Wednesday, October 21, 2009

pen, kertas jawapan, buku Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

waktu peperiksaan semakin hampir,
sama ada kita sedar, atau pun tidak,
masa akan sentiasa bergerak dan tidak pernah berhenti untuk menunggu kita walaupun sesaat.
oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin,

seringkali kita terbaca  nasihat seperti di atas,
namun adakah kita menggunakan masa dengan sebaiknya?
YA? TIDAK?
saya juga seperti kamu.
terlupa, kerana fitrah kita, naluri kita adalah sama.
sering lupa, hanyut dengan kesenangan dunia.
Astaghfirullahalazim,



saya teringat sms yang dihantar oleh seorang kakak,

''Yang dilihat dan diukurNya, bukan sejauh mana usahamu..
Tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu..
Pergantunganmu padaNya,
Tapi tidak bermakna tidak perlu berusaha,
USAHALAH semampumu.
Tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu, penentu kejayaanmu,
Tetapi berimanlah bahawa TAWAKALmu itu semata-mata pada Nya..
Itulah penentu kejayaanmu..
Kejayaan bukan milik sesiapa, 
Tetapi adalah milik ALLAH,
jadi, seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNya semata-mata,
Maan Najah"



Sms itu sarat dengan mesej,
Membuatkan saya kembali berfikir,

Setiap kali musim peperiksaan tiba, semua orang tekun menelaah pelajaran,
satu perkembangan yang baik, bangun awal pagi untuk study,
stay up sampai tak tidur satu hari untuk belajar,
namun, dalam masa yang sama,
ada juga yang lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim,
lupa nk sembahyang,
terlajak Subuh dan sebagainya.

renungkan diri kita balik,
kita belajar kerana Allah,
atau kerana kepentingan diri sendiri?
                                
                                 "Ya Allah, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa,
tapi hanya keranaMu, 
Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umatMu,
Belajar ini bukan untuk hari ini semata-mata, bahkan untuk sepanjang zamanMu,
Ajarkanlah kami apa2 yang kami lupa tentangMu,
redhailah setiap langkah kami kerana kepada Mu lah kami akan kembali"

ada baiknya,
sebelum kita study, kita ambil wudhu', berdoa,

kita mohon Allah permudahkan urusan kita dalam mencari ilmu,
supaya kita sentiasa sedar, bahawa
Pergantungan kita hanya padaNya,Allah SWT. 


juga,
bersihkan hati kita,
bersangka baiklah sesama manusia,
banyakkan beristighfar,
maafkan orang,
kerana
Ilmu itu cahaya,
ilmu tidak akan turun pada hati yang gelap..

banyakkan berdoa,
semoga Allah mengurniakan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita,
Amin.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..

p/s : Bersegeralah kita menuju Kejayaan.

Maan Najah fi Imtihan,

Monday, October 12, 2009

setiap awan ada lapisan silver

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,

petang ini,
saya belajar sesuatu.
saya perlu bersiap sedia untuk apa sahaja.
expect the unexpected.
untuk apa yg terjadi tadi, ambil sebagai pengajaran.
setiap orang tak selalunya berada di atas.
ada kalanya, mereka akan melalui situasi tidak selesa juga.
oleh itu, jangan menyalahi sesama sendiri,
redha dan tawakal dengan ketentuan Ilahi.
belajar daripada kesilapan.
seperti kata2 seorang ahli falsafah :

"when you made a mistake, there are three things u have to do :
1.learn from mistake
2.dont ever repeat it.
3.tak ingat.

tidak saya nafikan,
saya sedih, menyesal,
atas ketidaksediaan saya untuk pembentangan.
namun, setiap penyesalan tidak membawa kepada berputarnya masa kepada perkara lalu.
saya perlu muhasabah.
Allah Maha Mengetahui setiap yg kita kerjakan.

Situasi ini juga sama kepada hidup kita di atas dunia.
Adakah kita bersedia untuk mati esok hari?
Cukupkah amalan kita didunia?
Sebelum kematian menjemput saya dan juga kamu,
kita perlu berubah.
jadikan setiap saat kita di atas dunia untuk melakukan amalan kebaikan,
bukan ke arah kemaksiatan.

"sesiapa yg melakukan kebaikan, akan dilipatgandakan amalannya dengan 1o kebaikan,
dan barangsiapa yg melakukan kejahatan, akan dibalas setimpal dengan perbuatannya"
(Al-Anam:160)

p/s : meminjam kata2 dari kalendar ~
you need time to learn,
you need time to make mistakes,
you need time to learn from mistakes,
you need time to rebound back,
you need time to grow.

note : thank you to all members in d group.
atas kerjasama, komitmen yg dihulurkan.
not to forget,
minta maaf atas segalanya.


Tuesday, October 6, 2009

katakanlah yg benar, walaupun pahit..

Bismillahirrahmanirrahim.
skrg ni, kawan2 selalu tnya,bila nk buat fb?
saya sendiri pn tak tau jwpn utk soalan tu.
tgk ramai dh kwn2 bkk akaun fb. saya?
Entahlah. mungkin masih belum terbuka hati nk buat.
atau mungkin mencari alasan utk tak nak buat.
tp, stu yg pasti,
saya tidak begitu berminat dgn social network.
bukan kerana terlalu prejudis utk berkawan.
tp, saya bimbang jika saya lalai dan obses dengan social network ni.
Saya terbaca satu artikel yg bertajuk 'Facebook boleh mejadi haram'.
jangan terkejut. kerana, fb menjd haram apabila individu yg mengendalikan fb itu gagal melawan dirinya dan mengubah kebaikan daripada fb ini menjadi sesuatu yg mudarat dn membawa kpd kelalaian dn lemah daya ingatn.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
23_1-3
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Oleh itu, kita seharusnya lebih berhati hati dan gunakan fb sebaik mungkin.
jika benar dakwaan mengatakan sekali kita log in, kekayaan fb bertambah dn menyumbang kpd pembunuhan rakyat Palestin,
kurangkan kemasukan kita ke dlm fb.
log in apabila terasa perlu sahaja.
jika terasa tidak bertambah amal dlm diri,elakkan daripda melakukannya.
segala perubahan terletk di tangan kita.
bukan hanya FACEBOOK, ttp juga sebarng bentuk aktiviti yg membawa kita kepada kelalaian,
tak kiralah tengok tv ke, tgk movie, dengar muzik,
yg membawa kita kepada kemudaratan,
cuba kita elakkan.
berbalik kpd fb,
tanya balik dalam diri,
apa sebenar tujuan bkk akaun fb?
sebab kawan ada, so kenalah ada jugak. mestilah up-to-date..?
atau sebab nk jwb kuiz2 dan main game?
atau nk buat status baru dan suruh kwn bg comment?
mungkin sebab saje2 nk buat?
kalau sebb kita mcm kat ats,
kurangkan daripada log in..
lebih byk perkara yg penting yg blh kita buat.
tp, kalau sebab kita nk cari kawan lama,
nk eratkan silaturrahim,
nk berkongsi sesuatu ilmu yg bermanfaat,
nk bg informasi yg berfaedah,
teruskanlah.
gunakanlah fb dengan sebaik mungkin..
ingatlah, setiap perbuatan dinilai melalui niat..
kalau niat kita baik, Insya Allah, akan sntiasa diredhai Allah.
meminjam kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini,
‘log out and get a life outside there... see the skies!'
Allah Maha Mengetahui segala apa yg kita lakukan.
"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu".
note : peringatan utk diriku dan dirimu
semoga saya dan kamu akan sentiasa mendapat keredhaan Allah dalam setiap yg kita lakukan.

Sunday, October 4, 2009

jauh berjalan, luas pengalaman

salam.


baca tajuk, mcm kena buat karangan darjah 4 dulu kn..

tulis karangan anda, tidak melebihi 250 patah perkataan..

tp, alam sekolah rendh, dh lama kita tgglkn..


sy bkn nk cerita pasal sek rendah sbnrnya..

tp, nk cerita pnglaman pergi jalan2..

saya bersama housemate dgn semngtnya pergi cr rmh sewa td..

siap sewa keta lg 2 biji..

bukan apa, takut kalau semua housemate tak pegi, tkt ada yg tak puas hati,

kita kena fkr perasaan org lain jgk kn?..


dr sebuah rumah ke sebuah rumah kami tengok..

sebab ad 2 rumah je pun pegi td..


rumah pertama :

-sekitar shah alam

-banyak jugk buah langsat kami mkn sblm jumpa rmh tu,

-rumah dh ok, besar tapi tak bersihkan lg..sbb dh lama org tak duduk..

-pengajaran : sabar dalam penantian, fkr sblm buat keputusan..


rumah kedua :

-masih sekitar shah alam

-sebelum pergi rumah kedua, kami pun makan langsat jgk..

-tp, takpe..ad hikmah disebalik semua perkara..kami dpat pelam epal free(senyum)

-sampai rmh kdua, Alhamdulillah..

-lyanan dr keluarga pk cik dn mk cik sgt baik..

-rumah ok, bersih-SYUKUR

-mgkin rezeki kami, pk cik dn mk cik siap buat air dn hidang air utk kami..


buat semua,

terima kasih banyak2..

atas mempelam epal..

dn layanan yg dberikan oleh keluarga pk cik dn mk ck..


pengajaran : expect the unexpected, kekalkan kepercayaan yg org dh bg pd kita, malu bertnya sesat jalan..


kepada driver2~

tahniah!

dalam satu hari ni, cnfirm dh cekap dh korg bwk keta..

terima kasih bwk kami hari ni..


malam ni jgk, kami sambut birthday sorg housemate..

HAPPY BIRTHDAY.

semoga pnjg umr, mrh rezeki, dn diberkati Allah dlm setiap perkara yg dlakukn.

Amin.



note : keputusan antara 2 rumah td : seperti yg kamu rasa. betul la tu.

tp, apa2 pun, kita hanya merancang,

Allah SWT yang menentukan.


Al Fatihah buat Allayarham Hanif Imran,

Sahabat di MRSM
yg telah kembali ke Rahmatullah dsebabkn kemalangn jalan raya.
Semoga roh beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman.
Amin.








Saturday, October 3, 2009

saya kembali

Bimillahirrahmanirrahim


agk lama saya tak online..

nk ingtkn diri saya dn juga awak..

tp,

kita kena ingt,

tak semua yg kita nk, kita akn dapat..

Allah takkan bg semua yg kita nk,

tp, Dia sentiasa bg apa yg kita perlukan..
oleh itu, Bersyukurlah..


rasa mcm belum terlambat untuk sy ucapkan,

HAPPY EID MUBARAK 1430H..

Maaf zahir batin..

(walaupun hari ni dah 15 Syawal)



tapi, utk kita mntak maaf ni, bukan kena pada bulan Syawal je..

tak kira bila,

tak kira tempat,

tak kira siapa,

tak kira apa pun kesalahan kita..

Kita kena mintak maaf..



Yg jadi persoalnnya skrg..

Berkualitikah maaf yg kita hulurkan??


Bila dh nk dekat raya,

semua org sibuk dengan msg forward..

ad jugak yg reka msg2 comel..

bertnding sape dpt msg raya plg byk..



tp, pernah tak kita fikir..

isi disebalik msg yg kita forward kat semua contacts dlm hp tu?

apa tujuan sebenr kita hntr msg tu?

ikhlaskh kita dlm mmnta maaf, dn juga bg kemaafan kt org?



berdasarkan pengalaman,

tak semua org faham, dan tahu apa makna msg yg kita forwrdkn..

lepas raya,

semua org jd mcm dulu blk,

yg tak bertegur, masih tk bertegur,

yg suka marah org, masih marah org..

yg suka sktkn hati org, masih buat org terasa hati..


seolah2-olah..

msg raya yg di'send'kn,

memnta kemaafan zahir dan batin,

hanyalah salah satu adat sewaktu mnyambut hari raya..

dn tidak memberi apa2 mksud kepda kita..



jd,

renungkn diri kita balik..

adakah kita jujur dan ikhlas dlm mmnta maaf, dan mmaafkn org?


sesungguhnya, kita hanyalah manusia biasa..

ad rasa ego, mrah, geram, sedih..


tp percayalh..

bila kta dh mmaafkan org ats apa2 kesalahn pun,

kita akn rasa lebih tenang, insyaAllah..

kita akn rasa yg kita pun kdg2 buat kesalahn yg same jgk dkt org lain kn...?

teringat kata2 cikgu audit,

"seorang manusia adalah cermin kpd manusia yg lain"



oleh itu,

check balik hati kita..

mudah2an,

kita ikhlas dalam mengucapkan kata 'maaf'..

dn tidk mengulangi kesalahn yg sama..

InsyaAllah.



p/s: lebih suka msg raya yg bkn forward =p


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...