bila nak balik ni, abah?

Assalamualaikum. (^.^) Along mula mengenyit mata, angah membalas. ateh tersenyum simpul. acik dan alang mula tidak panas duduk. uda juga begitu, menghirup titisan air teh yang semakin kehabisan di dalam cawan. si kembar tidak habis-habis lagi mengeja akhbar lama yang mungkin bertarikh 2 tahun yang lepas. hanya adik yang lena. tidur di pangkuan emak. yang lain mula bosan, abah buat-buat tidak nampak, emak juga. menyambung perbincangan yang berhenti dek kerana si kembar yang berebutkan surat khabar. bila nak balik ni abah? mereka bertanya sendiri. mereka bosan sebenarnya. ziarah ke rumah kawan abah dan yang emak sakit, bukan kehendak mereka. mereka dahaga, mereka lapar. mereka letih. ingin pulang segera ke rumah, nasib baik tuan rumah memahami, dihidangkan biskut jagung untuk dicicah bersama air teh o. emm. sedap juga. kelihatan abah mengusap-usap bahu pak cik yang sakit, memberi semangat, pasti. berdoa di dalam hati, semoga pak cik ini cepat betah. ...