alat bersegi empat itu.

"heh, tak penat ke?"

"penat? kenapa pulak?"

"ko asyik dengan benda yang kat tangan tu je."

"haha. ingat apa la. tak tau la. rasa 'something wrong' je bila tangan tak pegang ni"

"ko orang penting eh dalam social world ni? main saham ? ke ko pegang account twitter prime minister? or tengah siasat sapa agaknya pembunuh Antartuka?"

"weh, agak-agaklah nak sindir pun."

"tapi seriusla, ko ada berapa account?

"ala, yang biasa-biasa je. yang feymes, semua orang ada, aku ada la. mana boleh tak keep in track. tak cool la nanti"

"oo. apa yang feymes sangat tu?"

"instagram, facebook, keek, twitter, ermmm apa lagi eh. youtube, whatsapp, wechat, viber, kakao, line..."

"ok. dah-dah. ko sebut banyak-banyak pun aku tak faham jugak"

"tau pun"
dia senyum. senyum mengejek.

"ko tak takut ke eh, ada account banyak-banyak?"

"takut kenapa?"

"ye la, we are accountable for every 'account' we have. tak semestinya 'action' yang kita buat je yang Allah akan tanya kat akhirat nanti. cuba bayangkan, dengan tweet ko lagi, dengan gambar ko upload lagi, dengan message-message ko lagi, Allah tanya satu persatu tau"

"but aku still share good things jugak. pasal isu-isu yang berlaku kat dunia sekarang ni, aku tau melalui internet. internet aku access via phone ni la"

"tak kata semua benda tak baik. takpela kalau guna untuk buat perkara baik, Allah will count them as good deeds inshaAllah. tapi tak elok jugak kan, kalau dah melekat dua puluh empat jam dengan phone, sampai kan Quran pun rasa berkira nak selak. ko emangnya tidak punya kerja lain? eh. tersasul cakap indon pulak."

"siang hari kan aku pegi kerja. aku busy kottt."

"aah, aku tahu kalau kerja pakai tali leher ko tu. tapi aku tengok, pagi terjaga, ko main hp dulu, check emel la, reply whatsapp la, baca tweet la, doa bangun tidur entah ke mana, lepas tu baru nak gi kocoh2 ambik wudhu.  mathurat pun melayang. astaghfirullah. time rehat office hour pun, main lagi. keluar makan pun, tengok lagi. tak pernah lekang hp tu dari tangan. balik rumah pun sama, layan lagi. sampai kan nak tidur pun, duk 'refresh' lagi twitter. takut sangat kalau tertinggal news feed penting. last-last penat. mata pun terpejam macam tu je, henfon terlentok kat tangan. muhasabah? doa sebelum tidur? agaknya dalam mimpi kott. if terjaga 2,3 pagi, layan hp jugak tak tahan tu. bukan nak g solat tahajud, mintak Allah ampun dosa."

"dah orang lain pun macam tu jugak sekarang ni"

"so, kalau semua orang buat benda tak bagi manfaat dalam hidup, ko kena ikut ke? orang nak bunuh diri, ko pun nak ikut bunuh diri jugak?"

"dah tu, nak aku buang ke mende ni?"

"eh... jangaaaaaan! aku takde suruh macam tu pun. look, sekarang ni semua orang guna at least one device ni, senang nak communicate, senang nak buat kerja, semua di hujung jari je. tapi kena pandai restrain yourselves. berpadalah. tak ada sapa yang boleh kawal diri kita, melainkan kita sendiri. try to disconnect to re-connect. re-check balik hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan keluarga, hubungan dengan kawan-kawan, dengan masyarakat. hidup kita ini bertuhankan Allah, bukan alat ni. tapi cara ko ni, macam dah jadi hamba pada henfon ni. alat ni sepatutnya sebagai wasilah untuk lebih dekat dengan Allah.  bukan makin jauh dengan Dia. faham kan maksud aku? "

"..."

"ni aku tengok dalam apps hp tu memang ada je QuranAndroid, HadithNawawi, Mathurat, Tasbeeh semua tu, tapi sekadar ada je la. bukak bila rasa nak bukak. tu pun kalau rajin, tapi kalau dah malas, sekadar hiasan je dalam handphone ni. kira macam nak bagi impress la kalau member nak usha henfon kan?" 

"....."
rasa menyirap.

"weh. sorry la kalau aku ada salah cakap. tapi serius weh. cuba la untuk tak attach sangat dengan alat ni. dekatkan diri dengan Allah, dengan keluarga, dengan kawan-kawan inshaAllah ko akan rasa hidup ni much more meaningful. tanggungjawab kita sebagai manusia ni banyak, tugas yang berat. tapi kenapa nak bazirkan masa dengan things yang tak bagi manfaat sebagai bekal untuk akhirat sana ?"

"......."
dia malas nak ambik pusing dah.

"ehem ehem. rancak tangan duk scroll. atas bawah, atas bawah. aku yang bercakap ni ko dengar ke tak? aku tak kisah sebenarnya if ko layan phone then bila dengar azan, ko terus g solat. solat berjemaah lagi mantop. phone yang ko guna ni untuk alarm qiammulayl, baca Quran bila ada free time, update sekali sekala dengan facebook, twitter, youtube bila dah settle hubungan dengan Tuhan. tak apa. cuma tu la. aku cakap ni pun, at the end, diri sendiri jugak yang kena mulakan dulu kan? "

"ko kalau buat hal sendiri, boleh tak?"

"haha. boleh. tapi yang jadi masalahnya, ko scroll badan aku. panas tau rasa badan ni. asyik duk charging je. kalau tak plugged in, ko guna powerbank. uhuk uhuk. so siapa yang sibuk dengan siapa sekarang ni?"

"erk"

...

"papa, papa"

tiada jawapan. mata lelaki itu masih lekat dengan skrin yang bercahaya itu. masih kaget dengan bayangan 'suara' yang didengarinya.

"papa. pandang la adik ni"
budak kecil sekitar usia 5 tahun ini menarik tangan ayahnya.

"ya sayang, kenapa ni?"
alat empat segi warna hitam itu diturunkan.

"boleh tak adik tak nak jadi adik dah?"

"habis adik nak jadi?"

"nak jadi henfon papa."

"ermm?"

"sebab kalau adik jadi henfon, papa boleh selalu pegang adik"

xxx
"dulu waktu u guna i takde pun u kelek ke hulu ke hilir kan?"

"do not obsessed with things, please. they can't help you at the Mahsyar, but attached with Quran, it helps."
“Di antara tanda kebaikan keIslaman seseorang adalah jika dia meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.” [Hadith 40]
"manusia mungkin nampak hebat dengan telefon bimbit berjenama, tapi langsung tidak memberi sebarang makna jika dia lupa akan Tuhannya."

p.s : thank you kak nurul ain, for the inspiration ! :)

Comments

Fazreen Misbae said…
betul. penah jgk jd mcm tu. mostly semua org mmg mcm tu kan?sbb tu la akk dah delete acc insta n twitter..thanks ingatkan sesama kita.. :)
Anonymous said…
Alhmdulillah..perkongsian yg bgus.. Skrg byk beetul dugaan..hiburan lebih diutamakn berbndg amalan negeri akhirat..
Ef said…
good sharing :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri