perjalanan mencari cinta Tuhan


'Asal dah jarang nampak ko lepak mamak eh?'

‘Penat kerja.’

‘Alaah setakat kerja bawah aircond makan gaji start pkl 8 balik pukul 5 macam tu ko kata penat?’

‘Ko mana tahu. Kerja guna otak ni penat.’

Dia senyap. Aku pun.  Entah. Dah tak rasa heaven pun lepak kedai mamak macam takde arah tujuan cam dulu. Dah tak rasa puas pun bila member belanja kes menang race motor macam dulu.

Sebab sekarang ni, aku rasa hidup ni ada makna.  Bukan untuk bazir masa lepak dua tiga jam takde mende nak buat malam-malam camtu. Bukan senang-senang je nak gadai nyawa atas jalan macam tu. Sekali mati tak sempat taubat?

Yang tu je yang aku takut sekarang. Mulut member-member aku sorang-sorang kalau tanya bukan main nak syurga, tak nak masuk neraka wehh.

Tapi aku ada amal ke nk bawak pergi syurga?

Lepas dua tiga hari dari jumpa Qayyum hari tu, aku buat solat sunat taubat.  Tak yah nak buat muka pelik. Memang aku tak reti pun nak buat solat sunat taubat. Mula-mula disebabkan segan, jadi aku tanya ustaz google je. Tp aku rasa tak confident. Tebalkan muka jugak la pegi msg Qayyum, junior yang jumpa kat tasik hari tu.

Alhamdulillah lepas dah solat sunat taubat, rasa lebih tenang.

Rasa macam tak tahu nak terungkap macam mana sebab kita sendiri yang rasa. Perasaan bila mana kita mengadu, dan ada orang dengar. Dan yang dengar tu Yang Maha Kuasa atas segala-galanya!
Perasaan yang kita ni sebenarnya takde apa-apa pun untuk dibangga-bangga sebab kita ni makhluk Dia je, tak yah nak dabik dada sangat lah.
Bila dahi menyembah bumi, doa banyak-banyak dalam hati dan takde orang pun yang tahu melainkan kita dengan Allah je.
Allahu.
Kalau dulu aku ingat taubat ni untuk orang nak mati je. Tapi mati tak pernah kenal tua ke muda. Tak sakit pun boleh mati. Tak tua pun boleh mati. Rahsia Allah, tak siapa yang tahu.

Sekarang, aku fikir nak tambah amal, dah tak nak jadi macam aku yang dulu.

Mula-mula aku niat, azam tak nak tinggal solat. Sebab solat ni adalah hubungan direct hamba dengan Tuhan. Kalau tak solat, tendency untuk kembali lagha, buat maksiat tu memang sangat tinggi.

Tapi, dengan syarat kita solat sebab ikhlas kerana ALLAH. Sebab mesti ramai orang pertikai, kenapa ramai je yang solat tapi still buat slamber derk je dengan hukum Allah. Yang bezanya, itulah. Solat sebab apa. Sebab memang dah jadi rutin harian ke atau memang kita nak beribadah pada Dia sebagai seorang hamba?

Alhamdulillah. Walaupun mula-mula memang susah terutama subuh dengan isyak. Tapi aku tetap cuba untuk tak tinggal. Bila dah rasa macam malas tu, aku istighfar banyak-banyak. Sebab time malas tu, syaitan tengah berkerumun kat telinga.

Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Sekarang habit lama aku cuba utk kurangkan. Cuma nya satu je yang buat aku pening. Tak tahu nak stop camane.

Rokok.

Susah sangat nak berhenti sebab aku ni kira dah agak heavy smoker. Sehari dua tiga kotak. Mahu tak kering duit. Pernah rasa nak berhenti dulu, masa bulan puasa. Tapi tak sampai dua tiga hari, dah start ketagih balik.
Arghhh.
Tapi tak boleh. Aku kena kuat. So aku cuba untuk kurangkan dulu. Sebelum berhenti betul-betul. Niat. Sekali lagi, memang sangat penting. Side effect macam resah gelisah, sakit kepala, serba tak kena tu aku elak dengan buat aktiviti lain. Contohnya main bola dan jogging. Dan sekarang ni pun banyak je alternatif produk yang jual kat kedai untuk mereka yang nk berhenti merokok. Memang selalu simpan Niquitine dalam poket sebab tak nak bagi peluang untuk nak smoke tu.
Betul la kan, bila orang tu ada strong desire nak achieve sesuatu with Allah's help inshaAllah akan dipermudahkan segala urusannya.
Asal kena yakin dan percaya. 
Aku banyak-banyak doa supaya Allah mudahkan perjalanan aku.
Perjalanan aku, nak jadi baik,
Perjalanan aku, nak taat perintah Allah.
Perjalanan aku, nak tinggalkan dosa-dosa maksiat,
Perjalanan aku,
mencari cinta Tuhan.
 
...
Atas motor balik kerja tu, tiba-tiba ada orang call. Nombor yang aku tak kenal.  Tapi tak sempat angkat. Balik rumah, nombor tu naik lagi. Siapa lah nak buat prank call kat aku ni.
'Hello..'

'Ya, siapa ni?'
 
...
 
Terkesima.
Tanpa sedar, ada titik jernih mengalir di pipi.
Allah.
 

Comments

dALeDaLE said…
may Allah bless~ ^^
azim said…
Alamak sape kol weiii tergantungg �� ke ada sambungan aku taktau. Haha

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN