#akudanramadhan

"Memberi bukan kerana mereka yang kekurangan, tapi kita yang memerlukan"


Mak menyusun kuih satu persatu ke dalam dulang. 
Nampak mak letih. Tapi mak tak pernah mengeluh. Untuk sesuap nasi kami. Seawal 730 pagi mak mula mengadun adunan, menguli, dan menggoreng. Sehinggalah jam 330 petang gerai mak di bazar ramadhan dibuka. 

"Kalau orang lain boleh sedeqah banyak-banyak bulan ni, mak takde apa yang nak bagi. Tapi bila orang datang gerai mak, mak akan letakkan kuih lebih dari jumlah yang dibeli. Sebab mak yakin, rezeki dari Allah tak kan pernah habis kalau kita selalu memberi"

Allah. 

Mak bukan orang senang. Tapi hati mak, akhlak mak, sentiasa menyenangkan ramai orang. :')

Bukan ibadah itu tersekat pada banyaknya juzuk Quran yang dibacakan, namun ramadhan yang sebenar, lebih kepada amalan kebajikan yang dilakukan dengan sepenuh penghayatan. 

Walau mungkin sekecil amalan, namun besar di mata Tuhan. 

Ramadhan, bulan tarbiyah. 
Bulan memberi sebanyaknya. 
Kerana amalan kebaikan yang dilakukan, berlipat ganda pahalanya. 

Memberilah, menyumbanglah, berinfaqlah!
Rebut segala peluang kebaikan. 
Kerana dengan memberi, akan timbul satu perasaan,
Qanaah. Dan selalu syukur dengan setiap pemberian Tuhan. 

Moga Allah rahmati mak, 
Moga Allah ampuni mak. 
Moga Allah terima segala amalan. 

...

Ramadhan 6:

"..supaya kamu bertaqwa"

(2:183)

Ayat itu dibaca berulang. Kenapa taqwa? 
Kalau taqwa yang Allah janjikan, kenapa kita tidak bersungguh dan fokus pada perkara yang membuah taqwa?

Puasa-puasa kita yang berlalu, bertambah kah rasa takut kita kepada Allah?

Astaghfirullah. 

Rasa mulut lebih sibuk bertanyakan perihal mahu berbuka di mana dari membaca ayat-ayat cinta dari Nya

Rasa mata lebih banyak terpejam lena dari berjaga malam memohon keampunanNya,

Rasa hati dan fizikal lebih lesu dan letih kononnya berpuasa dari bersungguh menjadikan setiap saat keranaNya

.. dan layakkah kita memperoleh taqwa?

Taqwa tidak dapat diperoleh dengan hanya menahan lapar dahaga, tapi lebih kepada "perjuangan" kita untuk kembali dekat pada Pencipta. 

Bertilawahlah, bersolatlah, berdoalah

Kerana akhirnya, yang membezakan darjat manusia di sisi Tuhannya,

hanya Taqwa. 
:')

.

Ps: rindu. beberapa bulan dibiar sepi. Sabarlah. Akan ku hiasimu sikit masa lagi inshaAllah. Heh. Masih dalam fasa 'menulis'. Cuma sempat menulis beberapa post di #penaisug.  Doakan yang terbaik. Moga ramadhan kali ini, lebih memberi erti :) 


Comments

Faz.M said…
Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak membaca post iffah..tapi, kalau dah namanya suka menulis tu walau sibuk tetiba teringat mesti akan menulis balikkan?

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN