bidadari bermata jeli


Dija terbangun bila dia dengar bunyi deodoran jatuh dari meja.

"Eh Amni nak pegi mana ni pagi-pagi camni?"

"Aaa sorry. ak kejutkan ko eh? nak keluar dengan member hari ni. janji jumpa kat mid. tu yang nak keluar awal ni. faham-faham je la tren ke mid tu camane kan. taknak aku jadi ikan sardin hari ni. haha"

"Laa ye ke. Dija baru ingat nak ajak Amni joging kat tasik hari ni"

"Alaaa sorry sorry. esok eh?"

"Okay. takpe. no worries."

"Aku gerak dulu eh. hati-hati duk rumah."

"Okay. Amni pun. hati-hati"

Dipandangnya Amni sampai hilang dari pandangan. hari ni Amni pakai blouse polka dot biru putih di'tuck in' kan ke dalam, dengan skirt labuh kembang warna cream dan diselitkan tali pinggang bereben hitam, dan shawl turqoise yang digayakan persis macam model majalah fesyen tudung sekarang. serius, memang dia cantik. nampak feminin je bila Amni pakai warna camtu. 

tapi.. 

...
bangku rehat tasik titiwangsa, 8 pagi.

"Amni, dah berapa banyak habis kos beli baju, tudung camni eh?"

"Ha? maksudnyaa?"

"Takde laa Dija tengok Amni tak pernah miss ikut trend baru. kan trend fesyen sekarang ni kan cepat sangat berubah. rapidly changing. dari  tudung ekspres, shawl, syria, tudung bawal, sekarang ni feymes dengan tudung banyak-banyak tone tu. pastu Dija perasan Amni ada je collection semua tu. tak banyak cost incurred ke?"

"Haha kadang-kadang comel jugak soalan ko ni kan? memang la banyak habis. tapi aku tak kisah sangat. sebab ntahla, sebab aku minat fesyen kot. dan aku nak buktikan yang orang pakai tudung bukan kolot sangat, still boleh nampak cantik and adorable jugak"

"Ohh. tapi ada satu fesyen ni, ko tak penah try"

"Fesyen apa?"

"Tudung labuh"

Amni diam. Dia pandang Dija. 

"Jom la sambung joging"

'Dija ni macam gaya nak brainwash je. Nak suruh aku ikut macam dia la tu. baik aku escape dulu awal-awal. kalau tak terhiris jugak dada ni. Bukan tak teringin nak berubah, tapi susah la kalau tiba-tiba je. Tunggu seru je la nak bertudung litup gaya solehah tu'
Amni bisik dalam hati.

....

Salam Amni,

Dija mintak maaf. Serius Dija tak de niat nak perli Amni ke apa. Tapi Dija sayang Amni. Amni tahu kan?

Amni pernah dengar cerita pasal bidadari tak? Bidadari syurga. Sangat cantik, kulit bersih, mata cantik macam jeli, rambut berkilau. Dahlah cantik, lepas tu digambarkan seperti mutiara. Tak pernah disentuh oleh jin dan manusia pun. Tak tergambar cantiknya bidadari tu kan? Tapi Amni tahu, secantik bidadari tu pun, ada lagi yang lagi cantik! Siapa agaknya?
Rasulullah kata, wanita dunia yang solat, puasa, dan beribadah kerana Allah, Allah akan letakkan cahaya di wajah mereka, dan wanita tu akan dipakaikan dengan sutera, kulit akan putih bersih, berpakaian serba hijau, dipakaikan perhiasan kekuningan, sanggul mutiara, dan sisir diperbuat daripada emas! Subhanallah.
Dan mereka kata, “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak berganjak. Kami redha dan tidak bersungut. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya”

Ya Allah, seronokkan macam tu? Dija teringin sangat. Amni?
Dan orang-orang yang layak diletakkan cahaya ni adalah wanita solehah. wanita yang sangat menjaga agamanya, mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang.

Amni yang Dija sayang,
Tak salah pun nak berfesyen, tapi bila Dija tengok fesyen sekarang ni, masukkan baju dalam seluar, tudung atas dada, baju dan skirt kainnya jarang-jarang, cardigan ketat- ketat,  fashionista katanya. Tapi sebenarnya lari jauh dengan suruhan menutup aurat macam agama kita suruh kan?  
Dija pelik. Kenapa kita perempuan ni nak sangat orang pandang kita, tapi kita tak kisah pun dengan pandangan Allah pada kita. Allah suka ke kita pakai camtu?

Hilang terus fungsi tudung bila mana orang definisikan tudung as menutup rambut, padahal tudung tu sendiri sebagai pelindung kita. Dija tahu ramai orang argue, alah orang yang pakai tudung labuh pun lelaki pandang jugak. Yes.memang betul, dan kalau berdasarkan kajian pun, memang semua lelaki akan terpesona pada perempuan yang betul-betul menutup aurat, tak kisah sama ada lelaki tu beriman atau sebaliknya. Tapi, bezanya adalah lelaki-lelaki tu sendiri yang terdidik nafsu mereka bila pandang perempuan yang solehah ni. MashaAllah, sayangnya Allah pada kita. :’)

Amni yang lembut hatinya,
Kadang-kadang tu, ramai orang nak tunggu seru baru nak tutup aurat dengan sempurna, tapi  sebenarnya kita yang kena berusaha dan Allah akan tunjukkan jalan untuk ke arah kebaikan tu. Pastinya ditambah dengan doa dan ikhlas kerana Allah.

Jangan marah Dija lagi tau. Dija bagitau ni sebab Dija sayang Amni kerana Allah.  Jom berusaha jadi bidadari dunia dan akhirat! inshaAllah. 

‘Di sebalik lembut wajahmu,
Di sebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi,
Berpegang pada janji mengabdikan diri’

Yang benar,
Dija

...

Amni istighfar panjang. Dilipatnya surat yang dibaca di meja study. Walau hati memang pahit untuk menelan, walau terasa seperti syaitan berbisik di kiri kanan, walau terasa mahu dikoyakkan saja kertas kajang dari Dija itu, Amni tetap sabar. Berusaha untuk sabar.
Sebab dia suka dengan satu perkataan.
Bidadari.

Dia tahu semua ni perlukan masa untuk mencerna.
Tapi at least dia akan berusaha. inshaAllah.

...

Suasana dalam bilik sudah dua tiga hari senyap. Angkara sepucuk surat. Tapi hari itu,

“Dija, puisi apa yang ko letak kat last surat tu?”

“Erm puisi?”

“Aah”

“Bukan puisi la Amni, tu lirik lagu ‘Puteriku sayang’ by Hijjaz. Dija suka sangat lagu ni”

“Oh ye ke”

“nanti Dija share link kat facebook ok?”

Amni senyum.

“Dija”

“Yep”

“ich liebe dich”

Dija senyum. Dia menatap kembali buku yang dibacanya. Di sebalik ‘Biar Bidadari Mencemburui Dirimu’ karya Salim A. Fillah, ada titik jernih di pipi, mengalir. Dia tahu 'i love you' dalam bahasa german itu sebagai permulaan baru untuk mereka sama-sama berusaha, menjadi bidadari. menggapai syurga Allah.




“...dan sebaik-baik perhiasan adalah pakaian taqwa...” (Al-Araf : 26)

“Dan orang yang berusaha berjuang demi agama Kami, Kami memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Al-Ankabut : 69)

“What works better than pepper spray? Wear hijab properly.”  (Aisyah Syakirah)



Comments

MashaAllahhh... nak kena share ni. :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel