manisnya bukan semanis epal

Bismillah walhamdulillah.

meluncur.
jatuh.
tangan terpisah.
cuba untuk  bangun.
ketawa.
tangan itu bertaut kembali.
erat.
kembali meluncur.


Subhanallah.
manisnya ukhwah yang dibina apabila
tujuannya kerana Yang Satu, Allah Azza Wajalla.

terasa sekejap masa itu berlalu,
hari merangkap petang,
matahari mula menundukkan sinarnya,
namun resolusi tetap diteruskan.


......................................................................................

setiap kali memandang tali tangan itu.
bibir tersenyum.
hati memanjat kesyukuran padaNya.
Alhamdulillah.

laptop dibuka.
kembali mengadap foto-foto.
jelas terbayang senyuman sewaktu bersarapan,
kesabaran menunggu bas,
keseronokan di atas ais,
kegirangan ketika jatuh,
keletihan setelah bermain,
keenakan pengisian di tepian tasik.

bait-bait kata mula berlayar di minda.

''Jika Allah mahukan kebaikan baginya, Allah akan memberi kefahaman kepada kamu dalam bentuk Addin''
Sabda Rasulullah SAW
 "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri."
 (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Jom.
kita saling sayang menyayangi antara satu sama lain.


Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka,
eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar,
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang Mu,
dan jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran,
Engkaulah sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami.

(Doa Rabitah)

note : pertama kali ber'ice-skating'..terima kasih, kakak.
ada siapa nak ajak saya main lagi?
*senyum*

Comments

Lisss said…
pergi x ajak! :(
khayla fadwah said…
waaahhhh ipah....
bestny g maen ice skate..
nk maen jgop..hehe~
saya said…
lisma, nanti kita pegi sama2 eh.. :)

atie..jom2..atie mari shah alam, kte g main ice skating..
khayla fadwah said…
asyik org je la kne g s.a eyh??huhu~

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri