cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

Assalamualaikum :)

Dari jauh,
komuter biru kuning yang tertera destinasi 'Batu Caves' bergerak perlahan melewati stesen Shah Alam,
Siren berbunyi, pintu pink dibuka,
dan saya melangkah masuk.

mata melilau mencari kerusi kosong.
Alhamdulillah.
kelihatan di hujung masih berbaki satu yang kosong.
berdekatan seorang kakak Indonesia dan anak kecilnya.

keadaan tenang,
namun ada satu suara yang mampu mengganggu telinga,

uwaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaa.

anak kecil berdekatan saya itu menangis,
minta dilepaskan.
ingin dilepas bebas.
sangkaan saya,
'budak baru dapat kaki, biasalah.'

anak itu mula berjalan,
dan semua mata pastinya tidak lepas memandang anak kecil dalam lingkungan 1 tahun itu.

dia kelihatan gembira berjalan-jalan di atas train yang bergerak,
walaupun riak cemas jelas terpancar di raut wajah ibunya.
.
.
.
anaknya melangkah semakin jauh,
dan si ibu pantas bangun dan mendapatnya kembali.

namun belum pantas ibunya ke tempat duduk asal,
anak itu kembali menangis,
malahan lebih kuat lagi,

uwaaaaaa....uwaaaaaaa...

kali ini lebih kepada meraung.

jelas terpancar ketidak senangan penumpang lain,
ada yang muka berkerut,
ada yang buat tidak kisah,
tapi yang paling ketara,
amoi berbangsa cina sempat mengeluh sebelum keluar di stesennya,
"ayyyyaaaaaaaa........."
jelas mahukan semua penumpang tahu ketidak selesaannya dengan tangisan adik kecil yang tidak berhenti.

saya ketika itu,
hanya mampu memandang.
bukan salah amoy itu,
dan bukan juga salah anak kecil itu.

simpati dengan ibunya.
pelbagai andaian timbul,
'lapar mungkin, atau pampers basah?'
'atau keadaan train yang tidak berhawa dingin merimaskan dia ?'

tapi saya hanya berfikir sendiri,
di dalam hati. takut untuk bersuara.
siapalah saya,
remaja yang masih belum berpengalaman,
dalam urusan rumah tangga.hehe.

stesen demi stesen,
tangisan anak kecil seakan tidak ada tanda untuk berhenti.
ibunya semakin resah,
sekejap bangun, sekejap duduk,
sekejap dibaringkan anak itu,
sekejap diusapnya dan sekejap dipeluknya,
tapi usahanya seakan menemui titik buntu.

penumpang lain juga turut simpati,
(biar ada juga yang tidak ambil tahu)
ada yang meng'offer'kan diri untuk memujuk,
menolong untuk mengendong,
meng'umpan' baby dengan anak kunci, penyepit rambut dan botol air,
namun semua itu ditolak mentah-mentah.
ada yang mengeluarkan fail untuk mengipas, menyejukkan anak kecil dan juga ibunya.

ada yang mencadangkan untuk diberikan botol susu,
dan anak itu pantas diberikan botol susu berisi air mineral.

'ooohhhh. dahaga rupanya...'
semua orang menarik nafas lega.

anak kecil itu terus sahaja diam.
meminum dengan rakusnya.

disangkanya panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari.



uwaaaaaa... uwaaaaaa...uwaaaaa....


sebaik habis air mineral,
baby itu kembali aktif menangis.
malah lebih kuat lagi.
saya rasakan budak kecil itu 'all out' melepaskan suaranya,
kesian lagi.
naluri saya terdetik.

saya mula tidak senang duduk.
saya kesian melihat ibunya.
saya kesian dengan anak kecil itu.

dan dalam kepala saya,
ada satu cara,
hanya ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

saya memberanikan diri.
mensuakan tangan ke atas kepala anak itu,
mengusap perlahan.

"Laila..haillallah... Laila...haa..illallah.....Laila..haillallah..."

sebaik saja saya mengalunkan zikir,
anak kecil itu terus, automatik diam!
Apa maksudnya?

'Tidak ada Tuhan melainkan Allah'

dan anak itu diam.langsung tidak merengek satu apa pun.

dalam erti kata lain,
anak itu membenarkan.
tunduk dan patuh.

'Lailahaillallah'

jelas Allah mahu membuktikan sesuatu,
kita semua ini datangnya dari Allah,
Allah itu Tuhan kita. Rabb kita.
dan Islam ini agama yang benar!

Subhanallah!
Hebatnya Allah.

berbalik kepada cerita.
ada getaran pada setiap bait zikir saya,
jujur,
saya terketar,
saya dapat rasakan,
mata-mata penumpang di koc berwarna merah jambu semuanya tertumpu pada saya.

'pastinya ada yang bercakap tentang saya'

kerana dalam tren itu,
bukan hanya muslim, malahan kakak yang menolong untuk mengipas anak kecil itu adalah dari bangsa India.
namun saya tidak peduli lagi.
mudah-mudahan ada hati-hati yang tersentuh,
InshaAllah.
:'(

anak kecil itu memandang saya.
lama.
dan saya masih tidak berhenti berzikir.

setelah anak itu menunjukkan respon positif,
saya kembali ke tempat asal.
jam ditoleh menunjukkan 7.00 petang.
waktu waktu senja seperti ini,
banyak syaitan yang berkeliaran,
bertempiaran.
dan mungkin ini salah satu asbabnya anak itu tidak henti-henti menangis.

dan ubatnya,
hanya satu.

kembali kepada Allah.


beberapa minit kemudian,
[stesen berikutnya..KL Sentral..KL Sentral]
kedengaran suara pengumuman yang direkod.

ibu anak kecil itu mula mengemas-ngemas,
bersiap untuk bangun.
dan sempat ibunya bertanya saya, ramah.

"adik turun kat sini juga?"

"belum kak"

"ma kasih ya dik"

dan kakak itu beredar bersama anaknya.

.
.
.
.
.

ketika tren mula bergerak,
dalam kegelapan malam, (dek kerana tren yang kerosakan lampu)
saya tahu,
ada air jernih panas mula mengalir di pipi.
ibrahnya saya menaiki tren hari itu!

Allahurobbi....

'hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan kembali tenang' (Ar-Rad:28)
note.
'akak, bukan saya yang mendiamkan anak akak, tapi Allah. saya hanya wakil Allah sahaja...'

Comments

beribiru said…
sy yg xde dlm tren juga dapat rasakan getaran itu.

subhanallah..

indah sungguh. Allah beri nikmat itu pd iffah.

juga diberi kepada semua makhluk dlm byk cara dan berbeza2..hanya yang mahu merenung dan memikirkannya dapat rasakan kenikmatan itu.

Allahu akbar!

sy mahu juga~~
Semoga dipermudahkan..
Cik Suria said…
membaca dengan air mata mengalir di pipi..
iffah, sy dpt rasa sesuatu..
Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Pada dia kite datang, pada Dia juga kite kembali.. Tiada tuhan yang layak disembah melainkanNya.. Syukran iffah atas perkongsian cerita yang bermanfaat ini.. =)
mia said…
Subhanallah!! pengalaman yg sgt indah iffah..
umi Hamraa said…
@cik beribiru,

InshaAllah, moga iman kita, rasa sayang kita pada Allah bertambah dari hari ke hari. :)

@cik khayla fadwah,
Alhamdulillah. hati disentuh Allah.
istiqamahlah,:)
atie rasa apa tu? hehe


@puan ixora,
sama-sama puan. hehehe.
Allahuakbar!

@cik mia sara,
:)
semoga hati kita bertaut keranaNya.

'sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah..'
M.I.A said…
mata bergenang :')

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN