maaf. kalau itu yang awak rasa.

disklemer : ini adalah sebuah cerpen  rentetan dari entri awak, tolong faham saya.

"Angah tak tdo lagi?"

"Belum"

"Mesej dengan sape tu? along tengok bercahaya je bawah selimut tu"

"Eeiy, stalker ! buat apa masuk bilik angah ni?"

"Along cari earphone, headphone along dah tak dengar sebelah"

"Amboii nak pinjam barang orang tak mintak izin dulu yeee,"

"Dah along masuk tengok gelap je bilik, main redah je la dulu. ampuunn"

"Tak kira. esok, belanja angah ayam goreng uncle bob satu."

"Haissh. uncle bob je? uncle lokman tanaakk?"

"Alooooonnnngggg!" teddy bear putih dibalingnya.

"Hmm. along. angah nak tanya sikit boleh?"

"Tanya apa? serius je muka tu."

"Along, kenapa lelaki ni suka buat perempuan rasa tanda tanya eh?"

"Maksudnya?"

"Alaa tak tau la nak explain camane"

"Macam tak tau dia suka angah ke tak?"

"Eeiiiyyy bukan angah lah! takde orang suka angah pun. angah tanya je. bagi pihak kawan"

"Hahaha. tahu tak apa. sapa la yang suka angah kan?"

Sekali lagi, angah baling teddy bear pink kepunyaan adik.

"Ala cepat la along. dah terkejut adik ni dengar along gelak. cakap tu perlahan sikit"

"Ok-ok. kawan angah tu, kenapa?"

"Macam yang along cakap tu la. lelaki ni lain cara fikir dengan perempuan kan? tak tahu apa yang lelaki rasa sampai kawan angah yang sedih"

"Aah memang pun. 'men are from mecca, women are from medina'. along wakil pihak lelaki say sorry kat kawan angah tu"

"Elehh"

"Camni, laki tu bila dia mesej atau chatting dengan perempuan, memang ada dua niat. sama ada betul ikhlas niat nak jadikan isteri, dan ada jugak jenis yang saja kawan as if takde perasaan istimewa pun. dan perempuan kena tahu la dari segi gaya bahasa, dan  mesej yang disampaikan.

...tapi walau niat baik nak jadikan isteri, tapi kalau mesej terlampau kerap dan diselitkan dengan panggilan yang tak ubah macam dah jadi suami isteri, dan kandungan mesej yang dah berbaur yang tak sepatutnya, itu memang salah dan tak betullah.."

"Tapi kalau betul niat baik, angah rasa better bagi tahu wali perempuan tu dulu kan?"

"Aah. memang kena camtu. tapi lelaki  fikir bila dah bagitahu wali, perkara ni akan jadi makin serius sedangkan banyak lagi perkara lain yang nak kena bagi keutamaan. contohnya kalau ikhwah akan fikir pasal dakwah, kalau lelaki tu student lagi, ofkos la akan fikir pasal study dulu. dan yang paling penting, lelaki ni akan fikir duit simpanan mereka. faham kan kenapa?"

"Aah. kalau dah tau macam tu,tak yah la nak mesej-mesej kan"

"Memang patut macam tu pun. macam dalam satu hadis, kalau sesiapa yang masih belum berkemampuan, berpuasalah. tapi along rasa mungkin jugak ada yang mesej tu sebagai tanda supaya perempuan rasa dah di 'cop' kot. dan bila dah masing-masing rasa camtu kena ada usaha ke arah baytul muslim lah. bukan main cop saja. dekatkan diri dengan Allah, penuhi dada dengan ilmu fardhu ain, ilmu rumahtangga, sebab kahwin ni bukan sebab cinta je, tapi penuh dengan tanggungjawab yang menanti "

"Boleh ke along main cop-cop camtu?"

"Entah. atas pandangan masing-masing. kalau rasa ok macam tu, takpelah. tapi kena pandai jaga batasan lah .asal berlandaskan iman, bukan nafsu. dan paling penting, kena banyak share perasaan dengan Allah, banyakkan doa dan istighfar, bukan makin rancak bercalling dan berchatting. tapi bagi along sendiri, tak yah lah cop-cop ni.bila dah sedia nanti, terus ajak nikah"

"Ohh. susahkan bila cakap pasal hati ni."

"Aah. memang. even, orang baik-baik pun boleh terjerat dengan bab hati dan cinta ni, apatah lagi kita yang biasa-biasa ni. sebab tu, kena bagi hati kita pada Pemilik hati. supaya nanti bila tiba masanya, Dia akan bagi pemilik terbaik untuk hati kita, seorang yang mencintaiNya juga! inshaAllah. so sekarang, jangan berlebih cakap pasal hati, tapi lebihkan soal mati. tak perlu kot nak mesej-mesej rindu-rinduan segala. cari cinta Allah  sebelum damba cinta manusia"

...along yakin, kalau lelaki tu benar-benar soleh, ikhlas dan nakkan sesuatu yang baik dari perhubungan tu, dia pasti akan menggunakan cara yang diredhai Allah juga dalam nak berbytul muslim ni "

"Soooo true."

"So, siapa bakal adik ipar along ni? taknak taaruf pada wali kedua dulu ke?"

"Aaaaaalllloooooooooongggggggg!"

Sepantas kilat along lari, menyelamatkan diri dari dilempar beruang teddy kali ketiga.





"Its ok to have a 'crush' on somebody. That means you are a normal person :) just share it with Allah that feeling and He will guide you the way. Mintak kat Dia, kalau si dia baik untuk awak, berikan kebaikan seterusnya. jika tidak, jadikan awak lupa akan dia..."

-Muharikah

Comments

NuruL ibtiHaL said…
na'am.absolutely right. doa paling penting dan mase ni la, Allah nak uji setakat mane keyakinan kita pada kalam cinta Dia bahawa "perempuan baik untuk lelaki baik..." strive for Allah. :)
FN said…
oh cmtu. nice sharing. :)
umi Hamraa said…
salam alykum.

@aku-bukan-robot,senyum kembali. :)

@fara, lakukan kerana Allah, yakin dengan Nya.

@abstract of life : jzk khairan!

@lia irdelia : dengan izin Allah :)
fatinsofia said…
jodoh rahsia Allah. :)
NadiaSarwani said…
Salam perkenalan. Tumpang lalu kt blog akak eh :)
Jazakillah kheir share cerita mcm ni. Simple tp mengajar sst.

Btw, nak share kt blog. Syukraaannnn~
umi Hamraa said…
Nadya, waalykumusslm. Lalu2. Byk kali pun tak pe.

Silakan, semoga bermanfaat :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN