Di mana Allah dalam hati kita???


With the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

DI mana Allah dalam hati kita?
pernah terfikir tak psl ni??
pernah tak bila kita buat sesuatu tu, kita terfikir tentang Allah swt?

kalu cmtu, pernah tak kita kita rasa kerdilnya kita sewaktu kita solat?
apa yg kita rasa masa sujud dalam sembahyang?
rasa tak yg kita sebenarnya kecil sangat, dan takde ape2 pn..rasa malu,rendah diri,tawadhu'..
atau tak rasa ape2..
atau rase kenapalah imam ni sujud lama sangat?
Astagfirullah..

check blk hati kita, tgk blk akhlak kita..muhasabah diri kita balik..

pernah tak rase bila dapat sesuatu kejayaan tu, kita terfikir semuanya kerana Allah?
bila kita dpt musibah, semuanya kuasa Allah?
bila orang puji kita hensem, cantik, semuanya Allah yg cipta??
bila tgk sesuatu keajaiban, semuanya Allah yg buat?

sesungguhnya,
'lailahaillallah'
Tiada Tuhan Melainkan Allah.

oleh itu,
Bersyukurlah dengan segala nikmat, kejayaan yg kita dapat,
ucaplah 'Alhamdulillah'
Redha dengan segala ketentuan Allah,
jangan rasa takabur,sombong,sebab
bila2 masa je Allah boleh tarik balik nikmat tu..

banyakkan berzikir memuji Allah SWT..

Firman Allah, "aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku"

selalulah bertanya kepada diri,
''di mana ALLAh dalam hati ku?"

p/s : untuk Lisma, terima kasih!








Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN