tak perlu la nak tarik muka!

Assalamualaikum. :)

kad touch n go disentuh lagi.
.....teeetttt.........
'wrong detected'

aisshhh,
kenapa tak dapat touch ni?
aduii.
duit banyak lagi kalau tak silap.

dah hampir 3kali kad itu disentuh,
dan dia masih tidak mampu melepasi palang lrt stesen titiwangsa.
kalut jadinya.

dicubanya di lorong yang berlainan,
kali ini berjaya.
namun dilihat baki kad, RM 14?
dari pada 20 ringgit tinggal 14??

muka terus berubah.
menjadi kelat.
hati terasa panas.
dan hati bertambah sakit melihat ketawa rakan-rakan.
mereka happy, sedang dia?
baru satu stesen dah kena tolak 6 ringgit.

muka masih mencuka. tidak puas hati.
kawan-kawan tidak berani menegur.

tiba-tiba dia teringat.
kenapa dia perlu begitu?
proteskah? kepada siapa?

kenapa dia perlu marah sedang Allah yang merancang segalanya.
dia tidak tahu apa-apa. kerana yang Maha Mengetahui hanya Allah.
bukankah di sebalik sesuatu itu tersembunyi hikmah?

Astaghfirullahalazim.
cepat dia beristighfar.
baru diuji dengan perkara kecil sebegitu, dia hampir tewas dengan nafsu amarah.

'Ampuni aku Ya Allah' bisik hatinya.

hari-hari pergi kerja naik lrt.
Ya Allah. mohon dijauhkan dari malapetaka sebegini Ya Allah ..


ini cerita dia.
dan cerita dia sama seperti kita.

bila apa yang kita nak, kita tak dapat.
mudah saja kita melenting.
perubahan emosi cepat benar berlaku.
kita selalu menyalahkan takdir.
kita rasa Allah tidak menyebelahi kita.

Nauzubillah.

tapi bila kita dapat sesuatu yang kita nak,
kita lupa Pemberi Rezeki itu.
kita lupa berterima kasih, kita lupa bersyukur.

kenapa?

sedarlah.
kita merancang. dan Allah juga merancang.
namun, sebaik mana pun perancangan kita, bila Allah tidak izinkan ia berlaku,tetap tak akan jadi jugak.

sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Allah nak uji kita,
sejauh mana kita percaya dengan Allah,
kita yakin dengan Allah.
Allah nak tahu,
sejauh mana tahap kesabaran kita bila diuji,

firman Allah,
"tidak dikira beriman seseorang hamba itu, selagi tidak diuji..."

sabarlah.
sabarlah.
sabarlah.

fasobrun jamil. 'sabar itu indah'

jangan mudah tarik muka, (tak cantik la, awak)
kerana hidup kita ini terlalu singkat.
terlalu singkat untuk kita membenci.

bila rasa marah. cepat-cepat sedar.
diam sebentar.

pujuk hati itu.

Istighfarlah. sebut nama Allah banyak2.
bercakaplah dengan hati.

jangan dilayan nafsu marah, nafsu geram, nafsu menyampah kita tu.
sebab takde ke mana pun,
bukannya dapat ganti balik something yang hilang kan?

percayalah,
bila kita dapat lawan perasaan marah tu kan,
kita akan rasa lebih tenang,
syaitan n the geng pulak yang kecewa sebab tak mampu hasut kita,
hehe.
satu kemenangan di situ!

InshaAllah, 
kita mampu mendidik hati kita,
dengan izin Allah.

:)


p/s : 
kata seorang kawan, hidup kita di dunia,bermula dengan B- Birth dan berakhir dengan D-death. 
di antara B dan D, adalah C, iaitu Choice. :)

pilihan di tangan kita.
kita yang menentukan diri kita.


p/s/s: bola sepak piala super : terengganu kalah lawan kelantan malam semalam. saya orang kelantan kan? ;P

Comments

qila~ said…
selamat mengaudit ! hehe..

tarik muka slalu t cpt b'kedut, so kne snyuuum slalu baru maniis :))

ske marah ---> cpt tua
-ima- said…
iffah,,tganu kaloh,ngaku org klntn lalu.isyh3 :P
saya said…
@Qila,
selamat mengaudit too!

tu la. tak nak masam2 eh.. hehe :)
saya said…
@ima,
hahaha. ipah gura jah. ok ok. ipah sokong teranung sokmo! 11 jun ni pulok nok tgk. hehe
SumaiyyahAbidah said…
Didik hati bukan mudah. Tapi kena sentiasa cuba, kan?

Suka part BCD tu :)
saya said…
@sumaiyah, betul. memang bukan mudah. tapi kena didik slow2 kan.. :)
InshaAllah.
setuju...sukar betul nak sabar apabila berlaku ujian ni..kadang2 perkara kecil sudah menggoyang hati...

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.