rasa,
Islam itu agama indah.
Islam itu Ad-Deen,
Islam itu cara hidup kita.

kemanisan dalam beragama.
baru best nak cerita dekat kawan-kawan yang lain kan.
betapa Islam itu agama yang benar.
"Tiada Ilah melainkan Allah,
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

kesimpulan.
semuanya yang telah, sedang dan akan berlaku di atas muka bumi ini,
telah dicatatkan dalam Mukjizat Nabi kita, Nabi Muhammad SAW,
yakni AlQuran Nur Kareem.

so sekarang.
kita nak baca 'Surat cinta dari Allah' tu,
dengan hati atau akal?

kita cuba untuk fahamkan,
baca dengan penuh penghayatan.
berserta dengan maksudnya.

InsyaAllah,
Hidayah Allah akan menyapa kita perlahan-lahan.
untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya.
kerana Islam itu Agama yang Syumul.
Moga Allah Redha.
:)

Comments

Cik Suria said…
teringat pulak masa sem1 blaja LAW416..
case solomon ns solomon kn...

bicara hati tu bukan tengku syahran dengan zahlia ke??hehe~
Iman_Inside said…
salam iffah..

stuju sgt n terasa terkena kat btg hidung sdri jgk..huu..syukran atas peringtan..:)

psstt..bicara hati= tg.shahran + zahlia..hehe..khalida mak die..;p
**bab novel laju je..hehe**
umi Hamraa said…
salam edah, atie!

betul.dah betulkan dh.hehe.ipah pun tok igt doh cte tu.. terima kasih :)
acik said…
angah,
wau! nk recall2 novel lah plak.
ape kes??

sempat ag wat blog ye..
hish3
:)
@tiF said…
syukran atas peringatan.. terus kan perjuangan!

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN