#4: putera raja dan komen anak dara


Assalamualaikum :)

suasana pejabat seperti biasa,
ada yang bersembang,
bergelak ketawa.

di sudut lain,
mulut keduanya masih tidak berhenti bicara,
seperti bertih jagung,
setiap hari,
seperti doa.

"kalau ada lah anak raja nak bersuamikan aku, aku rela tuntut cerai dari laki aku"

nadanya bergurau.
tapi gurauan yang hampir sama, setiap hari.

mungkin dek kerana cerita-cerita lama yang menimbulkan
kononnya kahwin dengan anak raja dapat harta dan kuasa,

dan mungkin kerana ke'best'an tinggal di istana
bersama dayang-dayang, dan memakai emas sutera,
ahhh seronoknya.

tapi mereka lupa.
setiap perkara yang dituturkan itu satu doa.

tidak lama selepas itu,
kedua-dua suami mereka meninggal dunia.

dan mereka bergelar janda.

kata-kata yang kononnya gurauan itu benar-benar terjadi,
di alam realiti,

bukan mereka yang menuntut cerai kerana ingin berkahwin dengan anak raja,
tapi suami mereka yang dijemput Ilahi terlebih dahulu.
meninggalkan mereka sendiri.

dan angan-angan mereka untuk memakai mahkota,
hanya tinggal mimpi di dalam lena.


"..aku rela tuntut cerai dengan laki aku..."

kata-kata itu bergema,
membuahkan insaf bagi setiap yang mendengarnya.
bukan menidakkan takdir Allah tentang ajal manusia,
tapi sebagai pengajaran, sentiasa beringat dalam berkata.

...

ini kisah mereka,
dan kisah kita lebih kurang saja.

kita berkata yang baik,
baik lah juga ganjarannya.

kita berkata buruk,
buruklah juga akibatnya.

tapi realiti kita,
setiap hari,

mencanangkan perihal orang.
ini tidak kena,
itu salah,
ini berdosa,
itu hina.

yang di alam nyata, di alam nyatalah.
yang di alam maya, kecoh ber'komen'.

tanpa kita sedar,
kita menabur fitnah,
melaburkan dosa dalam 'buku akaun' kita.
dah lah amal tidak seberapa,
kita pula yang menempah dosa.
sia-sia.

bimbang.
andai satu hari nanti,
yang kita canangkan,
yang kita utarakan tentang perihal orang,

'menyamakan ulama' dengan yahudi'
'pelajar pintar rosak di negara orang'

lantas terkena batang hidung sendiri,
kalau tidak kita,
mungkin adik-beradik,
anak-anak kita kelak,

Astaghfirullah al azim.

betul.
tidak salah untuk menegur.
tapi adakah dengan menekan butang 'share' di facebook itu caranya?

supaya yang lain juga menyaksikan berita itu?
untuk apa?

sedikit sahaja yang mengambil pengajaran,
selebihnya hanya tahu menghentam!

gerun melihat komen-komen,
beraninya mereka bersuara,
tidak sedarkah mereka Allah itu Maha Menyaksikan?





sebaiknya kita berdoa,
kesejahteraan kita bersama,
untuk dunia, dan akhirat.
supaya golongan yang mengfitnah alim ulama' mendapat hidayah,
dan mereka yang cerdik terpelajar di negara orang untuk berubah.

untuk awak, untuk saya, untuk kita.

bukan senang untuk bermujahadah,
kerana jalan ini memang sangat payah.

nak transform dari 'si gossip girl kepada mukminah solehah,'
bukan senang.

dan kerana itu,
kena dan kena sentiasa muhasabah.

apa yang kita tuturkan setiap hari,
apa yang kita 'like' di facebook setiap hari,
apa yang kita "tweet" setiap hari.

kata mereka,
'face book aku, aku punya suka lah..'
'hak aku kott.'

tapi kita tak sedar,
kita juga sedang mencemarkan hak orang lain yang sedang menjaga pandangan dari melihat status yang tidak sopan.

moga-moga yang keluar dari profile kita,
adalah yang terbaik,
yang Allah redha,
untuk sama-sama kita ingatkan diri kita, dan orang lain.

bukan untuk menambah dosa,
kita yang sudah penuh dengan dosa!

T.T

yang baik,
kita sebarkan.

yang belum tentu baik,
lebih baik kita diam.

dan yang memang dah confirm tidak baik,
terus buang!

"Barang siapa yang beriman kepada Allah, dan hari Akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik, diam."
(HR Bukhari Muslim)

#cukup-cukup berbicara perihal orang bukan bermakna kita biarkan mereka dengan perkara-perkara maksiat, tapi kita berhenti dari mengata orang! banyakkan doa. boleh jadi mereka yang kita lihat hari ini, lebih baik dari kita suatu masa nanti.
#jom, baiki diri :)



Comments

Unknown said…
insyaALLAH..jom baiki diri!
aishahrajindra said…
suke sgt2 post ni..owang xske betol fenomena sekarang klu ade orang muslim wt salah, kutuk bagai2..cepat sgt nk judge drpd doa orang tu berubah ke yg baik..mcm dorang tu pon xpnah wt slah.. NK SHARE POST NI ye ipah yg comel..>__<
Faz.M said…
betul...org kita mmg suka menghukum sblm tau cerita sebenar..fitnah tu dah jadi budaya..mcm takde pape je sedangkan dosa memfitnah tu ibarat membunuh..dunia akhir zaman bak kata Ustaz Azhar Idrus...

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN