speaker itu bergema

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. sudah puaskah kamu menatap entri beras? *buat-buat tanya : sengih* Subhanallah, Maha Suci Allah. hari ini. jam berdetik. waktu 4. menunggu waktu asar di sebuah surau. "kau la pergi, kau la.." "kenapa pulak aku, kau la..." suara itu kedengaran dari ruang solat Muslimin. kenapa agaknya? apa yang mereka cuba lakukan? "Allahuakbar..allahuakbar.. Ashadualla ila haillallah.." oh.. mereka saling tolak menolak untuk azan rupanya. tapi.. kenapa..... "eh, yang tu bukan Iqamah ke?" mungkin kawannya menegur. Astaghfirullah. mereka ini bermain pula. jangan main-main dengan azan. kerana azan itu lambang kepada syiar Islam. hormati azan dengan berdiam diri. jangan bergurau. hayati setiap maknanya. sesungguhnya Islam itu Indah. kalau kita boleh berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, kenapa tidak kita senyap dan menjawab azan ketika azan berkumandang? b...