mereka cantik seperti mutiara

Assalamualaikum :)

jauh dia termenung,
sambil tangan berpaut pada palang 'meluncur ais',
kakak-kakak, adik-adik, seronok meluncur,
dengan lilitan mafla 'Save Palestin' dan bertudung labuh,
bukan penghalang untuk mereka meluncur,
bersama puluhan pengunjung di tempat meluncur subang itu.
namun, seperti biasa, percubaan kali pertama,
pasti ada 'gedebuk' dan bangunnya,
hihi.

entah, dia terfikir.

apa mungkin dia boleh jadi seperti mereka?

nak cakap ana-anti pun tergeliat lidah,
tudung pun tiga segi biasa saja,
nak pakai baju 'muslimah' pun time-time tertentu je,
'takde fesyen katanya'

hmm.

tapi jujur,
dia terkesan melihat kakak-kakak yang nampak biasa,
tapi sebenarnya luar biasa!
raut wajah yang jernih,
aurat yang tertutup sempurna,
tutur kata yang sopan dan teratur,
seperti terpukau,
cantik, bagai mutiara!


mereka bukan memakai 'lipstick simplycity',
apatah lagi untuk memakai pemerah pipi maybelina,



tapi luar biasa nya mereka,
dengan ilmu dan iman dan akhlak
yang mereka ada.


cantik nya mereka,
kerana mengikut panduan Allah dan RasulNya,

subhanallah.


apa dia boleh jadi seperti mereka?

dia tidak pandai,
dia banyak tidak tahu,
dia sangat jauh dibandingkan 'bidadari dunia',

tapi dia tahu,
dia punya satu.

tekad.


istiqamah.


mujahadah.


proses pencarian, mencari diri. at pejabat ada air-cond sejuk. :)

dia mahu jadi kuat,
kerana hijrah bukan hanya untuk satu hari sahaja.

tapi hijrah ini satu proses,
setiap masa,
ke arah yang lebih baik.

kerana pengakhiran hidup kita bukan hanya di dunia.
tapi akhirat yang kekal abadi.

dan di dalam proses ini,
dia tahu.

dia kuat,
dan akan sentiasa kuat,

with Allah by her side.

*nak nangis*

dia,
boleh jadi seperti mutiara juga,
asalkan dia usaha dan yakin Allah bersamanya.

InshaAllah.

p.s,
mari bersama-sama,
dalam lingkaran biah solehah,
untuk kita saling mengingati,
saling menemani,
dalam proses mencari redha Ilahi.

Alhamdulillah, Full House! :)
Moga hidayah Allah sentiasa bersama kita, Ameen.


p.s.s,
gambar semasa forum bersama panelis Dr Harlina dan Sis Wardina di dewan kuliah, menara berkembar, ipta bandaraya anggerik, 20 mac 2012.
maaf atas segalaaaa kekurangan kami, dan kami akan cuba untuk memperbaiki dari masa ke semasa, inshaAllah.

*mira, fahin, lisma, intan, qila, bedah - terima kasih awak!
:)

Ya Allah,
jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan kami cahaya,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pemberi.

Allahumma Ameen.


Comments

Izzati Haata said…
ana setuju!
mari berusaha untuk menjadi muslimah yg imannya luar biasa! ^_^
ina said…
salam,

dia tahu dia tidak sempurna,
mungkin untuk duniawi dia memiliki segalanya,
tapi tidak untuk ukrawi,
melihat kemesraan ukhwah mereka,
dia ingin bersama mereka,
nangis dan ketawa bersama,
dia cuba bertatih untuk bersama mereka,
dia tahu setiap kali dia bertatih dia selalu terjatuh,
terjatuh dan terus terjatuh,
namun dia bersyukur, mereka tidak pernah tinggalkannya,
walaupun dia jauh di belakang...
dan dia berharap,
mereka akan terus hulurkan tangan untuknya,
hingga sampai ke dunia sana...

*terima kasih wahai sahabat
Anonymous said…
trime kasih jugak ipah ! :)

p/s : ce teka sape? ;)
umi Hamraa said…
saya teka : Qila. betul tak?

ke mira, ke fahin, ke bedah? hihi. semua nk sebut :)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN