pen, kertas jawapan, buku Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

waktu peperiksaan semakin hampir,
sama ada kita sedar, atau pun tidak,
masa akan sentiasa bergerak dan tidak pernah berhenti untuk menunggu kita walaupun sesaat.
oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin,

seringkali kita terbaca  nasihat seperti di atas,
namun adakah kita menggunakan masa dengan sebaiknya?
YA? TIDAK?
saya juga seperti kamu.
terlupa, kerana fitrah kita, naluri kita adalah sama.
sering lupa, hanyut dengan kesenangan dunia.
Astaghfirullahalazim,



saya teringat sms yang dihantar oleh seorang kakak,

''Yang dilihat dan diukurNya, bukan sejauh mana usahamu..
Tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu..
Pergantunganmu padaNya,
Tapi tidak bermakna tidak perlu berusaha,
USAHALAH semampumu.
Tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu, penentu kejayaanmu,
Tetapi berimanlah bahawa TAWAKALmu itu semata-mata pada Nya..
Itulah penentu kejayaanmu..
Kejayaan bukan milik sesiapa, 
Tetapi adalah milik ALLAH,
jadi, seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNya semata-mata,
Maan Najah"



Sms itu sarat dengan mesej,
Membuatkan saya kembali berfikir,

Setiap kali musim peperiksaan tiba, semua orang tekun menelaah pelajaran,
satu perkembangan yang baik, bangun awal pagi untuk study,
stay up sampai tak tidur satu hari untuk belajar,
namun, dalam masa yang sama,
ada juga yang lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim,
lupa nk sembahyang,
terlajak Subuh dan sebagainya.

renungkan diri kita balik,
kita belajar kerana Allah,
atau kerana kepentingan diri sendiri?
                                
                                 "Ya Allah, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa,
tapi hanya keranaMu, 
Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umatMu,
Belajar ini bukan untuk hari ini semata-mata, bahkan untuk sepanjang zamanMu,
Ajarkanlah kami apa2 yang kami lupa tentangMu,
redhailah setiap langkah kami kerana kepada Mu lah kami akan kembali"

ada baiknya,
sebelum kita study, kita ambil wudhu', berdoa,

kita mohon Allah permudahkan urusan kita dalam mencari ilmu,
supaya kita sentiasa sedar, bahawa
Pergantungan kita hanya padaNya,Allah SWT. 


juga,
bersihkan hati kita,
bersangka baiklah sesama manusia,
banyakkan beristighfar,
maafkan orang,
kerana
Ilmu itu cahaya,
ilmu tidak akan turun pada hati yang gelap..

banyakkan berdoa,
semoga Allah mengurniakan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita,
Amin.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..

p/s : Bersegeralah kita menuju Kejayaan.

Maan Najah fi Imtihan,

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN