penimbang kuning dan eskalator

Assalamualaikum :)

eh, kejap. kejap. ko ada 20sen tak?
nak timbang berat kejap.
aku rasa berat aku dah makin naik la,
makan fast food hari- hari kot..

weehhh,
berat aku dah naik la, cane ni.
ok. start hari ni aku nak diet!
kena makan epal je hari hari.
ko jangan nak ajak aku keluar lunch lagi.

mulut tak nak berenti merungut lagi,

susah la kalau berat naik, 
dah tak boleh pakai seluar saiz 24,
muka pun makin tembam macam epal,
tak cantiiiikkkk!

haha.
dah2 la tu awak.
kelibat mereka di mesin kuning penimbang berat di tepi eskalator di sebuah pusat membeli belah terkemuka dipandang.
(panjang lebar explanation,hehe)
tak habis-habis lagi merungut nya.

kata saya.
hebat jugak teknologi kan,
dapat timbang berat, dapat tahu ketinggian, BMI,
tapi,
bayangkan.
kalau dosa dan pahala kita boleh ukur macam tu jugak,
mesti semua orang berebut-rebut nak buat amal kebajikan,
nak naikkan pahala.

bila timbang dosa makin banyak,
terus bertaubat, kembali kepada Allah.
terus takde orang nak buat maksiat dah,
takut kena siksa di Akhirat kelak.
nauzubillah.

hmm.
tapi Allah tak bagi kita macam tu kan?
pahala, dosa, semuanya ghaib.
dan Allah yang Maha Mengetahui perkara-perkara Ghaib.
kenapa?
mesti ada sebab.

siapa kata tak ada mesin penimbang amalan tu?
ada laa. tapi bukan di dunia.

kat dunia ni,
Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita pada Allah,
sehebat mana kita mengawal nafsu,
sekuat mana mujahadah kita,
semampu mana pergantungan kita hanya pada Allah.

sebab Allah dah sediakan tempat yang kekal di Akhirat kelak,

sama ada Jannah atau Jahannam.
Syurga atau Neraka.


di Akhirat kelak,
amalan kita kan akan dihitung menggunakan Al-Mizan (penimbang).
beruntunglah bagi sesiapa yang beriman, mengerjakan kebaikan,bersabar, bersyukur,

Allah telah sediakan ganjaran yang sangat hebat,sangat indah!

dan rugilah orang yang kufur, orang yang menyekutukan Allah,orang yang berpaling dari perintah Allah,
Allah telah sediakan balasan yang sangat pedih!
Nauzubillah.

apa kaitan gambar dengan entri?
sebab rindu nak pergi pasar malam :(

maksud hadis
sesiapa yang berniat untuk mengerjakan kebaikan,
tetapi tidak mampu melaksanakannya,
Allah telah berikan kepadanya satu pahala kebaikan,

dan sesiapa yang berniat melakukan kebaikan, dan melakukannya,
Allah telah menggandakan pahala kepadanya 10 kali ganda atau 700 kali ganda,
mengikut kehendak Allah.

dan sesiapa yang berniat untuk melakukan maksiat,
tetapi tidak melakukannya,
Allah telah catatkan satu pahala kebaikan,

dan bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan maksiat,dan melakukannya,
Allah hanya catatkan kepadanya satu keburukan..

(Hadis Riwayat Ahmad)

Subhanallah!
pemurahnya Allah.
Allahu Rahman, Allahu Rahim. :)

jadiiiii?
apa nak buat sekarang?
jom kita,
berebut-rebut untuk buat amal!

paling minimum sekarang,
kita tunaikan yang wajib.
sembahyang 5 waktu, tutup aurat dengan sempurna, menuntut ilmu,
berusahalah untuk istiqamah dengan setiap perkara baik yang kita lakukan,
InshaAllah.

'sesiapa yang malas beramal, atau lambat melakukan amalan, maka Allah tidak akan mempercepatkan untuk mengangkat darjatnya'


konklusi
kita semua mampu,
kita tahu apa yang hati kita nak,
kita bukan suka buat dosa kan,

sebab kita semua nak masuk syurga Allah.
so,
kita yang kena start,
changing for good :)
fi dunya wal akhirah!


note : siapa pernah cuba guna penimbang ni, angkat tangan. hehe
note-note : cerita di atas hanyalah separa benar.

Comments

beribiru said…
sy nk share boleh?..klu iffah tertanya2 sy siapa, saya lah fasiha aka seha

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.