cerita Abu [revised]

Assalamualykum.
 
Hari itu hari jumaat. result Abu keluar. Abu eksaited sebab dah final sem.
Abu bukak email tapi tak dapat cek. Abu sedih. di refresh refresh mail google nya. rupanya, tersesat masuk ke spam. dengar cerita ramai kawan Abu yang macam tu. di scroll emailnya ke bawah, dan ke bawah.

...

Abu sedih. sebab result Abu..... tipula kalau cakap Abu senyum. sebab Abu pun manusia juga. Abu tengok ramai kawan-kawan Abu post pasal result kat muka buku dan tweet-jer. eh.tapi Abu takde pun akaun pengicau tu. hehe.tapi mestila kawan-kawan Abu yang ada akaun tu tweet-tweet pasal result jugak. semuanya happy. happy sebab dah bergelar graduan. dalam ramai-ramai tu, Abu tengok status kawan Abu. namanya Ali. Ali budak pandai. Ali dapat keputusan cemerlang. Alhamdulillah. Yang menarik perhatian Abu status seorang kawan ni. dia tulis ;

'Lumrah manusia, berkongsi kegembiraan dengan orang lain, tapi merahsiakan kegagalan'

betul kan?
..

Tapi Abu tahu, Abu tak boleh sedih lama-lama. matlamat hidup manusia bukan sampai sini je, Abu cakap dalam hati. bukan semata-mata nak masuk u, dapat result eksellen, pastu grad, pastu kerja. pastu kawin dan bla bla. macam tu je? sedangkan matlamat hidup manusia jauh lebih besar dari tu. Ambik masa jugak Abu cuba untuk positifkan diri. Abu mesej kawan Abu. kawan Abu cakap, ujian ni tarbiyyah. bukak balik surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga 3.mesti ramai orang dah common dengan ayat ni ;
'Tak beriman seorang hamba jika tidak diuji' 
jadi jangan ingat ujian ni sebab Allah tak sayang kita. tapi sebab Allah nak bagi kita makin rapat dengan Dia. :")
Abu sedar, Allah bagi apa yang kita perlu, tak semestinya apa yang kita nak. Abu muhasabah. mungkin Abu yang kurang berdoa, nipisnya pergantungan pada Allah. Allah T_T

boleh jadi kalau dapat result eksellen, Abu jadi makin riya', makin sombong, kononnya kepandaian tu atas hasil usaha sendiri. Astaghfirullah. Abu tak nak. Abu tak nak macam tu. sebab Abu ada baca dalam buku ; yang datang dari Allah, semuaaannyyyaa baik. macam dalam surah Al-Baqarah ayat 216,  

'Boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu suka sesuatu sedang ia buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'. 

tengok. Allah kan tahu apa yang terbaik untuk kita. tinggal macam mana kita nak respon pada mende tu je. bak kata abang Abu ; 

what life bring you doesn't count.
it is how you respond to that matter.

(Abang Abu, 1991 ;p) 

Abang Abu eksyen sikit. cakap omputih. padahal kat rumah, bau budu jugak, eh. hehe. so macam mana nak respon? dengan redha dan sabar dengan apa yang Allah aturkan untuk kita. redha dan yakin sepenuhnya dengan Allah. sebab semua yang Allah dah tentukan, semuanya baik untuk kita.
bila kita redha dengan ujian Allah, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik lagi! :DD inshaAllah.

Abu fikir, kenapa nak frust lama-lama. bandingkan dengan orang yang takde peluang pun nak masuk unibersiti, Abu tanya diri sendiri, 'tak nak bersyukur lagi ke? zapppp.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Abu tak mahu sesakkan fikiran dengan dunia semata.. Abu perasan je, bila dapat result ni, Abu banyak fikir negatif. fikir persepi kawan-kawan lah, fikir masa depan lah seolah olah Abu lebihkan hal belajar dari fikir hal yang lebih penting lagi. seolah-olah rezeki kita bergantung pada keputusan peperiksaan dan bukannya dari Yang Maha Pemberi Rezeki. Allah.. kena banyak istighfar. cuci balik hati-hati yang dah start nak hitam-hitam tu. dan paling penting, kena banyakkan doa;

'Ya Allah, jangan Kau letakkan dunia di hati kami, tapi di tangan kami'

hmm, ok lah dulu. Abu saja nak kongsi pengalaman, sebab Abu rasa ramai orang yang sama macam Abu kat luar sana. say 'Alhamdulillah', bersyukur dengan apa yang kita dapat, bangkit dan teruskan usaha.
sekarang, Abu dah bergelar graduan. tahniah buat kawan-kawan yang lain juga. :) moga dimurahkan rezeki dan cemerlang di masa-masa akan datang. yang mana belum bergelar graduan, masih ada masa untuk belajar pintar (baca : study smart) supaya tidak merasa kechiwa dengan keputusan 'purata nilaian gred' nanti. cumanya, satu pesanan Abu,  dalam kita sibuk merangka masa depan 'dunia' , jangan sesekali kita lupa 'masa depan' yang kekal abadi. moga istiqamah dalam beramal :)


yang benar,
Abu.

"takpe tak dapat bg selempang pink untuk mak abah, moga dapat kalungkan selempang SYURGA untuk parents nanti, inshaAllah"
:")
[cik mama]


p.s;
ini entri lama sebenanya, dah publish, pastu tukar draft, dan re publish lagi skali hihi

Comments

Sy suka apa yg abu fikir. Bgus.. Mmg ni sebaiknya penerimaaan kita kan?..;p

(Rs mcm nk bual ngan ipahh..huu.. Nntlah)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN