'awak beli peluru untuk bunuh saya?'

Assalamualaikum :)


terbayang keenakan burger spicy chicken mc deluxe,
ditambah dengan kerangupan fries mc shaker,
dengan kesejukan, kelazatan mc flurry oreo.
dan disertai dengan bubur ayam mc d yang ohhhhh...

'aaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh...'

'tak boleh tak boleh,
kalau dalam seminggu tak makan,
aku tak boleh hidup!'

kenapa kena boikot ni.
kalau setakat sorang dua,
tak jejas mana  ekonomi yahudi tu rasanya.
hatinya mengeluh sendiri.
serba salah nya rasa.

bukan dia tak baca kawan-kawan share2 pasal ni dalam fb,
tapi dia malas nk ambil peduli.

...

awak,
tahu kan kenapa kena boikot sebenarnya?
mc donald's terutamanya.
sebab Mc Donald Corporation ni,
adalah antara rakan perkongsian terbesar bersama Jewish United Fund!


atau dengan erti kata lain,
setiap sen yang telah dibelanjakan di sana,
kita juga telah menyumbang pada dana yahudi untuk membeli senjata perang membunuh rakyat palestin!

T_T


*rujuk sumber sini*
'ala, saya makan mcd sekali sebulan je pun'

memang.
kita semua fikir macam tu,
apa la sangat boikot2 ni kan,
tapi dalam masa yang sama kita kena ingat,

'takde guna kita berapi-api kata kita peduli palestin, tapi setiap hari kita sumbang 'bullet' untuk bunuh nyawa anak-anak palestin'
bila terasa jugak nak makan tu,
sabarlah.
sentiasa ingat balik,

kita senang-senang di sini.
tapi mereka berlumuran darah di sana.
sanggup kita?
apa kita tidak punya hati dan perasaan?



awak-awak yang di seberang laut,
macam selamat sikit la kan,
confirm tak masuk mcd,
(ke ada yang masuk?)
sebab syubhah dengan cara penyembelihan daging tu sendiri.

tapi,
saya kat malaysia.
banyak dugaan dan cabarannya.
tambah-tambah,
jarak selangkah dua depa je dari tempat belajar.
ohh.
=_='

tahanlah.
cubalah.
untuk bersabar.

"Kalau pun kita tak punya banyak duit untuk bagi derma, jangan pula kita sumbang harta dengan beli produk mereka..."

dan,
bila ada kawan-kawan ajak buat group discussion di sana.

kalau awak punya keberanian,
terangkan pada mereka,
biar mereka faham.

jika masih dalam keadaan ragu-ragu,
atau kurang yakin,
sila cari alasan seperti :
'hmm tak kenyang la makan fast food, lagi pun, fast food kan tak baik untuk kesihatan'
(chewwaah. kedengaran sangat 'food conscious' di situ ;p)

'tak boleh nak fokus la kat sana, nanti asyik nak tengok orang je..kerja pun tak siap2, kan lebih elok kalau pegi library?'

ha, ada berani?

mungkin usaha kita ini tidak seberapa,
tapi at least,
kita cuba.

ingat lagi tak video cik beah mengenai burung-burung kecik,
yang mahu memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim?
lupa?
mari tengok sini.

kita sepatutnya begitu-lah.
Allah tak pandang pada hasilnya,
tapi Allah tengok pada usaha kita.

sekurang-kurangnya,
bila Allah tanya di akhirat nanti,

'Apakah kita sekadar melihat saudara-saudara kita dizalimi di tanah air sendiri?'

kita punya jawapan untuk itu.
inshaAllah.

dan sebenarnya,
bukan mcd sahaja,
tapi semua barangan israel laknatullah,
kita cuba untuk tidak beli,
kalau ada substitute product yang boleh kita guna,
seperti produk muslim contohnya.

kita beli, dan guna produk tu.

mudah-mudahan,
usaha-usaha kecik-kecik kita ni,
dinilai oleh Allah.
inshaAllah.

dah. tak payah la beli coke lagi eh?

'Ala, tak rugi mana eh kalau tak makan burger mcd tu. sedap lagi burger ayam dua ringgit dua puluh sen kat pasar malam kan? eh.;p'

'adalah sangat tidak sweet seorang suami yang membawa isterinya makan di mcd, apatah lagi seorang buaya-friend membawa geli-frennya dan makan suap-suap di restoran itu...'

'...dan terasa sangat sayu dan pilu ditambah duka dan lara bila mana melihat mereka yang sama-sama mengibarkan bendera palestin sewaktu di MyGMJ stadium melawati hari itu tanpa segan silu meneguk sebotol coca-cola yang dibeli di seven eleven selepas bermain futsal'  :( tsk. tsk.

kita kah itu?


Comments

Faz.M said…
akak pun tgh cuba Iffah..boleh xnak mkn..mslhnya famli dgn kwn2 selalu beli..tu yg ssh tu..hope dorg fhm lps ni and akak sendiri boleh elak mkn/guna produk dorg..

p/s: sedang mencuba! :)
umi Hamraa said…
Oh bagus lah akak. sbnrnya tgh mujahadah jgk ni.
Moga Allah bg kekuatan utk lwn hawa nafsu.

Jom kak, makan radix fried chicken! :)
dALeDaLE said…
"jarak selangkah dua depa je dari tempat belajar"

adeh...so true..
akan cuba.................... =.='
Schu haDa said…
slm
ah, xnak da beli bnda2 tu sume :')
tq 4 sharing
Anonymous said…
Ayat best! Mohon share ep..

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN