dia, raya dan kakak penulis novel

Bismillah.

destinasi rumah pokcik di teluk ketapang, 
menjadi tempat pertama #teamrayaibnghazali di kampung sebelah abah.
lama sudah tidak menjengah
dan pastinya, kepek-kepek di rumah pokcik 
yang pertama di ambil untuk menjadi santapan

tidak lama selepas itu
ada salam diberi.

beberapa tetamu melangkah masuk
'ohh adik beradik isteri pokcik ni. muka ada meh'

dalam pada janggal kerana ada tetamu yang lain,
dia perasan salah seorang tetamu tadi, seorang kakak senyum ke arahnya.

"iffah ya"

"err"

"saya cam awak. kita kawan di facebook."

akal mula bergerak pantas.
macam pernah nampak, tapi siapa ya
takkanlah..

kak Fatin?

...
karya kakak osem :D


Allahu, rezeki bertemu kak Fatin lewat tengahari itu terasa seperti ada semangat baru yang menerjah ke dalam diri
mana mungkin dia lupa
saat kak Fatin membalas komen di muka-bukunya
suatu ketika dahulu.

dan pada waktu itu masih dikenali sebagai seorang penulis novel 
terasa seperti kerdil diri.

lebih-lebih lagi,
apabila sekarang nama "Fatin Nabila" kerap muncul di kaca tv sebagai penulis skrip
dan drama tulisannya tercalon dalam anugerah-anugerah berprestij
terselit rasa kagum sekali
ganu nelang! err.

sederhana saja orangnya,
langsung tidak menampakkan seorang yang tinggi diri
apatah lagi untuk mengharapkan pujian orang.

bila ditanya apa rahsia menulis,
jawab akak,

"tulis berdasarkan pengalaman, tapi ada olah-olah sikit. contoh macam drama 'Dari pintu neraka' tu, memang ada kisah macam tu kat kampung"

oh
'padanlah drama tu tercalon dalam anugerah skrin
menulis dari hati rupanya'
dan kesannya akan sampai pada hati-hati juga.

"iffah kenapa dah tak tulis blog?"

sekali lagi k fatin bersuara.
sudah kali kedua soalan yang sama diajukan.

dia teragak
dan akhirnya senyum sahaja.

jujurnya dia tiada jawapan solid untuk itu
pelbagai pilihan muncul

'err sibuk tulis tesis kot'
'dah terasa macam orang tak baca blog huhu'
'saya tak tulis takpe kot, orang lain dah banyak tulis'

dia tersedar
lebih kepada malu pada diri sendiri
alasan demi alasan
sedangkan menulis bukan semata untuk orang lain membaca
tapi untuk peringatan si penulisnya.

dan perkongsian yang banyak didengari sejak akhir ini
seolah menembak dirinya

"kalau orang angkat berat tu, nak boleh angkat berat bukan sehari dua
tapi kena selalu berlatih, lama-lama jadi biasa. nak buat sesuatu kerja kena paksa diri, lawan rasa tak biasa tu"
-Ust Alias

"orang muda, perlu ada satu mindset, untuk be meaningful. dah ada kekuatan, dah ada pengetahuan, kena fikir, buat something yang bagi impak pada orang lain" - Dato' Daud

buat dia terfikir
setakat di usia yang meningkat dewasa ini,
apa sebenarnya manfaat yang sudah diberikan?

T_T

..

"perkahwinan bukan sesuatu yang menyekat impian, malahan sepatutnya akan menambah kekuatan. sebab itu betapa pentingnya untuk mencari pasangan yang sama hala tujunya, jelas matlamatnya" 
teringat kata-kata
sebelum dia diijabkabulkan

inshaAllah,
mudah mudahan,

terima kasih buat dia yang tidak jemu mengingatkan
"kita ada impian yang besar yang kita nak capai, tak boleh lemah, tak boleh putus asa"
...

untuk kak Fatin Nabila,
teruskan berkarya
teruskan menulis
teruskan menyentuh hati-hati kami
dengan cerita yang sarat dengan pedoman,
yang akhirnya membawa kami lebih dekat dengan Pencipta.

dan untuk kita,

teruskan mencari nilai diri
teruskan menebar kebahagiaan
teruskan memberi
apa sahaja yang bermanfaat pada orang lain.

banyakkan doa,
untuk terus diberi kekuatan.

supaya nanti
bila tiba masanya saat ditanyakan


"ke mana masa usia hidup kamu dihabiskan?"

ada sesuatu yang kita boleh persembahkan pada Tuhan!


Comments

Faz.M said…
Rindu benar nak baca tulisan iffah..alhamdulillah terubat jugak..akak sendiri pun dari dulu berangan nak jadi novelis..tapi selalu rasa susah sbb kalau boleh nak tulis karya bermutu yg bkn sekadar khayalan semata2..kena ada input berguna utk yg membaca..jadinya..akak sendirinkena jadi pembaca dulu baru boleh jadi penulis berkualitikan?hehe..keep on writing and inspire people iffah..good luck.. :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.