saya dan penyu. sama-sama sedih.

Assalamualaikum :)

penat berjalan.
saya mula melepaskan penat di bangku,
teman hanya menurut,
bersembang, membasahi tekak yang sedikit kering.

"Assalamualaikum adik, boleh tolong abang tak?"

satu suara menyapa,
seorang pakcik berdiri setentang dengan saya.
saya dan teman terpinga.

"Beg abang dah kena curi masa abang solat tadi.
Abang nak balik ke Puchong, tapi abang dah takde duit nak bayar tambang teksi"

saya memerhatikan dirinya.
antara hendak percaya atau tidak.
kemas pakaiannya.
penampilannya sedikit menambah keyakinan pada saya untuk terus mendengar.


"Malu abang nak mintak dengan adik. tapi boleh adik bagi abang RM 20?"

saya ketika itu berbelah bagi,
antara simpati dan berhati-hati.

"Nanti abang akan bayar balik, adik tinggalkan number henfon adik,
esok abang top-up kan"

dan dihulurnya sekeping kertas dan pen.

entah kenapa,
perasaan simpati saya melebihi sikap hati-hati.
saya hulurkan dua not kertas merah,

"Terima kasih dik. Susah nak jumpa orang macam ni sekarang."

walau dalam hati saya ketika itu bimbang,
andai tidak dipulangnya wang saya kembali.

dalam masa yang sama,
hati saya terlintas,
andai tidak dipulangkan,
pun tidak mengapa.
saya kira sedekah.

dan dua hari berlalu.
tidak ada tanda-tanda transaksi tambah nilai akan dimasukkan.

saya dah kena tipu ke?

....

minggu berikutnya,
kejadian yang lebih kurang sama menimpa,
saya seperti terlalu mudah bersimpati,
not kertas merah tiga puluh ditukarkan dengan sebatang pen yang terlekat teddy bear dihujung pen,

apakah?
pen biasa berwarna pink, berdakwat biru berharga tiga puluh ringgit?

penjual cina itu ber'alasan' pen itu adalah buatan tangan,
dan kerana itulah harganya sedikit mahal.
dan perlu dihabiskan jualan untuk tujuan esaimennya.

hmm.

...

saya dapat bayangkan situasi awak yang sedang baca,
mesti macam ni.
"Ya Allah Iffah, yang kau baik sangat pergi bagi tu kenapa?"
kan?
haha.

tunduk,
malu.

...

menyesal.
sangat.
namun hanya pada permulaannya.

walaupun dalam kejadian pertama saya berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam bersedekah,
tapi akal turut terkesan walau sehari dua.
membayangkan wang kertas 20 dan 30 melayang begitu sahaja.

fiiiiuuuuuuuhhhhhh.
ditiup angin.

atas kelalaian saya,
atas kesilapan saya,
atas sikap tergesa-gesa saya,
atas sikap simpati yang berlebihan saya.

tapi Allah mahu saya sedar,
tentang sesuatu.

Allah tak akan jadikan sesuatu perkara itu berlaku
melainkan dengan hikmah, kan?

#satu.
wang saya sejak akhir-akhir ini,
mengalir keluar bagaikan air yang mencurah,
laju,
deras.

dan Allah ambil sekejap sahaja.
untuk saya kembali,
berpijak ke bumi nyata.

rezeki ini milik Allah,
Allah berkuasa atas segala sesuatu.
siapa saya hendak mempersoalkan?

#dua.
jangan terlalu cepat percayakan orang,
mereka boleh menyamar,
sebagai watak apa sahaja.
 juga,
belajar untuk keras dan tegas.
jangan mudah jatuh simpati pada mereka yang tidak sepatutnya.

#dua setengah.
apalah sangat bila dibandingkan dengan wang kertas lima puluh saya,
dengan kerugian mangsa-mangsa bencana alam yang lain?
rumah mereka musnah,
kenderaan mereka hancur,
ladang mereka ditenggelami air.

agak-agak,
berapa nisbah kerugian saya berbanding mereka?
satu per seratus juta ribu?
kecil sekali.
saya harus redha.
Allah baru uji saya dengan ujian yang kecil,
saya sudah mula begini.
menggelabah.
tak boleh tak boleh.

saya kena bersyukur,
kerana ada orang yang lagi susah,
lagi berat diuji berbanding saya.

#tiga.
sabar.
biar otak saya bagaikan tidak mahu berhenti berfikir,
mengenangkan lima puluh ringgit yang boleh digunakan untuk
topup celcom 10 sebanyak lima kali,
dan mungkin juga akan digunakan untuk belanja makan sebanyak 5 hari,
namun apakan daya.
bukan rezeki saya.

sabar,
pujuk hati,
Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar.


antara pesanan Saidina Umar Al-Khatab r.a.
sabar, :')

cakap pada hati,
'Bukan rezeki awak,
awak buat silap hari ni,
sebab Allah nak bagi awak pengajaran supaya lebih hati-hati lepas ni,
redha dengan apa yang berlaku,
sama-sama doa,
supaya Allah bagi petunjuk kepada pak cik yang licik tu,
InshaAllah.

lagipun,
duit tu bukan duit awak pun,
Allah yang punya :)'

semuanya kan milik Allah s.w.t ... senyum. :)

"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu ; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,  padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) "
(Al-Baqarah : 22)




awak,
ada nak tambah bagi nasihat kat saya?





p/s : 
proses baik pulih hati setelah penyu menangis lagi.
:'(
tapi, sama jugak. kena pujuk hati,
bukan rezeki penyu untuk piala malaysia, tapi rezeki rusa :)
*post berkaitan bola dulu-dulu. hehe : link 


p/s/s: yang menanti post mencari soleh ep 2, sabar ye :) 


Comments

rijal said…
bukan senang nk ubah hati jadi keras dan tegas..sifat simpati tu bagus tp kena ditapis dgn sifat hati-hati :)
Cik Suria said…
ipahh....tdow lamabt tulis entry ni ke? xpela ipah, btol2..tiap2 yg berlaku ada hikmahnya..mmg itu jugaklah yg org pegang, bukan rezeki kita..sy pernah kena lg bnyk dr awak..tp alhamdulillah, lepas tu sy dpt lg bnyk dr yg sy hilang... Allah tu Maha Adil,kan... :)
umi Hamraa said…
@rijal,

na'am..
jzkk :)

@atie,
hehe. ipah tok leh tdo male. betul2. rama lagi yang lg berat ujiannya. cuma apa pun ujian yg kita terima, redha. ambil pengajaran darinya.
betul. Allah itu Maha Adil.
diambilnya sekejap, untuk tengok kita bagaimana. nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, kalau kita redha dan sabar dengan ujian yang Allah bagi, InshaAllah :)
unknown said…
ye..sama la kita.selalu kene tpu sbb x sampai hati dan kesian. kdg2, mmg nmpk pon org tu tpu. tp bagi gak.sbb : tak smpai ati! kdg2 terpikir : bodo sgt ke aku ni asyik kene tpu je, asyik kesian kat org je...*sigh*
xpe la..sekurang2nya post awk ni meneyedarkan saya juga utk sabar n meredhakan. =)
umi Hamraa said…
@hidayah,

betul2. kita macam dah boleh agak, tapi bagi jugak. sebab kesian. yang penting kena ikhlas la kan?
takpe, duit boleh cari. tapi jangan terlalu simpati. nanti ramai orang ambil kesempatan atas kita. :(

Alhamdulillah,
saya pun ingatkan diri saya jugak.
jom kita sama2 slg m'igtkan. :)
Domu-kon said…
Dear SAYA

Mrs FT percaya... bersedekah seihlas hati..kepada sesiapa..tak perlu kita cam tapis menapis.. sebab khuatir nanti berburuk sangka.. sebab kita ikhlas.. hilang rm50 tu..IA ada kebaikn sedg tunggu..

seperti penyu..walaupun kalah..tetapi kekalahan itu..ajar penyu jgn mudah berada di awang-awangan..kalah skali untk kemengan spluh kali..apa slhnya..
aishahrajindra said…
hmm..rasenye rmai orang alami situasi cm ipah jgk..owang pon slalu kne..ssh nk bezekan yg mne owang yg btol2 dlm kesusahan skarang..klu xtolong serbe slh, tolong pon serbe salah jgk..kn2??
haryzkhairuddin said…
"Sesungguhnya rezeki Allah takkan pernah habis dinafkahkan." tau kata2 siapa ni?? ;)

cuma lepas ni apa2 berserah pada Allah je..n berhati2. kita xtau isi hati org lain. (hanya nasihat sesama saudara islam)
salam..


Allah Maha Kaya..

kalau kes yang pertama tu kan,
kalau ragu2, boleh je bagi separuh
dari yang die mintak, ikut
kemampuan kan..

kalau kene tipu pun x terasa sgt..hehe..

tapi berserah saja pada Allah..

apa yang depan mata semua ujian :)
usopsontorian said…
bismillahirrahmanirrahim....x pe tok pah, biar kita timbulkan rasa keikhlasan dalam dri...itu lebih mulia...brapa rmai dalam klangan kita yg snggup beriklaslah dri...sbab itu ikhlas itu walaupn kcil tp sebanarnya bsar utk diterjemahkan
Faz.M said…
Iffah, kita pun selalu alami situasi mcm ni..thanks sbb ingatkan bahawa rezki tu dtg dari Allah..tak sepatutnya kita menyesal atau apa..mungkin, sudah rezki mereka utk hari tu..

p/s: follow lps baca artikel awk dkt iluvislam... :)
umi Hamraa said…
Jazakallahu khairan kathiran awak-awak semua!

Hidup kita adalah ujian. cuma yang bezakan kita Muslim dengan yang lain,adalah bagaimana kita memandang dan bertindak dalam menghadapi ujian tu :)

yang penting, sabar dan senyum :)
Najiah said…
Innalillahiwainnailaihirooji'un.. ada rezki lain yg lebih baik untuk awk, bakal menanti insyaAllah.. redha dan berserah itu pasti... dan untuk yang menganiaya, Allah melihat mereka. pasti Allah ada pengajaran yg lbih baik untuk mereka.. Allah adil , sentiasa..=). amalkanlah doa pelindungan agar ALLAH melindungi dr sebarang musibah yang memudharatkan.. Agar Allah jaga kita walau di mana kita berada... Dia sebenar2 pelindung.. sesimple mungkian, Bismillah tiap kali melangkah keluar rumah.=) skadar perkongsian. untuk kita bersama
umi Hamraa said…
@Najiah,

Terima kasiiiiiihhh atas nasihat dan perkongsian :)

Jazakillah khair, awak..
beribiru said…
dah 14 comments?..
ohhh npe la sy baru perasan post baru iffah ni..hhehe..

btw iffah.terima kasih atas ingatan. betul2. duit yg dah diserahkan tu mmg bukan rezeki kita walaupun kita serahkan dgn rela hati. insyaAllah terbuka hati2 mereka yg licik menipu orang ramai. dan manatahu duit yg iffah bg tu mengalir ke tempat yg penuh dgn kebaikan. alhamdulillah.

setuju dgn najiah, keluar rumah dan sebelum berkenderaan baca doa pelindung diri. insyaAllah terhindar dr musibah.

dan sekadar tambahan hikmah, kita juga boleh merenung dan memikirkan kembali amalan2 yg kita lakukan mungkin ada terkurang di mana2 menyebabkan terjadi perkara2 yg tidak diingini berlaku. Wallahu a'lam..
umi Hamraa said…
@seha,

comel je seha ni. hehe :)
orang busy kerja kan.. bagus2..

ipah suka ayat seha
'fikir kembali amalan yang mungkin ada terkurang di mana-mana..'

sebab, ipah pun rasa macam tu.
Insha-Allah, lepas ni, sama2 kita beringat :)

jzkk atas nasihat awak, seha :)
beribiru said…
@ipah,

ayat yg ipah suke tu sy pinjam dr seorang kakak yg menetap di melbourne yg sy follow blog beliau..

alhamdulillah..Allah tunjukkan jalan..bila kita renungkan kembali itu lah sebenarnya kelemahan kita..amalan2 yg tak konsisten tu yg membuat kita resah gelisah..selama ni tercari2 ape yg tak kena..rupa2nya inilah salah 1 punca nya..doakan kita kuat menempuh dugaan2 n ujian ini...

saya sertakan dgn link kakak melboure a.k.a ummu abbas ni
http://keranacinta.wordpress.com/2011/10/20/antara-h-i-m-p-u-n-dan-si-jelita-non-muslim/
umi Hamraa said…
@seha,

terima kasih bg link blog kakak tu. sgt bermanfaat :)
Anonymous said…
membaca seluruh blog, cukup bagus
umi Hamraa said…
@anonymous,

Rajinnya baca. :)
terima kasih..semoga beroleh manfaat, inshaAllah..
Syuhada said…
iffah ya? tau nama sebab baca komen yang kat atas tu.

nak tahu tak, bukan iffah sorang je yang beli pen handmade tiga puluh ringgit sebatang tu..

saya pun ter'kesian' jugak kat budak-budak cina tu. jangan-jangan kita ter'kesian' pada hari yang sama, tak?

mula-mula fikir memang rasa macam alahai kenapa la baik sangat beli benda alah tu..

tapi fikir balik, walaupun tak melabur kat diorang, mungkin saya melabur tiga puluh ringgit tu kat lain, sebab tiga puluh ringgit tu memang dah tertulis bukan rezeki saya..

hehe. cuma tak sangka saya terjumpa jugak orang sama macam saya. :)
umi Hamraa said…
@shuhada,

waaahh. tak sangka! aah, mungkin kita ter'kesian' pada hari yang sama. tu la, bukan rezeki kita :)

saya pun tak sangka, macam mana boleh jumpa tulisan saya ni? ;p

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN