awak gelak ni, tak ada perasaan ke?

Assalamualaykum,

"Kekeke.."

mereka ketawa tergelak-gelak,
lagak seperti meng'ajuk' lantunan suara oleh penceramah,

sedang yang lain sibuk menyesali dosa-dosa.

saya pada waktu itu,
di dewan besar tempat saya belajar,
seram juga.
bukan seram kerana gelapnya dewan dek lampu yang tertutup,
tapi,
di sebelah saya seorang teman yang bukan muslim,
dia diam tidak bersuara,
tunduk, hormat.
saya tidak tahu apa yang dirasainya sepanjang sesi kedua.
bila mana penceramah menyentuh 'kepercayaan kepada Tuhan,
kepercayaan kepada Allah Azza wajalla'

dibawanya kami ke alam angkasa raya,
meneliti kewujudan enam fasa,
selepas letupan big bang yang dinyatakan dalam Al-Quran.

benar.
Allah itu ADA.
cuma tinggal kita kena yakin pada kuasa DIA,
beriman dengan sebenar-benarnya.
lisan mungkin boleh berdusta,
tapi buahkan dengan amal, lambang percaya.

saya waktu itu,
bukan marah,
cuma kesal.
mereka yang ketawa bergelak jenaka itu semua muslim(ah),
saya nampak mereka meng'amin' kan doa.
tapi kenapa mereka tidak serius begini?

apa pandangan sahabat saya tentang Islam bila mana muslim sendiri tidak serius dengan agama?
bukankah kita ini sentiasa diperhatikan?

bukankah kita ini wakil Allah di muka bumi?
untuk sebarkan agama Allah,
untuk seru manusia ke arah Islam yang menyeluruh.

tapi,
'kenapa tindakan kita sehari-hari buat orang makin pandang serong pada agama?'

sepanjang sesi kedua,
saya banyakkan doa,
moga-moga mereka buka hati untuk disentuh hidayah,
biar cahaya datang menyapa,
mungkin tidaklah supaya menangis sedu sedan seperti peserta lainnya,
cuma hormat,  diam.
jangan bergelak ketawa.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).[Surah Al-Qasas 28:56]

pelik.
walaupun segelintir peserta sudah mula membuat muka,
sebagai 'hint' untuk mereka berhenti bersuara,
tapi mereka buat tidak tahu saja,
makin bergelak ketawa.

sedih.

memang,
kita bukan lah menonton ombak rindu yang penuh fantasi dibuai mimpi,
apatah lagi kita bukan di istana budaya menonton 'lawak ke der',

tapi kita berbicara tentang AQIDAH,
ikatan manusia dengan Pencipta,

bimbang.
disebabkan kealpaan kita,
terlalu terikutkan kawan,
akhirnya rosak diri, iman binasa.
Nauzubillah.

*awan kepul-kepul*
cantik, Subhanallah!


berbalik kepada teman di sebelah saya,
yang berlainan agama,
terlalu ingin saya memeluknya,
tanya apa yang di rasanya saat itu.

tapi saya tidak punya kekuatan itu.
*nangis*

namun,
bila mana kami berdiri untuk mengalunkan selawat alunan Raihan,
dia juga berdiri. *o*

dan,

dalam keadaan teragak-agak,
saya pegang tangannya.
erat.

'Moga kamu juga peroleh hidayah Allah juga, InshaAllah'
satu hari nanti.

Always pray for you.
:)


saya yang berkongsi rasa,
-I.G
survival mahasiswa,
@dewan baru universiti saya.

p/s: I.G? eh, bukan inche gabbana Angel Pakai Gucci tu. hoho. ;p

p/s/s : buat sesuatu kerana Allah, akan terasa manisssssnya! mujahadah itu memang pahit, tapi kena sentiasa kuat. permulaan yang pahit pasti manis akhirnya kan?

Comments

MakNana said…
Allah~ moga iman tetap di hati kita..
aljambz said…
Nauzubillah. Terkadang, kita sendiri yang menampakkan kejelekkan Islam itu di mata mereka yang non-muslim.

Herr.

Usaha yang baik, memegang erat tangan mereka. Supaya mereka rasa lebih concern dan selamat dengan Islam, bila ada orang lain yang mahu mereka terus kuat bersama.

:)
qila~ said…
fhm perasaan tu =.=

mcm pak firdaus ckp,kalau tak buka hati mcm mana nk rasa/fhm..mcm curah air dlm gelas,tp gelasnya ditutup mcmana air nk msuk :')
Anonymous said…
Assalamualaikum..
awak..saye ni.kwn awk kt puncak alam.
td pun penceramah tu dtg tmpt saye.
saye takut..saye asyik postpone je utk berubah.nk pakai tdung labuh. ikut perintah Allah sungguh2. tapi saye x tau kat mane nk beli tdung labuh mcm yg saye nak.tdung yg mcm tdung sekolah dulu.taknak yg ade awning sume tu.muka saye x sesuai pkai. taknak yg kne pkai pin byk2.rase mcm leceh.nk tempah,xreti.xtau kt mane nk bli kain.saye niat nak start pkai tdung labuh ramadhan ni.dkt shah alam xde.saye survey aritu.
umi Hamraa said…
@anonymous, awak try beli online. banyak sekarang. cuba search sufysolehah collection kat facebook. yang tu kawan saya punya bisnes. memang jual tudung labuh dengan harga yg berpatutan. awk try lah.moga dipermudahkan, :)

moga Allah redha. inshaAllah..

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN