pertama kali; cuaknya nak mengundi?

Bismillahi walhamdulillah.

"muallimah.. muallimah sokong apa?"

"hmm sokong apa ni?"

"alaaa pas ke umno?"

"ohh tak tau laaaa"

"ye la tu, muallimah kan dah besar"

saya senyum je. membiarkan persoalan tanpa jawapan. aihh anak kecik darjah satu ni. comel je soalan tu. bukan setakat darjah satu, anak-anak darjah lain pun terasa dengan bahang pilihan raya ni. padahal mereka pun tak boleh mengundi lagi. =_="

...



tips (pilihan) raya lima tahun sekali untuk first timers seperti saya. (eleh nak cakap muda lettew ;p)

1. tak tau nak undi sapa di tempat anda sebab tak kenal? ermm kenapa tak kenal? adakah anda seorang yang suka terperap dalam rumah tengok tv alam ria cuti sekolah? malu nak mengaku, takpe. jadi, mula dari sekarang, sila google siapa calon yang bertanding dan start cari kalau-kalau calon ini mempunyai laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. dan nilailah dari situ. tengok akademik background, siapa isterinya, penglibatannya dalam masyarakat , dan jangan lupa. wajah bakal yb di tempat kita tu, ada 'nur' ke tidak. eh. tanya orang, atau lihat sendiri ke masjid-masjid pernah tak calon yb kita ni mengimami solat?

tapi, kat sini calon non muslim. camane? kalau dengan memilih calon itu, possibility untuk ancaman kepada islam; kurang, pilihlah calon berkenaan. ;)

2. sebut pasal 'nur' di wajahmu (macam tajuk lagu pulak) cuba kalian kalau ada masa, sebab sekarang ni tengah musim kempen lagi ni lihat bendera-bendera dan poster-poster pemimpin di jalan raya dan di laman sosial. perhati, dan bandingkan. siapa yang bila kita lihat wajah mereka, hati kita sejuk je. bila kita lihat gambar-gambar calon ni dengan orang tua, dengan kanak-kanak, siapa yang lebih nampak keikhlasan dan bukannya sebab nak ambik gambar je? melalui pandangan, hati kita sudah boleh nilai calon mana yang kita tertarik kan? belum cakap pasal manifesto lagi.

3. manifesto. errk. tahu ke idak spesies apakah ini? ok. lame jokes. manifesto ni macam akujanji. apa yang pemimpin ni nak buat bila menang dalam tempoh pemerintahan dia nanti. such and such. kalau malas nak baca panjang-panjang try tengok poin penting je. tengok sama ada dapat ringankan beban rakyat atau makin  memeningkan rakyat dengan high cost of living. dan, perlu diingatkan jangan terlalu yakin yang semua janji dalam manifesto dapat dilaksanakan, sebab pemimpin pun nanti, bila dah dapat kerusi akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan dan dengan keizinan Allah. jadi, apa-apa pun, doa yang terbaik. okay?

4. dan juga, untuk pilih pemimpin ni tengok pada kempen mereka. kalau satu parti ni asyik pum pam pum pam kat televisyen, lagu-lagu kat radio, poster merata-rata di bandar-bandar dan tempat orang ramai (lrt, komuter, bas rapidkl), surat khabar, internet (ads sponsored), tambah pulak agih baju percuma, dan lain-lain (manalah dapat duit banyak-banyak ni?) tapi pihak satu lagi erm.. erm.. nak cakap pun rasa tahu sendiri camane kan? sebenarnya dari situ, (kalau kita ni noob sangat pasal politik pun) kita dah tahu ketidak'adil'an di malaysia ni kan? jadi kita masih mahu mengharapkan parti yang sama kah untuk lima tahun selepas ini?

5a. jangan terlalu taksub dengan parti masing-masing. jangan sesekali mengata, mencaci, memaki dengan perkataan keji kepada orang yang tak sama prinsip dengan kita. contoh muka buku. kita post gambar hijau. dia komen pendek je 'lain kalilah'. kita dah berasap bagai. tak perlu lah macam tu. cuba belajar untuk sabar. dan reply smiley ke. dalam hati, kita doa moga masa pilihan raya nanti Allah lembutkan hati untuk pangkah parti lain. inshaAllah ameen. :) apa pun, politik bukan untuk memisahkan ukhuwwah sesama kita. kan? <3 p="">
5b. cuba cari peluang, untuk sertai orang yang bekerja di bilik gerakan untuk menangkan islam, bukan hanya tunggu keputusan pru. lepas tu bila parti lain menang, kita pulak yang komplen macam-macam. atau nak best lagi, join tarbiyah, daftar ahli terus. :D kalau tak berpeluang atas kekangan tertentu, cari juga ikhtiar lain, contoh bagi kesedaran melalui tulisan dan gambar-gambar. at least, do some efforts, selain dari doa.

6. giatkan tahajud, banyakkan mengaji, kerapkan doa, mengingati Allah Swt. sebab, senjata orang mukmin adalah melalui doa. kita usaha banyak mana pun, tapi kita tak yakin Allah yang Mengatur Segala dan Allah jualah yang Memberi Kemenangan, maka yang kita kata kita 'berjuang' itu adalah sia-sia. err faham ke? senang cerita macam ni, kata nak tegakkan negara islam, tapi solat maghrib pun lagi 2 minit nak masuk isyak,  acano nak jawab tu? kata nak tunjuk contoh tauladan yang baik, tapi diri sendiri pun malas nak pakai tudung? *zzaapppp

7. tak nak balik mengundi? ni kes nak kena pulas telinga ni! mesti yang tak nak balik ni beranggapan "alaaaaa satu undi je pun.. takde efeknya." helloooooo. jangan fikir macam tu. satu undi tu sangat bernilai tau. cuba bayangkan kalau parti yang tidak mahu menegakkan negara Islam menang dengan satu majoriti. dan satu undi tu sebab kita tak balik ngundi. awk tak rasa bersalah ke? ha? ha?

8. takut nak mengundi parti lain sebab family sokong parti lain? erm. takpe awk. jangan risau. bulatkan pendirian, jangan timbang-timbang. teruskan dengan sokongan awak pada parti yang awk pilih tu. mereka tak tahu, but Allah knows whats best. Allah nilai melalui niat kita. dah. fulsetop. kalau abang kakak tanya, senyum je. undi rahsia (lah sangat). ;p

9. orang kampung duk sogok-sogok cakap "tak tahu bersyukur, kerajaan dah bagi macam -macam. tapi tak nak sokong kerajaan pulak?!?" err. attention mak cik, attention pak cik, segala puji bagi Allah dan parti bukan kerajaan. kerajaan memang bertanggungjawab untuk bagi rakyat semua tu. pendidikan, tempat tinggal, dan sebagainya. tapi sekarang parlimen dah bubar. parti tu bukan pegang kerajaan malaysia lagi dah. jadi saya rasa, untuk kali ni, kita tukar! ala, lima tahun je. nanti kalau tak elok, kita buat pilihan lagi sekali. haa, ada berani cakap macam tu? (tolong guna bahasa yang sopan bila bercakap dengan orang tua)

10. alergik dengan bendera, geram bila tak dapat tengok cerita yang disukai sebab ada 'mandat' di tv3 dan rimas dengan tweet dan status mengenai politik? sabaq naa.kalau nak raya, kita cakap pasal 'berapa pasang baju beli, dah buat biskut?', tapi sekarang ni musim pilihan raya, nak tak nak memang itu lah yang kena lalui. tahan la sikit, lagi berapa hari lagi ni. nanti jangan lupa undi tau. (erm mungkin kalau dah bosan sangat tak tahu nak buat apa tu, cuba tengok youtube video pasal pilihanraya ni, at least tahu jugak perkembangan hihi)

11. di hari mengundi, dalam bilik mengundi. baca bismillah, niatkan dalam hati, Ya Allah aku undi dia, kerana aku nak tegakkan syiar-Mu. berikan kemenangan kepada Islam Ya Allah. dan mula memangkah dengan betul. sebaiknya, malam sebelum mengundi buat solat istikharah, dan mohon pada Allah, agar bagi lintasan hati calon mana yang terbaik.

12. dunia ini sementara. dan negeri akhirat yang kekal abadi. peringatan yang kena selalu peringatkan. supaya kita dapat buat pilihan yang bijak. sebab, apa guna kita memperjudikan hidup di dunia demi mendapat keuntungan harta dan material , berhibur dengan hiburan yang melalaikan dan dengan persekitaran yang menggalakkan maksiat? nau'zubillah. moga Allah lindungi kita semua.

kita nak seorang pemimpin yang beriman, kita tahu dia boleh memimpin untuk menegakkan islam di negara kita, kita mahu pemimpin yang ajak kita untuk kenal Allah dengan lebih dekat, untuk bimbing kita untuk jadi muslim yang praktikkan islam, kita harap pemimpin kita bukan dari golongan yang memakan rasuah, kita nak pemimpin kita berjiwa rakyat, kita nak pemimpin yang adil dan boleh tolong kita bukan hanya di dunia, malah di akhirat sana. sebab matlamat kita nak capai redha Allah, dan kita nak bersama-sama di syurga nanti, inshaAllah.

maka, lima hari bulan lima ini, silalah ke tempat mengundi masing-masing dan turunkan undi anda.




boleh bayang tak, our future country; sikit demi sikit orang tutup aurat sempurna, jumpa kat street sama-sama bagi salam, kat masjid dan surau orang solat jemaah melimpah-limpah, setiap orang ada bulatan gembira masing-masing, kat warung, kedai mamak semua orang cakap pasal mutabaah amal, dalam public transport ramai orang mula baca mathurat, baca al-quran poket.

Allahu, manisnya.
mustahil? inshaAllah. satu hari nanti.

i vote, for a better malaysia.

Comments

fatinsofia said…
entry yg sgt brmanfaat.suka membacanya.moga kemenangan milik parti islam.Allahu Akbar!

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN