Istimewa

Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. terkejut. pelik? jangan pelik. betul la ni. jangan betulkan skrin laptop anda. kerana ini sesawang sebenar. haha. tiada lagi corak abstrak, tiada lagi bumi yang dipercikkan air, tiada lagi background hitam yang membuatkan mata terasa sakit. kerana sekarang. hanya awan dan langit yang cerah, ciptaanNya, yang menghiasi laptop kamu! tak suka? sukakanlah. :) terkenang. teringat kali pertama terlintas untuk menulis. tengah malam 11 Ramadhan 1430H, saya terjaga dari tidur, berfikir mengenai diri, usia yang semakin meningkat, bererti, semakin hampir dengan kematian, namun, saya fikir, saya tiada usaha untuk memperbaiki diri, apatah lagi mengejar amal, hari-hari berlalu seakan kosong, tidak membawa erti. sama dengan sebelumnya. saya tidak boleh untuk terus begitu. saya tidak mahu dikatakan hamba yang lupa siapa Tuannya . saya tidak mahu. saya tidak mahu hari-hari saya berlalu tanpa erti, tiada makna, ru...