#9: kembali kan mood study ku

Assalamualaikum :)

kemas barang, kemas barang,
dah 3 bulan menetap di Darul Iman,
tibalah masa nya untuk pulang ke bandaraya anggerik,
:)
kejap masa berlalu,
kan?
awak dah tak payah nak jeles saya seronok2 kat rumah dah,
kita sama-sama pergi berjuang!
menuntut ilmu, mari!

err.
tapi saya dah lama tak pegang buku kira-kira,
dah lama tak masuk kelas,
panjat tangga menara,
mengadap lecturer,
hantar assignments,
makan kat cafe,
eh.

agak-agak nanti kena kejutan budaya kali kedua tak?
ok. hiperbola.

tapi nak tak nak pun,
kena hadapi jugak.
kena bersedia mental dan fizikal,
tambah-tambah sem ini sem akhir saya, inshaAllah,
doakan tau agar semuanya dipermudahkan.

so macam mana nak mula sem baru ni?

niat.

niat untuk jadi yang lebih baik dari semua segi,
hubungan dengan Allah, hubungan dengan kawan, hubungan dengan lecturer,
dan semuanya.

kalau boleh,
sebelum pergi kelas, setiap hari niat begini,

"Sahaja aku belajar setiap hari untuk meningkatkan darjat diri kerana Allah Taala"

Bismillahi tawakkal tu 'alaAllah.

dah buat wish-list untuk sem ni?
buatlah,
dan kalau dah ada yang sem dolu-dolu,
recycle aje,
nanti tampal dekat cermin kat bilik.

sematkan dalam hati,
kita bukan hanya nak cemerlang di dunia,
tapi yang pastinya cemerlang di akhirat juga!

ambik peluang untuk dekatkan kita dengan Allah,
solat jemaah, baca Al-Quran, berzikir, buat baik,
dan juga,
melalui bulatan gembira, konferens riang!
belum join lagi?
jom, jom. helo-helo saya.
nanti saya 'pass' kan pada super senior dalam dakwah dan tarbiyyah ni!
inshaAllah.


banyakkan doa.


semoga sem baru ini menjadi titik permulaan untuk berhijrah,
to be a BETTER self,

*sumber*

semoga sem baru ni,

jadi lebih semangat untuk setadi, bukan ber muka-buku , apatah lagi ber muka-muka,
untuk dapat keputusan yang membanggakan,
semangat bukan hanya dalam kira-kira,
tapi dalam menjadi jurutera manusia juga! (hoyeeaah)

semoga sem baru ni,
dapat urus masa dengan lebih dan lebih efektif.
dapat filter yang mana prioriti,
yg mana kurang prioriti.

semoga sem baru ini,
dapat jalinkan ukhwah dengan lebih ramai orang,
dan pulihkan hubungan dengan kawan-kawan sedia ada.

"kalau kita sayang kawan kita, kita pun nak dia masuk syurga kan?"

BUKTI kan 'statement' ini.


Cute kan. :)
spread the love!


semoga sem baru ini,
tak gunakan masa untuk buat perkara lagha,
nak shopping mopping boleh, tapi berpadalah.
'tidak' pada cinema, 'tidak' pada karouke, ok?


InshaAllah.

kita serahkan segala pergantungan kita pada Allah.
kerana Allah sahaja pemberi segala kekuatan.

Lahaw lawala quwwata illa billah.

moga-moga Allah permudahkan segala urusan kita,
inshaAllah.

Allahumma Ameen.


Rabbi Yassir  wa la tuassir. :)




p/s : program krd sangat menarik okaaay? rugi kalau tak join!
p/s/s: entri sebelum naik bas malam ni. doakan keselamatan saya. darul ehsan, tunggu saya ya!

Comments

Faz.M said…
Ala..nak balik dah..rajin online tau..nanti akak rindu... ;)

Good luck ye dik...
aziha said…
salam...ipah.
cute...'kalau kita sayang kawan kita mesti kita pun nak dia masok surga jugak kan?'
beribiru said…
selamat kembali ke bandaraya anggerik..insyaAllah..semoga sem akhir ni paling baik untuk iffah..

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN