rintihan

masa terus berlari,
sedang aku masih di sini.
adakah ku punya ruang untuk bertaubat, Ya Allah.
ku punya keinginan,
ku punya kemahuan.
namun sekadar di mulut,
takut untuk diluahkan.
mengapa?
cintakan dunia?
pengaruh rakan?
persepsi masyarakat?

takut.
mendengar umpatan mereka.
sedangkan mereka juga sepertiku.
leka dengan kenikmatan dunia.
salahkah untuk berubah?
salahkah untuk menjadi insan yang lebih baik?
mengapa mereka seperti itu?

apa ku peduli?
bukan mereka yang memikul dosa ku.
bukan mereka yang boleh menarikku ke syurga.
bukan mereka yang akan mewakilku saat diseksa azab kubur.
pedulikan mereka.



kehidupan ini ada pengakhirannya.
akhirat alam yang kekal abadi.
aku perlu bertindak.
berubah.
sebelum ajal menjemputku ke sana.


Ramadhan.
ku kira waktu yang terbaik.
sebagai platform.
untuk menjadi hamba.
mengikut skema Allah dan Rasul.


aku nekad.
tiada lagi palingan yang kedua.
kerana aku tahu.
impianku untuk ke syurga,
bertemu Tuhanku, Maha Pencipta.



Ya ALLAH,
aku mohon.
aku telah banyak melakukan dosa,
ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH.
berikan aku kekuatan.
berikan aku petunjuk.
ke arah jalan yang diredhaiMu.
Amin.


Comments

Anonymous said…
kukira engkau tabah.
kerna Allah menduga hnya pd yg mampu!

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN