tentang, rasa

setiap kali saya rasa mahu berhenti
berhenti dari menulis

pasti akan ada saya terima mesej-mesej

dari mereka yang ikut blog saya

"akak, boleh nasihatkan saya begini,"

"akak boleh berikan pendapat tentang ini?"

Allah

tidak dapat digambarkan perasaan itu
Allah kuatkan hati dengan adanya mereka

bila baca komen yang mereka kagumi saya,
rasa malu depan Allah
rasa kerdil depan Allah

kalau Allah tidak tutupkan dosa saya
dosa kita
pasti tidak akan ada siapa yang mendekati
apatah lagi meng-kagumi

tidak akan ada

kerana kita
pendosa

astaghfirullah.


terkadang hilang semangat untuk menulis
terkadang kesibukan dunia melebihi tanggungjawab sebagai hamba
malu dengan Allah

moga Allah ampunkan saya
moga Allah ampunkan kita

terkadang tidak tahu apa yang mahu ditulis
rasa kerdil diri dengan limpahan dosa
dan seakan ada suara yang berkata
heh masih mahu mengingatkan orang?

liciknya syaitan mempengaruhi saya

:(

Allah.

kalian
tolong doakan saya

saya mahu terus kuat
saya mahu terus menasihati
saya mahu terus bermujahadah

sebab dakwah itu

cinta

sebab cita utama
untuk jadi manusia

yang Allah redha.


kerana dengan menulis,
saya muhasabah,

-saya-
0433pm, 100114
malaysia




Comments

Anonymous said…
teruskan menulis awak! blog ni salah satu blog yg saya tandakan 'star', semoga sentiasa istikhamah untuk menulis dan mendoodle :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN