dua ditambah satu

Assalamualaikum :)

semasa menunggu bas untuk pulang,
11.59pm mungkin.

"Jam intan dah ke?"
teha bersuara.

"Belum lagi, dalam 1 minit lagi... ok, dah!"

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu..

...

saya waktu itu, terhibur juga,
biar dalam hati mula menjangka.
tapi saya diamkan saja,
nanti 'surprise' mereka bertukar kecewa.

hihi :p

kenangan terindah,
teman-teman mengucapkan selamat hari lahir sebaik sahaja keluar dari Stadium Hijau,
untuk program 'Malaysia Global March to Jerusalem',
ditambah dengan pertemuan kawan muka buku yang punya tarikh hari lahir yang sama biar hanya berlainan tahun,
bak kata huda,
pertemuan pertama yang wow!

...

there is no word, rather than,

Alhamdulillah.
segala puji bagi Allah.

genap angka dua puluh satu,
saya bernafas di muka bumi Allah.

tiada rasa selain dari rasa takut, bimbang, cuak,
bila difikirkan,


'ke mana masa-masa saya dihabiskan?'

berat amal mahmudah saya atau berat di sebelah maksiat?
Allahu Allah.
T_T

teringat pesanan naqibah yang comel,

'kita selalu claim, mahu dapat syafaat Rasulullah di Akhirat, tapi adakah amalan kita sehari-hari selari dengan apa yang diperintahkan Allah dan Rasul?'

tanya,
dan jawab sendiri.

abah pernah kata,

"orang yang panjang umur bukanlah orang yang hidup sehingga seribu tahun,
tapi,
orang yang memanfaatkan setiap masa dalam hidupnya."

bukan hanya,
'oh-test-lambat-lagi-so-mari-kita-enjoy-every-weekend-dulu!'

dan bukan juga,
'dakwah-itu-untuk-pakai-tudung-labuh-kopiah-sahaja-jadi-saya-tak-payah-susah-susah-nak-kejut-kawan-bangun-subuh!'

tapi begini,
'dari saya buang masa facebook di hari minggu apa kata saya baca buku ilmiah!'

dan juga,
'saya cinta Rasulullah. jadi, saya mahu ikut sunnah Rasulullah,dan sunnah terbesar Baginda adalah dakwah!'

oh,
kool nya jawapan-jawapan begini.
:)
subhanallah.

'eleh, awak sendiri pun dua kali lima, mana pernah bg jawapan camni'

betul.
memang,
tapi saya mahu berusaha untuk memberi jawapan begini.
inshaAllah.

mujahadah ini satu proses kan?

ingat,
sisa masa yang ada bukan untuk dipersia,
melainkan untuk kita sentiasa bertaubat,
banyakkan istighfar.

kita mahu mencari redha Allah,
kita mahu dapatkan cinta Allah,
kita mahu keampunan dari Allah.


jadi harus kena ikut dan taat perintah Allah!

pesan pada diri,
meningkatnya usia,
dekatnya dengan mati.
satu ketentuan yang pasti.


moga-moga amal kita seiring dengan peningkatan usia,
lompong-lompong jahiliyyah boleh ditukar dengan ibadah.
inshaAllah.

'Terima kasih mak, terima kasih abah untuk segala-galanya :")'

tigapuluhsatu mac sembilanbelassembilanpuluhsatu.
'selamat hari lahir, saya'

Moga Allah Redha.

p.s:
maaf, 'alergik' dengan wish-wish sekadar 'hb' yang makin jadi trend di muka buku, antara sebab saya sembunyi kan tarikh hari lahir. :p

terima kasih, syukran ala kulli hal sahabat2 yang ingat, yang hantar mesej hp, pm, conteng dinding , wish in real world, belanja krushers dan bawak saya ke dataran shah alam, dengan ucapan 'haiii takkan wish aje, doakan sekali ya' :DD

p.s.s: 
MyGMJ : alhamdulillah, berlangsung dengan baik. masih terasa ke-terujaan dan kehangatan di stadium hijau 30 mac yang lalu. video penuh di sini :)

*entri hari lahir tahun lepas*


Comments

yanisudahh said…
happy belated birthday (:
Anonymous said…
selamat hari lahir ipah! :)
may Allah bless you.aminn :)
beribiru said…
salam ulangtahun kelahiran iffah!..ha, tu la dengar2 juga ada orang wish kt iffah..tapi tak pula naik kt notification kan..hehe..insyaAllah..semoga panjang umurnya sentiasa di redhai Allah. Salam ukhuwwah juga! =)
~mEYka M!nN!e~ said…
iffah,miss u,,selamat hari lahir,,moga pertambahan umor seiring kematanganmu,,,luv u,,

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel