#6: Boleh saya.. berhenti di sini?
.jpg)
Salam alykum, Dia termenung lagi, menghadap akta-akta tersusun, Companies Act 1965, itu belum masuk IAS, dan standard lain yang perlu dipatuhi, err, bukan. yang perlu dihafal untuk test esok hari. dia jadi hilang semangat, entah. satu perasaan malas dan 'untuk-apa-aku-belajar' muncul. dia tidak tahu sejak bila dia berperasaan begini, tapi yang pasti, dia mula ingin berubah, kembali kepada fitrah. dia sedar hidup ini bukan untuk dunia semata, dia tahu dia tidak mahu pengakhiran hidupnya sia-sia, kerana dia, mahu masuk syurga! dan kerana itu, dia jadi 'down' . kenapa harus belajar tentang dunia? bukankah kita perlu mengejar akhirat? beramal sepuas-puasnya, mengumpul bekal sebanyak-banyaknya, menyiapkan diri mencari pahala. bukan berhempas pulas menghafal segala macam standard audit yang confirm tidak akan ditanya di 'sana'. arggggghhhhhhhhh. tensinya memuncak. diambilnya wudhu', beristighfar, diambilnya tafsir hijau di r...