Abah. kesayangan kami. :)

Assalamualaykum.

setelah entri mak yang lepas ditulis oleh along,
entri kali ini dituju khas untuk zauj emak,Tuan Haji Ghazali bin Sulaiman.
merangkap abah kepada 10 orang anak.
:)

abah. bersama Quran besarnya :)

1.
Bangun padi dah dengar ada orang buka tv lepas solat subuh. tiada orang lain, abah lah orangnya. abah jarang sekali tidur selepas subuh. tapi bila keluar bilik, tengok abah baring jugak depan tv. mata tutup, tv pasang. errk. bila nak tutup tv je, terus abah tegur, 'abah dengar lah'. hehe. ok-ok. abah memang pakar kalau bab' telinga dengar,mata tutup' ni.

2.
Doktor yang tak habis belajar. hehe.
sebabnya, abah banyak tahu pasal medik ni. walaupun tak pasti kesahihan fakta yang abah utarakan. tapi majoriti nya benar belaka.

3.
Leadership by example.
Sangat banyak kalau nak dihitung. sebab abah tak akan suruh along mandi, selagi abah tak mandi dulu (haha, contoh applicable untuk 15 tahun yang lalu). bila abah nak ajak along, angah, ateh, acik sembahyang, abah takkan cakap direct kat anak-anak besar ni. pasti abah akan sebut anak abah yang kecik-kecik je. 'abang fizi, jom solat' ehem. yang besar-besar tu, faham sendiri la maknanya ya.

abah suka pujuk dengan cara lembut. contohnya uda dengan alang suka sangat persoal, kenapa asyik diorang je kena buang sampah lah, angkat barang dari kereta lah,
tapi kata abah,
"Abah nak bagi pahala dekat anak-anak abah, tak nak terima ke?"
ohh.sentap angah. 
kata alang, kalau dia dengar abah cakap 'ala, alang kan rajin', terus cair ha. terus takde idea dah nak bantah cakap abah. see. how powerful the word is. :)

4.
Tidak cerewet. langsung.
Yang ni paling kami respek. abah tak apa kalau makan nasi lauk megi pun. banyak yang abah buat sendiri. kalau mak bizi, abah kacau ali cafe sendiri, tanak nasi, makan apa je yang ada dalam peti ais dan bawah tudung saji. tak macam orang tu, asyik nak demand sardin je. hehe. sebab kata abah, abah dah set in mind, 'kalau ada rezeki abah balik jual roti dan mak dah masak, alhamdulillah. tapi kalau mak belum masak lagi, abah redha' sebab abah faham mak. sangat. T_T

5.
'Househousband'? abah boleh buat semua.
Abah yang basuh baju, jemur baju, bakar sampah, buat roti, bakar roti, dan banyak lagi kerja-kerja rumah yang lain, abah yang buat masa kami anak-anak besar ni berjuang menuntut ilmu. kadang-kadang abah yang tahu lebih dari anak perempuan ni. lupa nak letak asam keping lah, terlebih garam lah. erk, siapa anak perempuan encik ghazali ni? :p

6.
abah tak tengok bola, which is good. sebab susah kalau lelaki obses dengan bola ni. tapi kalau before tengok bola tu bangun tahajud dulu, aha! yang tu hensem. dan lagi satu abah tahu je ending semua cerita. kan abah yang buat cerita tu, abah tahu la. hehe. dan, cerita yang first time tayang kat tv pun, abah boleh claim, 'alaa, abah dah tengok dah cerita ni. dah pernah keluar kat tv dulu' . haha. nak melawan tak boleh. nak tak nak, terima je la ye. hikhik.

7.
abah tegas walaupun tak garang.
sangat jarang abah tinggikan suara, unless abah memang sangat-sangat marah. pukul kami time kecik-kecik pun abah tak se'aktif' mak. hehe. tapi kami tahu je, abah n mak buat semua tu sebab utk kebaikan kami jugak, kan? kalau tak, mesti kami dah tak jadi macam kami sekarang ;p
pernah time meeting abah buat kat rumah, first time dengar abah bersuara. waah. takut dengan ketegasan abah. sebab abah tak suka orang main-main ni.

8.
abah jarang ketawa, tapi bila abah dah ketawa, maknanya memang lawak sangat la tu. dan kadang-kadang, bagi angah tak kelakar, tapi abah gelak jugak. err. kena lah buat-buat senyum jugak time tu. hehe.

9.
siang hari, bila time cuti sekolah, abah dah plan 'baikpunya' untuk anak-anak. kena basuh kereta, cat pintu, cabut rumput, tebang pokok, kerat roti, mop lantai. siap ada 'to-do-list' lagi. :)
bila malam menjelma, anak-anak lelaki semua kena ikut abah pegi masjid atau surau lepas solat maghrib berjemaah kat rumah. tapi biasalah adik-adik laki angah yang kecik ni, tengok menu kat surau best ke tak baru termotivasi nak pegi surau. kalau tak, muka monyok je kena paksa. kecik lagi, boleh dimaafkan. hehe.

10.
Abah suka tangkap gambar dan abah juga 'seni' orang nya. banding dengan anak-anak abah yang err tangan keras semuanya. hehe. kalau ambik gambar, ada bunga-bunga tu, idea abah la tu. dalam rumah pn, abah yang decorate beli bunga-bunga kat ruang tamu. kreatif kan abah?


11.
Adik-adik memang tak suka kalau keluar pegi kedai dengan abah sebab tak dapat nak beli barang banyak. haha. abah seorang yang jimat cermat. sangat suka. tak suka beli pkara yg tak perlu. eh sama la kita, abah. ;pp

12.
abah tak suka kalau dalam kereta, adik beradik yang kecik-kecik kat belakang gaduh-gaduh (err dulu along la kepala gaduh-gaduh ni). tapi bila dah makin besar, abah tak nak bg gaduh, pasang ayat alQuran kuat-kuat. biar sejuk sikit kemarahan tu. kalau naik kereta untuk perjalanan pagi, abah akan make sure, semua anak-anak baca mathurat kuat-kuat dalam kereta. hensem kan abah?

tapi after all, yang paling penting.

dulu, angah tak pernah nak ambik tahu buku-buku dalam rak hitam abah, siap boleh buat main jadi pustaka mini lagi. sekarang, bila dah duduk dalam 'dee and tee' baru dapat tangkap tu semua buku-buku tarbiyyah. 
tafsif fil zilal, maza yakni, amal islami, iman asas kehidupan manusia dan banyak lagiiiii. tapi versi old skool sikit la, kan abah? tp content nya masih tetap sama. 
bila sebut nama-nama tokoh macam abu a'la maududi, gerakan-gerakan haraki seantero dunia (hiperbola pulak), abah tahu. dulu macam agak pening-pening jugak bila dengar along dengan abah sembang. tapi sekarang dah faham sikit-sikit :)
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. 


rasa sangat seronok, bila mana berdua dengan abah dalam kereta, abah buka cerita pasal macam-macam. cerita abah kat uitm, cerita abah masa kecik, cerita usahawan roti abah, cerita usrah abah, cerita isu semasa,cerita syria palestin, cerita parti biru hjau, cerita abah kenal dengan mak (hihi), cerita pasal abah nak calon menantu yang macam mana *koff, koff*
tapi ter lebih seronok bila mana abah tadabbur ayat al-Quran. bukak henfon abah yang dah canggih sekarang tu, baca maksud dan abah hurai. angah? dulu angguk-angguk je. sekarang dah boleh bg pendapat sikit-sikit :)

sedar tak sedar, rupanya dari dulu lagi, abah dan mak dah terapkan penghayatan bytul muslim dlm usrah kita. 'ustaziyatul alam tidak mungkin tercapai kalau kita tak melalui maratib amal satu persatu kan?' alhamdulillah. kami anak-anak, berusaha jadi anak yg soleh solehah buat mak dan abah, inshaAllah. fighting!

terima kasih abah, sebab jadi abah, jadi imam, jadi kawan, jadi inspirasi, jadi ustaz, jadi kawan, jadi cikgu disiplin buat kami sepuluh beradik, 

even angah tak senarai semua ni pun,
angah memang sayang abah with no reason,
dari dulu, sampai sekarang hingga ke Jannah inshaAllah.



'Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Bapa, ABAH,'

semoga Allah redha, semoga Allah panjangkan usia dalam ketaatan kepadaNya, semoga Allah berkati setiap  apa yang abah lakukan, Amin.


InshaAllah.


psst, angah dengan adik-adik perempuan lain semua bercita-cita nak cari macam abah jugak. hihi. inshaAllah :)

tulus ikhlas,
dari along, angah, ateh, acik, alang, uda, kakak, abang, anjang, aqeeb.

note : 
mari, doakan kesejahteraan ibu bapa kita yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 
buat baik sementara mereka masih ada. teruskan mencurah kebaikan supaya pahala turut sama dirasai oleh ibu bapa kita.
mari jadi anak soleh dan solehah!



Comments

beribiru said…
Allahuakbar, iffah..sy rindukan situasi cmni ni..abah sy yg camni..tapi tu sume dulu2 je..masa sy belum lahir..=(
doakan sy dapat merasa sume ni dgn suami dan anak2 sy kelak ye. =)))
umi Hamraa said…
InshaAllah.
Moga seha dapat merasa semua ni bila dah berbytul muslim nanti Ameen. :))
bubub said…
Assalamualaikum Iffah. saya suka baca entry ni..saya ada buat satu entry buat bapa juga january lalu..sekadar berkongsi di sini...silalah =)
http://w3bubub0zzz0.blogspot.com/2012/01/kehormatan-kita.html

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN