tak best kan macam ni.

Assalamualaikum :)

Matanya tidak lepas memandang 'tempat hibernasi kawannya',

aarrggghhhh..
sepah lagi..
baru je kemas semalam,
nak harapkan rumetnya itu, jangan harap la.
siap berdebu meja kecilnya,
pun dibiarkan sepi je.
'asal aku hepi' - mungkin kata rumetnya.

tapi dia tak boleh,
dia memang tak boleh kalau tengok rumah bersepah,
kalau ada pinggan yang tak berbasuh,
terus naik suhu kepada 313 darjah,
rasa nak meletup.

buang sampah pun sama,
dah ada jadual buang sampah,
tapi tu pun, ada je yang buat-buat tak faham,
buat sampah pandaiiiii,
nak buang, kenapa berat sangat, wak?
*menangis hiba*

bila masuk waktu solat,
pernah sekali,
dia terlewat bangun,
'kenapa kawan saya tak kejut saya?'
timbul dalam hati,
'kenapa saya selalu je kejut diorang,
tapi diorang tak pernah kejut saya...'

time tengok tv,
dia tak nak tengok kartun boboi-boy,
dia tak nak tengok 8tv,
tapi kawan-kawan nak tengok,
takpelah. kita bagi peluang,
timbul dalam hati lagi,
'nak tengok semanis kurma...'

hmm.

dan disinilah,
perang rumet bermula.
kawan tak serasi,
rumet tak faham kita,
golongan yang mengalah merasakan dia tertindas dan ditindas.
asyik dia yang buat semua.
dari susun kasut,
sampailah sapu bilik,
dan berus lantai bilik air,
diaaaaa je yang kena buat.
kenapa rumetnya seolah tidak faham,
atau mereka memang tak pernah faham?

adegan 'senyap-tidak-bercakap-sesama-rumet' dilancar,
seorang menahan geram di dada,
seorang memang jenis tak akan mula kalau tak ditegur,
dan yang lain tidak mahu masuk campur.
senyap.
sepi.
masing-masing membisu.

....

tarbiyyah selama ini teruji,
dia sering mengharapkan ikhlas dalam setiap yang dibuat,
tapi sukar.
sebab masih ada karat jahiliyyah yang menyapa untuk masuk ke dalam diri,
syaitan masih giat dan tidak akan pernah putus asa untuk menggagalkan kesabarannya,
dan banyaknya dia kecundang.

dia juga manusia biasa.
#teresak-esak di bawah bantal.

....

awak,
sabar eh,
memang susah sangat nak ikhlaskan diri kan?
kita cuba,
tapi terselit jugak perasaan tak puas hati,
cepat-cepat istighfar,
awak 'refresh' niat balik.
buat sesuatu hanya kerana Allah.
tanpa mengharapkan ganjaran dan balasan apa-apa pun.

dan karat jahiliyyah tak akan hilang,
selagi kita tak bersihkan hati kita.
tingkatkan lagi Habluminallah,
Hubungan kita dengan Allah.

'Bila mana kita merasakan hubungan sesama manusia seakan goyah, renungkan kembali bagaimana hubungan  kita dengan Allah...'

sampai bila nak berterusan macam ni kan?
semua orang, kena turunkan ego,
malu dengan Allah,

kalau dia tak nak mengalah,
awak pun nak kena keras hati jugak ke?
awak kena usaha,
tak best kan tengok sesama rumet tak bertegur,
kena ambil inisiatif.
selagi mana tak ada komunikasi,
perkara ni tak akan selesai.
so, macam mana pun metod yang awak guna,
nak 'face to face', (lagi bagus),
tapi saya faham,
susah kan nak commmunicate dengan orang yang kita rasa dah berapi-api geram dalam hati kita,

cuba cara lain,
surat pun ok.
awak luahkan apa yg awak rasa,

tidakkah kebahagiaan kita berganda apabila melihat orang lain bahagia?

dan jangan lupa,
kalau ada duit lebih,
selit hadiah sekali.
tak perlu mahal-mahal,
chocolate Hershey's yang plastik putih pun takpe, eh. :p
tunjukkan keramahan,
kesediaan kita nak tamatkan perang dingin ni.
kalau rasa surat macam kuno,
err.
takpe. guna facebook.
letak dalam mesej dia.
malu?
mula-mula memanglah,
tapi percayalah,
lepas awak dah hantar mesej/cakap dengan dia,
awak pasti akan rasa 'lepas' segala macam perasaan yang tak best dalam diri awak!

'Mengalah bukan bererti awak kalah, tapi itu menunjukkan kematangan awak dalam menangani masalah dan kemenangan akan muncul selepas ini...'

dan setiap rumah,
should be ada satu papan putih,
yang kecik-kecik je (budak-budak punya kat kedai mainan, hehe)
untuk tulis peringatan kat situ,
contohnya :
'bayar sewa = 2 hari lagi (jangan lupa)'
'kena buang sampah'
'aunty rumah nak datang, kena bersihkan rumah! '
dan atas 'whiteboard' tu jugak,
awak boleh selitkan teguran yang lembut atas tu,
mestila tak menjurus pada sesiapa,
tapi orang yang baca tu mesti terasa jugak kan?
oopss.
eh, bukan niat utama nak bagi orang terasa,
tapi sebagai peringatan untuk semua ahli rumah jugak :)

dan bila kita dah pilih metod-metod ni,
satu je.
kena berlapang dada,
tak boleh sekerat jalan.
tiba-tiba nak lancarkan perang panas 2.0 pulak,
please, jangan please.

yakin,
Allah tahu, kita dah usaha.
dan selebihnya kita bertawakkal pada Allah...

sebab,
hati mereka, bukan kita yang pegang,
tapi Allah.

jadi selayaknya kita pohon pada siapa?
Allah.
Hanya Dia.

untuk masalah-masalah minor,
seperti berebut tv,
(sungguh tidak matang, hehe),
tak suka berkongsi makanan,
liat nak bayar duit minyak kereta,
suka gelak kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah bising.
hehe.
perkara ni akan selesai, bila perkara induk diselesaikan dulu,
yakni sesama ahli rumah tak bercakaran,
bila ahli rumah dah berbaik-baik,
confirm kita akan bertolak ansur,
fahah-memahami, tolong menolong, 
eh. dah macam rukun usrah pulak. :)
ha, betullah.
usrah tu kan keluarga,
dan housemate, roomate kita pun dah macam ahli keluarga jugak kan?
sebab kita tinggal satu rumah.
hehe.

kita pasti akan lebih faham,
rumet kita jenis tak boleh tido kalau tak tutup lampu,
so kita beli lampu extra, atau yang ada ruang tamu,
duduk kat ruang tamu kalau nak stay up.

dah tahu dia kalau mandi, mesti lama.
so, sama ada awak, atau kawan awak yang kena bangun lebih awal untuk mandi,
atau pun, ambil nombor giliran. :)


jadi, kita akan mudah untuk 'give and take'.
setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan?
sebab kita sendiri pun mungkin ada habit yang orang lain tak suka.
ingat tau!


dan bila kita tengok rumah tak sapu,
pinggan tak berbasuh,
ringan-ringankan tangan nak tolong buat,
jadikan ini salah satu praktis untuk kita melangkah ke alam rumah tangga nanti.
:p

yang paling penting,
ahli-ahli rumah,
banyakkan baca Al-Quran,
sebab rumah yang tak diperdengarkan ayat suci Kalamullah itu,
diibaratkan seperti kubur.
awk tak nak rumah awak dilihat seperti kubur di mata Allah kan?
dan moga-moga Allah lembutkan hati ahli rumah kita tu,
untuk faham peranan sebagai ahli rumah.
saling kejut-mengejut untuk solat,
saling ingat-mengingat antara satu sama lain,
sebab kita mesti nak ajak housemate, rumet kita masuk syurga jugak kan?


'kalau nak housemate kita jadi hoyeaaahhh, kita dulu yang kena jadi housemate yang hoyeeeaahhh!'

jadi,
awak,
jangan terlalu simpan dalam hati,
muhasabah.
takut dengan Allah,
turunkan ego awak,
kerana Allah.
tak nak selamanya macam ni kan?

relaksla.
Allah kan ada :)

'Tunjukilah kami jalan yang lurus...'
(1:7)
p/s : sayang housemate saya! <3

Comments

unknown said…
wah! intro je dah sedebik kene ke muka saya. sebijik pulak tu.ngam2 tgh perang hati ni.hehehhe. mmg sabar dan cuba utk iklas...tp bertepuk sebelah tgn iklas tu..susah juga lama2. lebih2 lagi kalau sebelah pihak mula pijak kepala.mula ckp2 belakang pd org luar sedangkan kita cuba utk simpan 'hal rumah tangga' dlm lingkungan huzmate je.kdg2 saya terfikir saya atau dia yg terlalu diskriminasi kaum. maaf, tp saya mmg x boleh ngam dgn org negeri 'X' ni dgn sifat perkauman dieorg. sbb bukan baru ni sekali kena.huzmate2 sebelum ni dr negeri X tu sama juga mcm tu. baiklah.iktibarnya lepas ni saya xkan serumah lagi dgn org dr negeri tu. -_-"
Faz.M said…
em..betul la..dulu pun penah jadi camtu jgk..adat duduk dgn kwn2 kot..tapi, lumrah la tu..pengalaman..takde pengalaman tak belajar tentang hidup.. :)
umi Hamraa said…
salam alayk,

@hidayah,

erm, macam dah boleh agak je negeri X yang dimaksudkan. :)
dan iffah yakin tak semua mcm tu kan? tapi, kalau hidayah rasa memang tak boleh masuk, better lepas ni elakkan. :)
jangan panas hati dah eh..
gunalah protect ice kool. eh. hehe
umi Hamraa said…
@fazreen,

haa. tepat sekali! pengalaman itu kan cikgu yang paling berharrrrgaaaa :)
Tiara Fazlin said…
saya bilik single! tapi saya suka point ikhlas tu! *nanges
Nor Ain said…
iffah . thanks ye . tersentuh hati ain baca . nice method indeed : )
umi Hamraa said…
@tiara,

best bilik single :)
hehe.

@ain,
sama-sama ain :)
Domu-kon said…
iffah..sabar ye..tinggal berap hari je lagi k..

"kita kongsi warna mata tapi bukan warna hati "...
umi Hamraa said…
shiraaa,

ipah dah ok, Alhamdulillah :)

yup, true!
tp sentiasa berusaha utk kenal hati seseorang tu, takde salahnya kan? ;p
terima kasih..
kene saling memberi..
kene trnkn ego..
Anonymous said…
nice~~~

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN