terima kasih, abah.

Bismillah.

Sepanjang jalan pulang ke rumah,
jalan raya agak lengang dengan kereta.

biasalah, bila tinggal di kawasan 'hulu' daerah dungun,
memang agak susah untuk traffic jam :)
melainkan bila sudah dekat dengan musim perayaan.

seperti biasa, abah akan mencari topik, untuk dibualkan, dan dalam erti kata lain,
untuk mentarbiyah anak-anaknya.

hari itu cuma saya dan uda yang menjadi mad'u abah di dalam kereta.

"Anak-anak tak boleh malu dengan ayah sendiri. Masa kecik-kecik dulu, ayah mak yang basuh berak kencing, tapi kenapa bila besar, anak-anak sendiri yang rasa segan nak buat perkara yang sama?

...masa-masa tua sebegini, bukan dunia yang kita mahukan, bukan makanan sedap yang patut diberikan, tapi bawa mak ayah, bimbing mak ayah untuk kembali pada fitrah. Tanya dah solat atau belum, ingatkan untuk selalu zikir, banyakkan ingat Allah, bukan tanya ayah nak makan apa, nak melancong ke mana..."

Abah mula bersuara. panjang lebar memberikan contoh.

"Tapi kan bah, angah rasa ramai anak-anak yang takut nak tanya mende2 camni pada ayah mak, anak-anak rasa segan nak tegur bila berkaitan dengan agama"

"Sebab tu lah, masa anak-anak kecil, ayah tak sepatutnya didik anak untuk takut pada dia, tapi ajar anak untuk takut pada Tuhan. ajar anak solat, bukan masa ayah ada je, tapi sebab perintah dari Allah, untuk kita sedar hakikat kita sebagai seorang hamba, perlu patuh pada Tuhannya"

"Maknanya, memang nak kata sangat penting la kan, pendidikan sejak dari kecil ni?"

"Haah lah. Tarbiyatul aulad. bila tarbiyah betul sejak dari kecil lagi, bila dah besar nanti, inshaAllah anak-anak akan tahu sendiri apa tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang anak pada mak dan ayah"

Senyap.

Abah kembali fokus pada pemanduan.

Saya angguk-angguk sendiri. Uda di tempat duduk belakang memang berangan entah ke pulau mana dari tadi. zzz.

'untuk nak didik anak-anak, maknanya proses pemilihan calon suami/isteri memang yang paling utama kena titik beratkan dalam sebuah keluarga, kan?'

err. saya hanya mampu membuat kesimpulan dalam hati.
bimbang jika diluahkan, mungkin akan membuka jalan untuk abah berbicara soal lain pula nanti. ;p

...

'Abah, terima kasih. sebab suka bagi 'taujihat' dengan cara macam ni. angah suka.
walaupun abah suka bagi contoh orang lain, tapi angah tahu, indirectly kami anak-anak faham, abah nak wake me up tentang tanggungjawab yang sepatutnya kami lakukan sebagai seorang anak kan?

inshaAllah, kami nak jadi anak-anak yang soleh solehah buat keluarga, nak bagi manfaat kepada orang lain, dan paling penting lagi untuk agama biidznillah'


moga abah dan mak sentiasa di bawah jagaan Allah,
dilapangkan dalam segala urusan,
dan dimakbulkan segala doa.

Allahumma ameen.

:)

p.s : salam aidilfitri buat semua, mohon maaf atas segalanya. keep praying to those in Egypt, Syria, Palestin and Ummah all over the world ^^

Comments

aminn.. kaan..ayah saya pun slalu bagi nasihat, tazkirah..sblm p sekolah..kalau jenjalan mana2..time makan je..kami smua kumpul satu meja.. best..saya suka..rinduu sangat situasi tu..
Fazreen Misbae said…
I'm happy for you adik... :')
saya said…
@hafizah,

tu la. memang rahsia kebahagiaan dalam keluarga ada dua, macam mak selalu pesan makan sama-sama dan solat berjemaah :)

@kak reen,
happy utk kak reen juga :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel