saya sedih apabila dia sedih

salam study week.
ranking pertama carta game yang diminati siswi :))


buka buku.
terlelap.
buka laptop,
cerah mata.

*haha*
(ini mungkin saya)

kawan ajak pergi library,
berat je rasa hati.
kawan ajak pergi tgk movie,
terus angkat kaki.

*haha*
(itu bukan saya)


study week = balik rumah = tengok cerita korea = habiskan novel = jalan2 shopping mall =main game= main PES
study?
.........................................................................................................
(sila isi tempat kosong di atas)


 
setiap sem,
begitulah perjalanannya.

walau apa pun nasihat yang diberi,
saya tahu,
itu cara kamu.
ini cara saya.
cara kita berbeza.

teruskanlah.
andai itu yang terbaik.

juga,
ingatkan diri saya dan kamu,
kawan sangat mudah terasa ketika hari menjelang exam,
diri mudah menyakiti,
hati mudah dilukai,
sedikit silap,panjang rajuknya.

tidak biasa?
inilah kenyataannya.

jadi,
jangan curahkan minyak ke dalam api.
sabar.
sentiasa bersangka baik.

doa kepada Allah SWT,
agar kita tidak seperti mereka.

setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang Allah berikan.

sabarlah wahai hati.

note:
untuk mereka yang selalu menyakiti,
bayangkan kamu di situasi mereka.
adakah itu yang kamu mahukan?


note tambahan :
untuk mereka yang mudah terasa,
jangan terlalu sensitif,
tanya diri.
mungkin kita juga pernah melakukan perkara yang sama.

kesimpulan,
sentiasa muhasabah!
kerana itu yang terbaik!
InsyaAllah.

semoga kita kekal bersahabat sehingga ke Syurga, InsyaAllah.

*terima kasih, kakak*

Comments

E-Wan said…
salam,

wah, main jugak eh game plant vs zombie tu. hmm, post ni banyak menyentuh pasal orang yang menyakiti dan juga disakiti. Memang kita semua pernah berada di kedua-dua belah pihak eh? itulah lumrah alam. kita sakiti hati orang, orang lain pula sakiti hati kita...
umi Hamraa said…
pokwe, saem2 hok main.. aku tak main pun. hehe.
batul2..kita kdg2 tak sedar kita dh buat org sakit hati,
apa2 pun meminta maaf dan memberi maaf itu penting.. kan?
E-Wan said…
a'ah. ingat, kita ibarat haiwan ternakan yang mempunyai TUAN. dan tuan kita adalah ALLAH. jadi kenapa wujud perkataan, "aku tak maafkan kamu!". Kita sudah jadi tuan kah?hehe


Sekadar renungan...

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN