pen, kertas jawapan, buku Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim. dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. waktu peperiksaan semakin hampir, sama ada kita sedar, atau pun tidak, masa akan sentiasa bergerak dan tidak pernah berhenti untuk menunggu kita walaupun sesaat. oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin, seringkali kita terbaca nasihat seperti di atas, namun adakah kita menggunakan masa dengan sebaiknya? YA? TIDAK? saya juga seperti kamu. terlupa, kerana fitrah kita, naluri kita adalah sama. sering lupa, hanyut dengan kesenangan dunia. Astaghfirullahalazim, saya teringat sms yang dihantar oleh seorang kakak, ' 'Yang dilihat dan diukurNya, bukan sejauh mana usahamu.. Tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu.. Pergantunganmu padaNya, Tapi tidak bermakna tidak perlu berusaha, USAHALAH semampumu. Tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu, penentu kejayaanmu, Tetapi berimanlah bahawa TAWAKALmu itu semata-mata pada Nya.. Itulah penentu kejaya...