bila malu mengatasi mahu

Assalamualaikum :) saya nak beli Majalah Solusi, saya teringin nak baca, tapi, nanti kawan-kawan saya kutuk saya. mana pernah saya baca majalah macam tu. saya teringin nak dengar nasyid, tapi nanti kalau kantoi dengan diorang, macam mana? malu la wei. saya rasa nak sembahyang jemaah kat surau, dah lama tak pergi surau, selain dari sembahyang Jumaat,sembahyang raya, last saya pergi surau bila duk asrama dulu. tapi kalau nak pergi sekarang, mesti orang pelik kan? saya suka juga tengok orang alim-alim. walaupun saya ni macam jahil sikit pasal agama, biar saya pernah kutuk diorang, cakap diorang skema, takde life kononnya. tapi jauh dalam hati saya, saya teringin jugak nak jadi macam diorang. bila baca-baca artikel dalam internet, terbukak jugak pintu hati saya nak berubah. tapi, entahla.. saya pun nak jadi baik juga! itu jeritan batin saya. tapi, mampu ke saya nak berubah? boleh ke saya nak jadi macam orang-orang lain yang baik tu? macam tak berapa laya...