larutan cinta boneka

Assalamualaykum,

"akak, kenapa eh kadang-kadang kita rasa seronok bila buat maksiat?"
err. berdebar saya nak menanti bait seterusnya.

"maksiat camane tu?"

"maksudnya macam bila kita calling-calling ke..."

"hmm, call laki ke perempuan ni? if perempuan, nak call lama-lama pun tak jadi masalah.."

senyap. saya sambung lagi,

"...tapi kalau laki, hmm ada something tak kena kat situ. "

ohh jap. cuba bukak surah At-Taubah, ayat 37

"...(Oleh setan) dijadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir..." 
...

adik,

syaitan yang buat perbuatan maksiat itu terasa indah.
sampai kita rasa terbuai.
sampai kita rasa nak buat lagi dan lagi.

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Akhirat, kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk) , sehingga mereka bergelimang dalam kesesatan.." - (An-Naml : 4)

astaghfirullah.

kita tak nak macam ni kan?

lagi satu,
biasanya bila kita rasa seronok dengan maksiat yang kita buat, maksudnya hati kita tak bersih lagi. masih lagi ada tompok-tompok hitam yang masih bersarang, bersawang kat hati ni.

karat,
jahiliyah.
T__T

memang, kita manusia.
tak boleh nak confirmkan yang hati ni akan sentiasa 'putih'
tapi kita boleh selalu cuci hati kita dengan istighfar.

kalau setiap hari sebelum adik gi kelas
boleh tempek bedak arab, foundation untuk flawless kan muka
maknanya untuk hati pun, mestilah boleh buat macam tu jugak, kan?
malah, lebih lagi

istighfar banyak-banyak,
ingat Allah banyak-banyak.
doa banyak-banyak

supaya Allah mudahkan kita untuk rasa tak best dengan maksiat tu.
supaya Allah bagi kita rasa nak jauhhhhh dengan maksiat tu
supaya Allah salurkan kekuatan untuk bertaubat pada Dia

inshAllah.

"Kita claim sayang Allah,cinta Allah, tapi kita buat tak perkara yang ALLAH suka? kita benci tak perkara yang Allah benci? -Ustaz kuliah Subuh

...

"tapi susahnyaa. saya tak kuat lagi kak nak tinggalkan semua tu. saya rasa, saya kena faham dia. mesti dia susah nak terima" 

adik,
kekuatan, kelemahan tu siapa yang bagi yaa?

...Allah.

Allah yang pinjamkan kita semuaa tu.
jadi kenapa kita mengalah sebelum kita  betul-betul berusaha pun lagi?

yang penting, adik kena explain pada dia.
apa yang adik rasa,
apa yang adik nak dia faham.
dengan hikmah.
tapi kena tegas.

-dah tak nak calling-calling sebab jadi fitnah, buka pintu pada maksiat yang lagi besar lagi
-dah tak nak ada relationship sebelum nikah
-tak nak jadi penyebab pada orang lain dapat dosa :(
-sampai bila nk terus macam ni, sedangkan kat dunia ladang untuk buat amal pahala, bukan tambah dosa


semat dalam hati,
kita nak cari redha Allah semata.

inshaAllah,
Allah mudahkan hamba-hamba dia yang struggle untuk pilih jalanNya.

kalau dia tak boleh terima,
kena redha.
Allah will always replace something better lepas ni.
yakin dengan Allah.

sekarang ni,
kukuhkan dulu hubungan kita dengan Allah.
belajar untuk cinta Allah dulu.

percayalah,
bila adik rasa manisnya bercinta dengan Allah,
mesti adik dah tak fikir lain,
asyik nak cari jalan untuk buat Allah sayang kita
lebih dan lebih lagi!

"Cinta Ilahi mendasari cinta suci"

[sumber]

kalau rasa macam konfius lagi,
tanya fatwa pada hati.

"...dosa adalah bila mana sesuatu itu gelisah dan mengganggu hati mu, dan pahala adalah sesuatu yang menenang dan menteteramkan hati..." [Maksud hadith]

inshaAllah,
akak rasa adik faham pasal ni
tapi kena 'work towards it'
jangan biar Allah larutkan kita dalam kesesatan,
sebab tu adalah tanda Allah tak sayang kita di dunia lagi.

:(

banyakkan doa.
moga Allah mudahkan segala urusan.
menjadikan kita bidadari dunia,
bertemu pemilik hati yang sama-sama ingin mencapai redhaNya.

"...mujahadah nya kita di dunia untuk mengikut aturan Pencipta, dan mudah-mudahan Allah akan bagi ganjaran syurga di sana. inshaAllah..." 

Allahu mustaan!

-akak sayang adik kerana ALlah.

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN