audit : dia dan seniornya.

Assalamualaikum :)



"iffah can you open the worksheet in your laptop aa?"

"ha?"
cepat cepat tangan menarik cursor,
ingin minimizekan 'google chrome' windows.

dalam kalut, dia tertekan restore down.
masih ternampak windows sedikit, walaupun dikecilkan.
hati berdebar.

dia bukan takut kerana berfacebook semasa bekerja,
tapi...

'senior'nya berbangsa cina yang juga seorang freethinker itu memandang.

wahh,
'islamic radio aah'

dia terkejut,
tidak menyangka itu respon 'senior'nya.

dalam hati, terselit rasa takut,
tapi zahirnya, dia senyum sahaja.

memang kegemaran dia begitu.
sambil ber'excel', sambil telinga mendengar,
dari berangan, lebih baik didik hati dengan alunan nasyid dan zikir.
tidak disangka,
hari ini terdedah kegemarannya itu.

dia bimbang, namun berlagak biasa sahaja.
dan,kerja disambung semula.

.....

kenapa ye?

kita suka begitu.
malu sangat kalau orang tau yang kita ni nak dalami agama,

kawan-kawan suka ketawa,
perli.

"bajet imam muda la ko ni"
"ko nak ganti Ustazah Siti Nurbahyah ke?"
"ko sedarla diri sikit, diri sendiri pun tak betul, nak nasihat orang"

pengaruh persekitaran sangat kuat. ya, sangat kuat.
lebih-lebih lagi akhir zaman ini.
kita mudah fikir apa orang kata,
berbanding apa Allah kata.

Astaghfirullah. :'(

kan best, ambik semangat Harimau Malaya, untuk sambut ketibaan Ramadhan ni. :)


dan caranya,
hati itu yang perlu kuat.
kekuatan itu perlu dipohon,
untuk lawan nafsu.
dan,kekuatan itu datang dari Allah.

carilah.
banyakkan membaca Al-Quran,
banyakkan puji Allah, banyakkan sujud padaNya.

supaya kita sentiasa kuat,
supaya kita sentiasa bangga dengan Islam.
supaya kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah,
InshaAllah.

untuk saya dan kita :
'jangan malu bila orang asyik pandang bila naik lrt'
'jangan malu bila orang sebelah jeling-jeling tengok kita menghadap hp, baca mathurat sambil tunggu tren'
'jangan malu bila orang tahu kita dengar radio islamik'
'jangan malu untuk pergi surau sembahyang jemaah'
'jangan malu untuk bukak tv9 tengok halaqah sentuhan qalbu'
'jangan malu untuk share something yang bermanfaat dalam fb'

tapi, 
berbangga lah dengan Islam,
tunjukkanlah betapa Islam itu indah,
doakan supaya orang yang memandang itu, semuanya mendapat redha Allah.
InshaAllah.

betul,
bukan senang untuk bekerja di tempat yang majoritinya bukan Islam,
tapi percayalah.
Percaturan Allah itu sangat luas.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

'sibuk mana pun kita, pastikan ini jangan berkurang : hubungan kita dengan Allah'

bila lagi kita nak mula didik hati,
kalau tidak sekarang?

"Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan berakhir dalam keadaan yang asing juga,dan beruntunglah orang-orang yang asing itu "

berbalik kepada cerita dia dan senior.


dalam kereta,
dalam perjalanan pulang dari port klang,

"hey you, tak nak convert to Islam?'

tanya seorang senior melayu kepada senior berbangsa cina itu.

dia di tempat duduk belakang, hanya memasang telinga.

"you teach me la".

pendek sahaja jawapan senior cina itu.
namun terselit penuh makna.

Subhanallah!
dia kagum dengan jawapan 'senior' nya.

dalam hati,
lewat petang itu, dia berdoa,
moga senior mendapat hidayah Allah, InshaALLAH.


p/s :
takut. tapi kena ingat, pesan pada hati, 'ALLAH ADA'. dan kita pasti tersenyum. sebab kita yakin. Allah pasti akan tolong kita. :)

::selamat menyambut Ramadhan, pembaca yang disayangi semuanya. :D ::
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita, niatkan dalam hati. InshaAllah.


p/s/s : klik sini untuk dengar Islamic radio tu :)

Comments

Anonymous said…
Betul2, nk dgar Islamic radio pun kdg2 Ada org pndang serong ckp tak ikut zaman la ape la. Mcm2 dunia nie. Dorg taktahu radio2 cmni la yg byk bg ilmu.
umi Hamraa said…
tu la, cabaran akhir zaman sangat kuat. sebab tu la, kita kena selalu kuat, pedulikan orang kata.
yang penting, kita buat apa yang Allah perintahkan kita.

betul2, radio islamik ni banyak bagi something yang bermanfaat utk kita, :) sama2 kita istiqamah ye.

terima kasih sudi singgah :D
ima said…
kte sokong ckp iffah..tp kte x bpe selesa ,contohnye,org tgk kte bc ma'thutat ke..sbb kte takut dlm hati ni ade tmbul rase riak.nauzubillah..

Time ksh ye utk post ni :)
umi Hamraa said…
betul ima, betul.

kadang-kadang timbul dalam hati 'eh, ramai la orang tengok aku. bangganya'

kena banyakkan istighfar.
doa dalam hati,supaya niat kita untuk buat amal kebaikan tak tersasar hingga ter'timbul' riyak.

Nauzubillah.

tp kalau kita nak elakkan riyak ni, buatlah ibadah kat tempat yang takde orang or tak ramai orang.

yang penting, jaga diri kita, jaga akhlak kita, jaga iman kita. :)

sama-sama Ima.
picairin said…
ameen~

Ya saya juga takut dengan 1 perkataan iaitu RIAK...=)
beribiru said…
sy pulak selalu sorok2 dengar ikim.fm dalam kete..klu ade kawan nk tumpang nek kete trus tukar channel..kadang2 kita yg rse x selesa sbb kesian kt dorg..klu dorg x bese dngar ikim sy takut dorg akan judge yg ikim ni bosan..hmmmm

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN