tangga ke-dua.

Bismillahi walhamdulillah.

xxx

"Akak, normal ke kalau ada perasaan camni eh?"

"Haish, kadang-kadang risau juga akak dengan awak ni. perasaan apa tu?"

"Err, rasa in a state of unsure? worrying about future, what it turns into?"

"Do specify the future, please"

"Alaaaa akak buat-buat tak faham ke betul tak faham ni?"

"Ehee segan eh nak confess?"

"Confess apa ni akak?"

"Haha. cakap je la, awak worry about marriage kan? to whom you'll get married, when your time will come, can the guy accept you as who you are, kan?"

"Akaaaakkkk! apa ni, mana adaaa,"

"Ingat akak tak perasan ke dari tadi awk scroll newsfeed tengok gambar kawan-kawan awak kawin?"

"Eh? kalau ye pun perasan, tak yah la cakap, senyap-senyap je lah."

"Hahahaha, awak dengan abang awak sama je, tak pandai cover"

"Errm, dah-dah. lenguh dah tarik muka ni. hehe. tapi akak, have you ever wonder, does a true guy really exists?"

"Ehh mestilah percaya. sebab akak dah jumpa abang awak. true guy akak sampai syurga, inshaAllah :). ok serius2. to be honest, akak penah je rasa macam awak, so worry not. perasaan tu normal je. cumanyaa boleh jadi tak normal kalau awak keep on thinking tentang masa depan, sampai tak boleh buat kerja apa. sedangkan kita sendiri tahu, banyak mana pun kita fikir, Allah yang tentukan setiap yang terjadi. kena yakin dengan qadha dan qadhar Allah. so, why choose to burden yourself?"

"Errmm tapi sebenarnya takdela fikir sangat-sangat pun, cuma kadang-kadang 'ter'masuk jugak dalam kepala ni. maybe sebab environment influenced me on how i see those thing. people around me keep asking, tambah dengan newsfeed instagram facebook dah mula penuh dengan invitations dan gambar-gambar kawin, akad nikah, cute little babies..."

"Hahaha. opss sorry. terlebih gelak pulak. inshaAllah akak faham. akak tak marah untuk awak fikir, sebab memang at your age ni, supposedly dah kena ada mindset 'bersedia' untuk ke stage seterusnya. cuma kena fikir prioriti jugak.tapi akak rasa, awak pun dah nak habis belajar, so boleh la kot. tapi, persediaan dah cukup ke?"

"Persediaan ermm ... like, masak, kemas rumah, macam tu?"

"Yeaah part of it. tapi don't you think ada yang lagi penting, lagi besar dari tu?"

"..which is?"

"Responsibility. Kahwin, bukan sekadar akad nikah dan majlis perkahwinan, tapi ada tanggungjawab  besar menanti"

"yaa. I know..most of buku and lectures will talk 'bout that. tu buat rasa risau kot."

"Haa itu sebab mula-mula sekali, try to figure out yourself, kita kawin ni untuk apa, ya?"

"Sebab kahwin tu kan sunnah nabi? Nabi tak mengaku umat, kalau tak ikut sunnah ni"

"Amboi pandainyaa adik akak sorang ni... tapi betul ke? bukan sebab tengok orang lain kawin, rasa nak kawin jugak?"

"Err, a lil bit... mungkin ada. tapi, there's always abundant reasons why people get married, kan? dan one of it, mungkin nak elak dari zina?"

"See, default answer. betul, salah satunya, tapi kalau niat untuk kahwin semata-mata nak elak zina... macam ada lacking kat situ. tak strong lagi niat tu. sebab kalau sebelum kahwin pun kita tak mampu untuk tundukkan pandangan, kawal nafsu, agak-agak nanti lepas kahwin camane?"

"Err, serius jugak perbincangan kita nih"

"(senyum) Bagi akak, personally, apart from kita tahu nikah ni adalah ibadah, lengkapi sebahagian agama, ikut sunnah, nak lahirkan zuriat yang soleh solehah, hadirkan ketenangan, ada lagi satu poin  penting yang akak suka"

"Apa dia?"

"...kerana Allah. kawin sebab kita yakin, dengan hadirnya dia, boleh dekatkan kita dengan Allah, kuatkan lagi hubungan kita dengan Allah. sebab at the end, matlamat hidup kita, apa? nak dapatkan redha Allah kan?"

"Ohh.."

"...dan akak suka kalau basis every muslim marriage adalah Taqwa. sebab dengan adanya perasaan 'fear of Allah' tu, kita akan rasa guided dan diperhatikan dengan setiap apa pun yang kita buat, even sebelum dan masa kehidupan lepas kahwin nanti. jadi kita tak boleh nak buat sewenangnya dan sentiasa ingat tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri"

"Hmm sounds interesting."

"Ingat, kahwin bukan matlamat. tapi sebagai alat. alat untuk serve the purpose of life, menuju Allah"

"Hehe. akak nk bagi daurah isk ke apa ni?"

"Haha. amboi.. alat matlamat terus ingat isk ya"

"Tapi kan akak, ramai je tengok orang sekarang kawin, even tengah belajar, muda-muda lagi. diorang tu kira semua dah bersedia ke?"

"Tu laa, bagus tengok ramai orang kawin muda sekarang ni, cuma akak risau, kawin tu atas sebab apa. bimbang nakkan seronok, tapi lupa tanggungjawab lepas kahwin tu lagi berganda. tapi inshaAllah, perancangan Allah tak pernah silap. boleh jadi, dengan kahwin tu akan saling mematangkan mereka dalam setiap aspek kehidupan. lagi pun, Allah bagi apa yang kita mampu, kan?"

"..and you wanna said, i m still immature?"

"Haha adik akak ni. nope, cumanya, setiap orang kan lain ketentuanNya, ikut batas kemampuan masing-masing. Allah knows best. mungkin sekarang ni Allah bagi masa untuk awak buat persediaan tu. pembentukan individu muslim, muwasafat tarbiyah tu kena solid dulu, baru boleh naik ke 'baitul-muslim'.."

"Aduuh. setempek kena ni akak. sobs"

"Teringat akak yang manusia memang nature-nya isti'jal. tergesa-gesa dalam sesuatu perkara. sedangkan perancangan dan persediaan memang sangat penting dalam agama kita. boleh jadi susahnya yang kita rasa sekarang, akan lebih  buat kita lebih menghargai in the future. sabarlah, yakinlah. Allah nak bersihkan dulu hati kita. marriage bukan something yang remeh. i love you, you love me. tapi sangat besar. sebab kita nak lahirkan ummah, ummah yang nak tegakkan agama Allah ni..

"..akak.. kenapa macam ada pasir masuk mata nihh"

"...moga niat kita, dalam nak buat apa pun, kerana Allah. inshaAllah, Allah akan mudahkan, dekatkan diri dengan Allah, banyakkan doa, mohon petunjuk dari Allah.,your turn will be next, inshaAllah "

"Ameen.. hehe. akak, tanya lagi boleh?"

"Hah, ada lagi?"

"Kalau putera arab saudi datang meminang, agak-agak nak terima tak?"

"Awaaaaaakkkkk. penat mulut akak bagi taujihat free tadi. haha. eh tapi agak-agak, boleh tak dia  sponsor pergi Mekah every year? "

"Akaaakkkkk! haha"

xxx

"Life has so much to teach you, be willing to learn, and you will benefit from it..." -Kak N

p/s:Alhamdulillah alhamdulillah, untuk sahabat-sahabat yang banyak jemput ke walimah, maaf sebab banyak tak boleh datang. tapi inshaAllah akan sentiasa doakan. tahniaaaah, moga mawaddah, sakinah dan rahmah sentiasa mengiringi bayt al muslim kalian! :')

p/s/s;rindu nak menulis, nak tulis pendekpendek. nak tulis cerpen. walaupun tak tahu ada orang nak baca ke tak. heh. tapi iAllah moga Allah redha dan permudahkan segala urusan kita. mohon doa semua juga!
bukan cerita sebenar atau mungkin separa benar. ;p

Comments

snow said…
salam.. mind if i share this? :)
umi Hamraa said…
wsalam,

sangat mengalukan

:)
Anonymous said…
Dah lama tunggu update. Alhamdulillah. Sekurang2nya bila saya baca entry akak, rasa sedar diri tu muncul balik. Terima kasih sebab terus menulis.

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN