menginjak ke angka 2. selamat hari lahir, saya.

Assalamualaikum :) "eh, pelik ni. orang nak wish birthday pun tak nak. kalau nak buat disable wall kat facebook pun, baik delete je account tu." aduii awak, sabar. sabar. kerana itu, ada sebabnya. bukan hanya sekadar wish 'HB' di wall fb yang saya mahukan, tapi, hanya seuntai DOA. itu yang lebih baik. hari lahir. seperti selalunya, disimbolikkan dengan kek, hadiah, lilin, parti dan belon. beginikah caranya? jika begini, alangkah luluhnya hati insan yang tidak pernah meraikan hari lahir sebegini dalam hidup mereka. betulkah? tak dapat yang real, kek pun jadi. :) erti 'happy birthday' buat saya. menginjaknya angka, itu sudah pasti. dari 19 ke 20. saya semakin tua. dan, dekatnya dengan mati. ini satu kepastian. kenapa perlu menafikan? kedua, bertambahnya tanggungjawab. saya bukan lagi nurul iffah yang berusia 7 tahun, yang sering dirotan atas tarbiyyah emak kerana tidak memakai tudung ketika bermain, saya juga bukan lagi...