si penchuri bukan mencuri hati

Assalamualaikum,

07.40 pm :

Cepat-cepat langkah kakinya masuk ke dalam surau perempuan kl sentral,
bimbang takut terlambat untuk mengejar bas di hentian bas putra jam 9 malam nanti,
mencari-cari di mana tempat sesuai untuk memarkir beg-beg nya.

dipenjuru sudut ada seorang kakak,
bertudung hitam, wajah seakan lemah, tidak bermaya,

"Letak kat situ dik"
tunjuk nya ke arah satu tempat di mana beg-beg pengunjug lain berkumpul.

kakak itu bersuara.
dan dia hanya menurut.

08.00 pm :

usai solat,
dia terasa seakan 'eh, beg aku ada lagi ke tak eh?'
tidak sedap hati.
namun, tawakkal hanya pada Allah.

bergerak menuju ke belakang surau.
beg baju bunga-bunga pinknya sudah teralih ke dinding yang lain,
namun tidak kelihatan beg galas laptop hitam biru milik abangnya,


"akak, ada nampak beg saya?"

soalan yang sama ditanya kepada pengunjung-pengunjung surau.

majoritinya memberi jawapan tidak,
namun ada seorang kakak mencelah,

"rasa macam nampak tadi, tapi dah dibawa keluar oleh kakak yang duduk kat hujung tadi. ingatkan beg dia..."

hmm (?)

dibawa keluar?
kakak yang pakai tudung hitam tu eh?
duduk di hujung?

maknanya,
kakak yang menegur dia sewaktu mula-mula masuk tadi!

Allahu robbi T_T

[eh, mata masuk habuk ke apa ni?]

dan kakak-kakak lain mencelah,
"perasan tak, muka kakak kat hujung tadi tu, sama dengan muka yang tertampal 'wanted' di pintu surau ni?"

dia mengingat kembali,
tapi yang di gambar itu tidak memakai tudung,
penchuri, pasti juga punya strategi!

jam bergerak laju,
dia cepat-cepat bersiap,
walau dia sebenarnya tidak punya idea untuk ke mana waktu itu,
dia tahu mata pengunjung lain tidak lepas dari memandangya,
penuh dengan pandangan simpati,
dan masing-masing mula menjaga barang-barang mereka.

tapi, dia senyum.
senyum sahaja.
kerana dia tahu dia membawa imej islam,
muslim perlu sabar bila di uji.

biar dalam hati Allah yang tahu.

Allahu Allah.


keluar dari surau,
tempat pertama yang dituju,
kaunter pertanyaan.
dan pengawal di kaunter mengarahkan ke balai polis di tingkat atas.

sayang awak, inche acer :)



kejap saja, terlampau kejap,
kejadian yang berlaku dalam tidak kurang dari sepuluh minit tadi.
dia harus akui,
redha dengan ketetapan Allah,

kalau diikukan,
ramai akan berkata, 'kalau lah dia buat begini, pasti akan jadi begitu'
tapi,
harus dan kena sedar,
'kalau' itu sebenarnya membuka pintu syaitan untuk masuk mencucuk ke dalam hati dan aqal kita.
Astaghfirullah.

dan ini sebagai pengajaran buatnya,
harus dan kena sedar kesilapan sendiri,
dan pastinya untuk yang lain juga.

kita tahu sahaja, untuk menjaga barang-barang penting di tempat awam,
khususnya yang berseorangan,
tapi kadang-kadang kita lupa.
dan pastinya,
Allah sudah tuliskan itu ujian buatnya.

dalam hati,
jujur,
dia senyum.
kerana selama ini kawan-kawan di sekitarnya yang teruji,
tentang 'kehilangan'
dan dia hanya mampu menasihati.

dan hari ini,
bila Allah uji begini,
dia tahu, Allah pandang dirinya.
Allah mahu tahu, adakah dia akan 'react' seperti mana yang dinasihati pada rakannya.

"Sabar" 

"Allah uji tanda Allah sayang" 

"Allah tak akan bebankan hambaNya melainkan dengan kesanggupan hambaNya"

inshaAllah,
mudah-mudahan.
dia mampu untuk jadi kuat, untuk jadi sabar,
untuk jadi muslim yang ohsem pastinya!
yang tahu Allah susun sesuatu, pasti ada hikmah di sebaliknya!

di dalam tren ke putra,
kakak- kakak yang tahu kisahnya di surau tadi, bercerita.
pengalamannya yang kehilangan.

dan dia yakin,
bila kita rasa kita susah,
pasti dan pasti dan pasti ada orang yang lagi super duper susahnya dari kita!

kan?

jadi dia harus bersyukur,
bila di'recall' kembali,

sangat-sangat bersyukur,
sebab tergerak hati untuk membawa beg yang berisi handphone, purse dan barang-barang penting yang lain di hadapan ketika solat di surau tadi,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah,

takpe, sabar. ujian itu tarbiyyah kan? 

untuk awk, inche laptop acer 4535, terima kasih sebab tolong mudahkan kerja-kerja saya selama ini! saya serius sayang awak, tapi saya faham, takdir Allah dan saya kena redha.

untuk puan penchuri, saya maafkan. dan saya doakan awk juga diberi petunjuk oleh Allah, dan kembali bertaubat satu hari nanti.

ameen.


02.30 am :

dalam kereta abah tadi,

'Hmm, abah. dah ringan dah angah rasa. sebab dah hilang beg satu'

cuba berlawak di pagi hari.
tapi abah tak gelak pun.
mengantuk agaknya.
=_='



p.s :

beg laptopnya yang hilang berisi laptop, external hard disk, charger htc, charger canon, pencil case, buku nota, ubat. dan yang lagi penting 'sijil' program saya tadi ;p
[ehem, mungkin kalau sesiapa yang ada 'extra' charger or laptop ke, boleh bagi saya satu? hoho]

p.s.s :
alhamdulillah,
sedang berada di rumah untuk mid term break pertama semester ini! selamat menghabiskan masa cuti dengan baik ya?


'Bila kita letak Allah sebagai yang utama, kita pasti akan merasakan tenang sahaja, sebab kita tahu segala-galanya Allah yang aturkan. dan selayaknya kita balik kepada siapa? kembali kepada ajaran Allah dan islam :)'





Comments

pencuri selalu banyak kt surau..pakai tudung tu mmg tektik die..sabar la eh :)
Fazreen Misbae said…
Ya Allah dik, akak nak jugak contohi apa yg adik dah buat...

kdg2 org nmpk akak ni lembut..tp, kdg2 x terlepas dr rasa marah..

Tima kasih share, tekad dlm hati ni nak jadi mcm Iffah..sabar dan tenang..tu kan sifat Rasulullah SAW... :)
Syafawani said…
Allah uji,sebab nak kita lagi ingat dekat Dia.sabar ye :)
acik said…
angah,sabar eh.

betul ape yg angah tulis tu.

serius,tuhan sayang kat angah.

kalau tuhan uji acik msti acik marah2 ek??

ALLAH,tolong jaga kakak saya.agar kakak sy selalu kuat untk terima dugaan.

dan betul, sy sayang dia. :)
beribiru said…
Saya doakan iffah kuat! dan bangga dengan kekuatan iffah. memang, tenang itu jalan untuk kekuatan. zikrullah caranya. subhanallah!
cikuwada said…
ya allah, sabarnye awak :D nak cube jd mcm awk :')
saya said…
Salam alyk,

@abstract of life,
aah. pencuri akan ada macam2 strategi kan? inshaAllah, berusaha untuk sabar ni :)

@kak rin,
saya pun mula2 macam tergamam kejap. tp tu la. Allah uji perkara yg kita mampu kan?
p/s : akak, sy pun nangis jugak lepas tu. ;p

@syafawani,
well said. :)
kita memang jarang ingat Allah bila dapat nikmat macam2. bila dah jadi macam ni, faham2 sendiri la kan Allah nk kita balik pada DIA. kena banyak ingat DIA.
jom sama2 :)
saya said…
@acik,

sayang acik jgk! angah nk mintak maaf sebab dh takde video2 yg dulu2 yg tersimpan dlm lptp angah tu..

@seha,
aah. betul. kena banyak ingat Allah. walau kita selalu lupa. T_T
kena saling mengingati selaluu, inshaAllah. :)

@nako,
*love*

@cikuwada,
alhamdulillah, kekuatan dari Allah. kita manusia lemah, tapi akan jadi kuat, with Allah by our side, inshaAllah :)
ps: sy nangis jgk tau lepas tu. ;p
Habiburrahim said…
jazakAllahu khairan kathira..thumbs up! best.

"Allah sudah tuliskan itu ujian buatnya."

oh, entri terbaru sy adalah 'Mahallah Cinta ep 2.'jemputlah ziarah ye..
angah said…
Salam ziarah... ^^
Iznie said…
Salam ziarah...entry yg bermanfaat insyaALLAH... SYUKRAN ALAYK...


sy follow sini yer ukhti.. :)
fiqa said…
salam alaik..saya pun pernah mengalami pengalaman yg sama, 2 thn lepas..
saya said…
:))

tu la, pengalaman ajar kita erti 'redha' :D

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.