is,tighfar

21315


"nak minta alihkan banner, sebab rasanya akhawat lagi suka kalau khemah lebih privasi..takpe ke?"

"signage patutnya logistik atau tugas-tugas khas yang buat eh? sebab ramai dah complaint ni"

"press conference kena tukar tempat? .. hah? cancel pula? errk tempat yang kita duk prepare tadi.. untuk apa ya?"


...

mencabar.
sangat banyak perlu dimuhasabah
dan istighfar.

pertama kali ditaklifkan dalam logistik
dan pertama kali juga mengendalikan program yang besar skalanya
fikir dua tiga kali juga untuk diberikan nama
risau kalau tidak diletakkan hak yang sepatutnya
"allahumma yassir"

dan ternyata
aturanNya tersangat indah
subhanallah

walau penat berkejaran ke sana ke mari
namun ruh program sempat juga dirasai 

benarlah
ukhuwah yang terjalin atas dasar kecintaan kepadaNya
terasa amat manis sekali
melihat akhawat tersenyum mesra
tangan dijabat
kanan kiri pipi dipertemukan
jernihnya mata, yang sukar diungkapkan

ini kah yang dinamakan

cinta..?

harmoni suasananya

dan lebih terharu
team mates yang pada awal perkenalan hanya 'senyum-tunduk-senyum-tunduk'
rupanya sangat banyak memberi erti
dan ketua yang tegas 
rupanya hebat dalam 'spontaneous' puisi
#weareproudtobejk*


"Akak, ana nak ucap terima kasih sebab banyak ajar toleransi sepanjang program ni dan ajar untuk bekerja dengan ikhlas. nak mintak maaf juga kalau ada terkasar, maklumlah darah muda"

"Ya Allah, akak yang patut cakap terima kasih pada awak. Subhanallah sangat bersyukur dengan setiap aturan Allah. Allah temukan akak dengan awak. Akak sangat belajar dari awak. Sangat positif. Cermin hp awak retak seribu pun awak boleh lagi keep smiling...

...darah muda? uwwaa. rasa diri dah tua.."

akhawat.
ada sahaja yang buat dirinya ketawa.
:')

"people rarely remember your words,
but they certainly remember your actions"


dan malamnya, 
resah gelisah menonton persembahan yang agak bingit bunyinya.
ditambah dengan fikiran yang memikirkan barang logistik yang perlu diuruskan.

"bestnyaa! macam rasa nak ikut rentak sekali"

"FNM suka dengar percussion ni?"

"Aah suka juga. Iffah?"

"Kurang. Lagi suka piano rasanya. acoustik ;p"

"Ohh. Iffah nak keluar kemas tikar dulu?"


subhanallah,
senyuman dilakar dibalik gelapnya dewan 
mereka sekali lagi tersangat memahami dan memberi erti.
<3 p="">

akhlaq. khidmah. ukhuwah.


sangat setuju
bila mana pengarah memberi taujihat sebelum bersurai,

"melalui program ini lah, kita dapat menterjemah apa yang dipelajari sepanjang usrah, sepanjang ikuti tarbiyah. kena belajar sabar, kena banyak berlapang dada, kena banyak toleransi, pergaulan silang jantina..."

"jangan rasa ianya sekadar program, tapi salah satu ubudiyyah kita kepada Allah. moga Allah nilai setiap usaha kecil kita..."

"tahniah, kerana menjadi sebahagian dari sejarah.."

yang tidak kenal bertambah rapat
yang sudah rapat bertambah akrab

dan Allah jua yang merancang segala.

..

beberapa hari berlalu
mood program masih terasa
hari yang panjang
tapi cukup memberi kesan

jujurnya
rasa rindu pada team logistik
rindu untuk bekerja bersama-sama,
rindu pada team program seluruhnya.

dan Allah jua yang satukan hati-hati kita.

...

Allahu
bila kita lakukan apa sahaja
atas dasar kecintaan kepadaNya,

manisnya kekal
membuah senyum
syukur tidak terhingga pada Dia yang memberi rasa

tidakkah kalian jua merasa?

harmoni.

alhamdulillah, 
tsumma alhamdulillah.


xxx

"dan di dalam syurga nanti, kita akan bersama orang-orang yang kita cinta..."

dan moga kita semua akan berukhuwah, sampai syurga
tempat asal kembalinya kita
bidznillah.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum akak , I wanna share my problem with u but could u possibly give me ur email as I wanna keep it private. -sff
umi Hamraa said…
Waalykumusslm adik,

InshaAllah honour to receive yr email. Email akak,

iffahnurul91@gmail.com

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN