saya, CINTA, kamu

Bismillahirramanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

C.I.N.T.A,
seronokkan kalau cerita pasal cinta ni.
dengar lagu cinta,
terutama lagu 80an..jiwangla..
tengok pulak cerita cinta,
cerita korea, hindustan, western,melayu? emm,bolehla..
sekarang pulak tengah hangat dengan nur kasih..
cinta..cinta..
apa lagi yang seronok eh?

betul tak apa yg saya tulis ni?
salah?betul?
saya sama seperti kamu..
naluri cinta memang ada dalam diri kita,
rasa nak dimiliki dan memiliki,
rasa nak disayangi dan menyayangi,
rasa nak berpasangan,
kerana ini adalah fitrah semulajadi manusia..

tapi, fikirkan sejenak..
betul ke kita salurkan perasaan cinta kita tu?
sesungguhnya,
'tidak ada sebarang hubungan antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram yang dihalalkan oleh syarak, melainkan nikah"

Allah SWT juga berfirman,
"La Taqrabuu Zina.."
janganlah kita mendekati zina.

mendekati zina ni macam mana eh?
antaranya ; ber-sms, tukar2 gambar, berdating,dan sebagainya.
kenapa ALLAH melarang kita mendekati zina?

kerana dengan perbuatan inilah, kita akan terjerumus ke arah kemaksiatan.
Nauzubillah.

Tak percaya?
saya juga sama seperti kamu.
Tapi, renungkanlah.
mula2, bertukar no hp, ber-sms tanya pasal hw lah, kerja persatuan,
kemudian bertukar kepada hal peribadi,
seterusnya, dapat birthday bonus,dah mula call2..(sayang nak call guna kredit sendiri)
lepas dah cakap2, tak best la tak tengok muka..
ajak makan pulak, tengok wayang,
bagi2 hadiah..
bila dah makin rapat,
perasaan dibuai-buai dan rasa dunia ini penuh dengan bunga2 percintaan aku dan dia..
wahhh..seronok..
kemudian,bila dah berdua,
yang ketiga adalah.....iblis laknatullah..
sesungguhnya,
syaitan akan merosakkan anak Adam sehingga ke Akhirat..
kita akan rasa gembira buat maksiat,
menghalalkan perhubungan antara boy and girl atas dasar 'percintaan islamik'.
Astagfirullah..

tapi, kawan2 semua dah ada couple,
nanti orang kata tak laku la..takde market..
takkan nak merasa ada pasangan pun tak boleh?
kebiasannya, perasaan ingin merasa itulah yang menyebabkan kita hanyut dengan percintaan duniawi ini.
INGAt,
tujuan kita untuk menuntut ilmu ke jalan Allah,
dekatkan diri kita padaNya..
saya meminjam pesanan along:
"jika kita berikan sepenuh hati kita kepada Allah,
Allah akan berikan pemilik terbaik untuk hati kita"

Ya Allah,
Aku mohon padaMu,
Jauhkanlah aku dari maksiat,
Tetapkanlah aku di jalanMu..


untuk yang masih belum pernah ber'couple',
hindarilah dari cinta plastik ini..

bagi yang sedang pula,
fikirkanlah,
adakah perhubungan cinta itu diredhai oleh Allah swt.
kita yang menntukan diri kita sendiri.



sedarlah,
cinta itu tidak salah,
tapi, kita yang bersalah kerana tidak mengawal perasaan suci itu..
jgn biarkan cinta merosakkan diri kita..

note: peringatan utk diriku.
berpesan-pesan ke arah kebenaran.

*saya suruh mak yang carikan=p*

Comments

izzatghazali said…
bleyh x klu wali substitte tlog carikan??

:-P
SumaiyyahAbidah said…
Don't marry for love, but love because you're married :)
saya said…
sumaiyah, LIKE :)
miss rina said…
sgt suke yang ini..
RaiHan said…
best2!!!
nak share bleh???
saya said…
@raihan,

share2. silakan :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.