'eleh, sombong letew'

Assalamualaikum :)

dulu.
aci selamba redah je.

"Eh, jom weh makan abc kat seksyen dua"

"bila-bila? ak on jeerr"

..

sekarang.

dipandang nya laptop,
[komen dari kawan lelaki]
hmm nak reply ke tak komen ni?
ada benefit ke kalau reply, atau makin meleret dan meleret dan akhirnya.... layu?

rasa sangat lain,
kalau dulu dia rasa tak kisah, ala aku keluar pun ramai-ramai, pakaian pun dah tutup aurat kira ok la ni kan?
cakap je nak makan mana, nak buat aktiviti apa,
semua dia tak fikir dulu,
kalau punya masa, dia ikut.
atas alasan.

'ala, kawan je kaaannnn?'

'semua orang buat kott.. nanti orang ingat aku sombong pulak...'

sekarang,
dia rasa perlunya menjaga.

benarlah,
'tarbiyyah itu banyak mengubah kita tanpa kita sedar' 
alhamdulillah.

walaupun tak bertepuk tampar,
walaupun tak keluar berdua,
tapi bila difikirkan balik,

begini ke akhlak yang baginda Rasulullah dan para sahabat tunjukkan?
malu sendiri.


ada permission ke untuk keluar ber-hu ha dengan berlainan jantina begini?


'aku dah pakai tutup aurat'
'aku dah mula nak jadi baik'

tapi kenapa bab ikhtilat (pergaulan) nampak macam agak longgar?

errk.

susah. memang sangat susah.
because we're not used to this.
tapi, itu bukan alasan untuk kita put a full stop in our effort kan?

tetapkan pendirian.
diri kita, untuk pasangan kita yang halal sahaja.

dan yang paling penting,
selalu tanya diri,

'Allah suka ke aku buat camni?'

tak apa orang cop kita sombong, asal Allah redha dengan apa yang kita buat.

awak,
bila kita keluar ber'enjoy' sakan dengan lelaki ajnabi begini, imagine future hubby awak juga tengah buat perkara yang sama.

err, awak nak ke?

memang, kita tak sempurna,
orang kata, 'tak kisah lah. dah kalau dia jodoh kita, nak buat camana..'
tapi tak salah kan untuk berusaha menjadi solehah?

sebab 'perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik' [An-Nur:26]
yakin dengan janji Allah.

ha lagi satu, kalau tak pernah keluar dengan kawan silang jantina pun, cuba check kita di alam maya?
muka buku kita,
twitter kita,

aissh, rancak berkomen nampak.

'habis takkan nak buat semua benda tak boleh kott, leceh la camni'

tak, bukan macam tu.
kena pandai tapis dan kawallah. yang mana penting, balas.
yang mana yang menjurus kepada perbuatan sia-sia, sabarlah.
tahan emosi kita dulu.
beristighfarlah.

ibaratnya begini,
bila kita dah mula nak jadi baik, dah mula nak tutup aurat,
automatik akhlak dan ikhtilat memang sangat kena jaga.
macam 'domino effect'.

'bila kita beriman dengan kalimah 'Tiada Tuhan Melainkan Allah',  automatik kita wajib masuk dalam Islam secara keseluruhannya'


kita tak nak kan orang cop kita ni murah?
tapi kenapa perbuatan kita sehari-hari nampak sangat yang kita ni terlalu murah?

akhlak kita ini umpama pintu kepada deen,
bila orang nak masuk islam, dia akan tengok pada pintu dulu,
kalau baik 'pintu'nya, mudahlah bagi dia untuk kembali kepada fitrah,
tapi bila 'pintu'nya pun dah seakan longgar, bagaimana agaknya persepsi mereka tentang agama islam yang suci dan indah ni?

'tapi, saya kawan dengan dia dah lama kott, kira dah close habis lah. takkan tiba-tiba nak tinggal camtu jer'

erk. tak. kalau kita betul faham, dan nak berubah,
inshaAllah, Allah akan bantu,
explain pada dia, yang kita dah tak boleh nak keluar sesuka hati,
dah tak boleh nak layan komen-komen mengarut,
sebab antara kita, belum ada yang hubungan yang halal.

kalau betul dia kawan awak dunia akhirat,
pasti dia faham, dan permudahkan.

tak pun, kalau dah close habis tu,
mungkin dah boleh siap sedia panggil tok kadi untuk akad nikah tuh. hihi.
;p

banyakkan doa.
dekatkan diri dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya,
dan jangan lupa untuk ke bulatan gembira!
:D

jadi hawa yang saya sayang,
jom!
kita cuba jadi yang lebih baik.
yang lebih Allah sayang, yang lebih Allah suka.yang Allah redha.

kalau kita boleh bermujahadah dalam bab nak tutup aurat,
tentu, kita juga boleh kawal perasaan dalam bab ikhtilat!

inshaAllah,
kita yang tentukan diri kita.
berusaha dan terus usaha!

ke arah muslimah yang super!
dunya wal akhirah.
Ameen.



'kechantequan akhwat bukan terletak pada labuhnya tudung, tapi terletak pada bagaimana dia menjaga akhlak di hadapan ikhwah dan lelaki lain'

-APG

psst,
bukan depan ikhwah dan lelaki lain je tau, tapi akhlak kita dengan semua makhluk Allah.

psstt lagi,
ini bukan hipokrit, tapi usaha kita untuk ke arah yang lebih baik, inshaAllah.
:)

*perasan tak yang kat kolum 'saya menulis untuk muhasabah' tu, sentiasa saya update? ke takde orang baca? huhu ;p
**saya juga pernah menulis tentang ini suatu ketika dulu. :) tulis-tulis-padam?

-moga Allah redha,
saya

Comments

Mister Mirull said…
jzkk atas peringatan yg headshot lagi memancung kepala. dua kali mati. T_T
Anonymous said…
ehh kte bace sokmo hok tu ipah ;)
Suhaila said…
Thank u.... sbb bg semangat kt sy! Jom mujahadah...
Faz.M said…
suka entri ni..betul la iffah..akak tgh berusaha ke arah tu..mmg dah tak ber hu ha dgn kwn2..keluar pun mesti dgn famli jek..tp, bab dkt FB tu dah longgar sikit skrg..tq sbb ingatkan ye.. :)
kiwi said…
insyaallah cuba untuk krah tu..moga dipermudahkan ^^
Bubub said…
'kechantequan akhwat bukan terletak pada labuhnya tudung, tapi terletak pada bagaimana dia menjaga akhlak di hadapan ikhwah dan lelaki lain-...

Ini line yg bubub paling suka.. Moga kita boleh jadi yg bersederhana di mata dunia tp sempurna di pandangan Allah..
umi Hamraa said…
Salam alykum

@gadis kecil, *senyum*

@mistermirull, yang tukang tulis ni pun banyak kali tertembak T_T

@anonymous, malu saya awak sebut nama saya kat sini ;p

@suhaila, jom sama-sama! henshin!

@kak rin, sama-sama kasih. akak ingatkn sy jugak tau!
:)

@kiwi, saya punnn T_T inshaAllah.

@bubub, tu la. suka dengan ayt inche APG tu.
Ameen atas doa :)
Anonymous said…
salam ukhwah..

mohon kongsi artikel utk share dgn kwn sy yg nk berubah..
pengalaman osem ;)

sy taruk link blog ni ye?

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
umi Hamraa said…
@anonymous ; sila2.
sama2 berkongsi 'cahaya'!

salam ukhwah kembali,
:)
Syuhada said…
Peringatan ini tak pernah menjemukan saya.

Masih releven sehingga ke hari ini.

Terimakaseh atas tulisan ini.

:)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN